Saturday, January 31, 2009

Perjumpaan Komiti HPA Nilai bersama Pengurus serta staff cawangan HPA Nilai











Perjumpaan ini diadakan di cawangan HPA Nilai pada jam 6 petang. Antara yang hadir adalah pengurus cawangan dan 3 orang staff manakala komiti HPA Nilai pula di wakili oleh Pengerusi Komiti Ustaz Mohamad Radzi, Setiausaha PJ Pn. Nor Raidah Mansor serta Ajk Biro Kerohanian Ustaz Abdul Razak Mohamed.

Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Ustaz Radzi dan dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Antara agenda yang dibincangkan:

1. Taaruf
2. Tanggungjawab individu
3. Mengurangkan permasalahan
4. Bagaimana meningkatkan jualan di cawangan
5. Menaik taraf fasiliti di cawangan, eg: bilik air tambahan, lampu, memperbaiki plug yang tidak berfungsi dan lain-lain.
6. Persiapan untuk Mesyuarat PJS bersama Pengerusi dan Setiausaha Komiti-Komiti di bawah KPA

Mesyuarat ini di tangguhkan pada jam 7.30 malam dengan tasbih kifarah dan surah Al - Asr'.

Mesyuarat Komiti HPA Nilai bersama Timb.Presiden KPA

















Mesyuarat ini diadakan pada 18hb Januari 2009 jam 2.45 petang di Allson Klana,Nilai. Diantara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan program bekam di cawangan HPA Nilai, penyelarasan kelas mingguan, PBC, penubuhan biro-biro komiti, usul-usul untuk meningkatkan jualan HPA cawangan Nilai dan bagaimana untuk memperbaiki servis di hotel semasa program PBC dijalankan.
Ini adalah perbincangan kali pertama Komiti HPA Nilai dengan Timbalan Presiden KPA.

Wednesday, January 28, 2009

Kelas Ilmu Bekam dan Membetulkan Saraf Tulang Belakang (Kiropraktik)



















Para peserta begitu khusyuk mendengar taklimat kelas bekam dan membetulkan saraf tulang belakang.

Melalui kelas ini kami telah berjaya melahirkan generasi baru untuk rawatan berbekam.




Ini adalah antara beberapa point bekam sunnah yang didedahkan kepada para peserta dalam kelas ini.





Pengerusi Komiti HPA Nilai sedang tekun memberikan tunjuk ajar mengenai salah satu gerakan membetulkan saraf tulang belakang kepada peserta-peserta.





Sebahagian peserta lelaki melakukan latihan pergerakan membetulkan saraf tulang belakang (kiropraktik) sambil di pantau oleh ajk komiti.










Hasil daripada mengikuti kursus Intibah, KPJ, PIC dan PBC serta kelas ilmu bekam dan rawatan perubatan holistik HPA, perawat-perawat lepasan kursus tersebut telah diberi kepercayaan oleh keluarga pesakit.
Diantara rawatan yang diberikan ialah mengambil tekanan darah, mendiagnos saraf tapak tangan, irediologi, beberapa doa serta selawat syifa'.
Inilah Harapan Paling Akhir (HPA) bagi mereka yang sekian lama menderita sakit setelah gagal disembuhkan dengan perubatan moden. Insyaallah... Amin !!!!

PBC Hotel De Palma, 24 - 25 Januari 2009











Pendaftaran bermula..Komiti HPA Nilai mendapat kepercayaan tribunal HPA untuk membantu melancarkan program PBC anjuran KPA. Peserta keseluruhan seramai 96 orang.








Cenderahati buku dari Komiti Nilai diberikan tanda terima kasih kerana Pengarah Urusan dapat hadir pada PBC kali ini.








Pengarah Urusan memberikan suntikan semangat kepada peserta PBC De Palma Hotel.




Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. program yang dikelolakan oleh Pengarah Program, Siti Habibah Yusof anjuran KPA telah berjalan dengan lancar. Gabungan mantap KPA dan KPU menjadikan PBC kali ini begitu cemerlang sehinggakan ada di antara peserta PBC meminta agar program kali ini dilanjutkan hingga ke malam.
Hotel De Palma dibanjiri oleh warga pengedar HPA. Ini merupakan satu fenomena baru yang memperlihatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menggunakan produk halal. Produk HPA adalah dilihat sebagai alternatif bagi menggantikan produk yang menyumbang kepada Israel Laknatullah.


















Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Asri bin Ali kerana mengetuai bacaan Al-Ma'thurat. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar bin Abu Othman kerana telah menyampaikan kuliah subuh.







Antara peminat Tuan Syed Ageel...








Semangat Jihad....di hadiri juga Dr. Syed Mohammad Halim.Beliau merupakan adik kepada PJS Syed Ageel dan beliau sedang menunggu panggilan dari MERCY Malaysia ke Palestin.

Salah seorang peserta PBC Dr.Nurul Hisyam berkongsi pengalamannya mengenai pembuatan makanan ayam sewaktu beliau bertugas di syarikat Gold Coin. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada laman web KPA (kpa2u.wordpress.com) mengenai "Cerita Babi".















Pengarah Program, PJM Siti Habibah Yusof tersenyum puas kerana program berjalan dengan lancar.

Antara PJS yang hadir dan menjayakan program, Presiden KPA, PJS Hafidzan Fauzi,
Penolong Presiden KPA, PJS Rosmandi Ishak, PJS Hj Ramly, PJS Jamaluddin Yeop Majlis,
PJS Radiyati Abd Rahman, PJS Syed Ageel, PJS Syed Salehudin dan juga Pengerusi Komiti Nilai, Ustaz Radzi Ariffin serta Penolong Pengerusi Komiti Nilai, Sdr. Azmely Yaakob.







PJS Rosmandi Ishak dan PJS Syed Ageel begitu tekun membuat persediaan untuk menyampaikan slot masing-masing.







Penceramah bergambar dengan Pengarah Urusan dan isteri.









Antara peserta yang hadir pada kali ini terdiri daripada para alim u'lama dan saudara baru yang mana datangnya dari Madrasah Ad-Dinnial, Seri Petaling dan Ma'ahad Tahfiz Syed Salahudin, Hulu Langat, Selangor.

Peserta PBC kali ini amat bertuah kerana dapat bersama dengan Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad. Kehadiran beliau telah memberi suntikan semangat kepada peserta tentang isu halal haram dan kekejaman Israel terhadap saudara kita di Palestin. Beliau juga memberi info terkini mengenai penambahan pembukaan RFC. InsyaAllah, RFC di Bangi akan dirasmikan pada awal bulan April. Impian Pengarah Urusan juga adalah ingin membuka Pasar raya besar bersebelahan dengan TESCO. Perkhabaran gembira ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada peserta PBC diiringi dengan laungan Takbir..AllahuAkbar!


















Urusetia PBC dari komiti HPA Nilai bergambar bersama Pengarah Urusan De Palma Hotel, Datuk Mohd Ilyas Zainol Abidin. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Perhotelan Malaysia.


Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin..

Thursday, January 22, 2009

Kelas Mingguan Cawangan Nilai 21 Jan 2009

Rabu, 21 Januari 2009.

Kelas Mingguan Cawangan Nilai, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah.. Syukur Ke Hadrat Ilahi kerana pada malam ini, kelas mingguan di hadiri oleh ramai bekas peserta PBC Nilai yang baru berlalu. Kehadiran yang direkodkan adalah seramai 35 orang.

Ini menunjukkan keberkesanan dalam gerak kerja 6M yang kedua, iaitu menghadiri meeting mingguan.

Antara bekas PBC yang hadir pada malam ini adalah Pn Siti Rahmah Bte Abd Manaf. Beliau merupakan seorang Jururawat di Hospital Serdang dan tampil berkongsi pengalaman dalam PBC yang mana pada hari kursus tersebut beliau terpaksa bertugas shift malam. Komiti terpaksa melepaskan beliau kembali bertugas.

Menurut beliau pada malam itu adalah pertama kalinya beliau mencuba KOPI RADIX. Hasil pengambilan 2 sachet beliau merasakan kembali segar dan penuh bersemangat kembali hadir pada hari kedua kursus.

Dengan penuh terharu beliau menceritakan bahawa sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari kerja shift malam kerana mengantuk.Beliau mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa bercuti selama sebulan.



Beliau bersyukur kerana dipertemukan dengan HPA dan berharap suami beliau akan turut sama dalam perniagaan ini.


Pada minggu ini kelas dipengerusikan oleh PJ Shukri ( AJK Komiti ) dan Profil Syarikat pula disampaikan oleh PL Azmely ( Tim. Pengerusi Komiti ).























PJS HJ Ramly menyampaikan slot Produk knowledge - Minyak Zaiton.






















PJS HJ Jumani dengan slotnya plan Pemasaran PBC dan 5 angka.




















Hadirin begitu tekun mencatat apa yang disampaikan oleh penceramah.

Wednesday, January 21, 2009

Lokasi RFC yang akan dibuka

1. Cawangan Alor Setar (Feb )
2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
4. Cawangan Ipoh (awal april)
5. Cawangan Kulim (awal april)
6. Cawangan PJ (awal mei)
7. Cawangan Bangi (awal april)
8. Cawangan Kluang (awal mei)
9. Cawangan Kuantan (awal mei)
10. Cawangan Kelantan (awal april)
11. Cawangan Kangar (hujung march)

Kepada seluruh warga HPA ,selamat berjuang bagi merialisasikan janji kita bersama."Ya Allah bantulah kami "Amin.

Dipetik daripada Blog PU.

Sunday, January 18, 2009

Rentetan program PBC..



Peserta lelaki terbaik Mohd Safreezal Bin Tumiren.



Unit IT dan Multimedia sedang mengembeling tenaga mengemaskini aktiviti terkini PBC ke dalam blog Komiti Nilai.





Peserta Wanita Terbaik Siti Rafiah Bte Adam







Pj Siti Rohana begitu bersemangat menyampaikan slot Gerak Kerja 6M.


Pengerusi Majlis Ust Abd Razak menyampaikan cenderahati kepada Ust Azhar Bin Sunar kerana memimpin Qiyamullail.



Ustaz Suhaimi Bin Nesman menyampaikan kuliah subuh.



Pengerusi Komiti Nilai Ust M. Radzi mengiringi Ust Ahmad Sofi memimpin bacaan Al Mathurat

Timbalan Pengerusi Komiti Nilai sedang menyampaikan Slot Halal Haram dan menyentuh isu kekejaman rejim Israel laknatullah.


PJS Hj Zainal Ahmad sedang membuat persediaan bagi Slot Pelan Pemasaran dan 5 angka.


PJM Siti Habibah Yusof sedang menyampaikan Slot "Favourite" Mendiagnos Saraf Tapak Tangan.

PJM Rosmandi Ishak antara Top Leader HPA, menyampaikan Slot Pengenalan Syarikat dan Merasmikan Program PBC Nilai.

Urusetia Bahagian Pendaftaran sibuk menguruskan pendaftaran peserta.

PBC Nilai 17- 18 Jan 2009

Program Perkongsian Bijak Cemerlang di Allson Klana Nilai pada 17 - 18 Jan 2009.



PBC Nilai kali ini disertai oleh para ilmuan yang terdiri daripada Ustaz dan juga Imam. Mereka bersama- sama terlibat dalam menjayakan slot antaranya adalah Qiamullail, Kuliah Subuh dan juga memimpin bacaan Al Mathurat.


Mereka adalah Ustaz Azhar Bin Sunar merupakan Khatib dan Imam Masjid Kolej Mara Banting, Ustaz Suhaimi bin Nesman merupakan Guru Agama di Sekolah Agama Integrasi Salak Tinggi dan Ustaz Ahmad Sofi bin Abdullah merupakan Pensyarah di Kolej Mara Seremban. Mereka merupakan lulusan BA Syariah dari University Al Azhar Mesir dan BA Syariah dari Universiti Antarabangsa Khortum, Sudan.

Selain para ilmuan, program PBC ini juga dihadiri oleh suami isteri yang merupakan doktor perubatan iaitu Dr Mohd Imaduddin Bin Zainal Abidin dan isteri Dr Jazilah Lubis bte Muhyiddin.

Peserta berasa amat berpuashati dengan kelancaran dan keberkesanan perjalanan program Perkongsian Bijak Cemerlang di Allson Klana Nilai.


Program PBC dipengerusikan oleh Ustaz Abd Razak Bin Mohamed ( Biro Kerohanian Komiti Nilai)

Antara Penceramah yang menjaya program pada kali ini terdiri daripada:

1) PJM Rosmandi Bin Ishak - Perasmian Program dan Slot Pengenalan Syarikat.
2) PJM Siti Habibah Bte Yusof - Slot Produk Knowledge dan Diagnos Tapak Tangan.
3) PJE Hj Zainal Bin Ahmad - Slot Plan Pemasaran dan 5 Angka.
4) PJ Siti Rohana Bte Ismail(Bekas Leader Zhulian) - Slot Gerak Kerja 6M
5) Pengerusi Komiti Nilai PJ Ust. Hj.M. Radzi Bin Hj Ariffin - Slot Senaman Pernafasan dan Kiropraktik juga Majlis Penutup.
6)Timbalan Pengerusi Komiti Nilai PL Azmely Bin Hj Yaakob - Slot Halal Haram dan Demo Memukau.

Komen dari peserta Program PBC Allson Klana Nilai 17 - 18 Jan 2009.



Assalamualaikum..

Saya Siti Rafiah bt Adam, baru sahaja selesai menjalani program Perkongsian Bijak Cemerlang di Allson Klana Nilai pada 17-18 Jan 2009.

Program PBC yang dijalankan di Allson Klana Nilai merupakan program yang sangat- sangat berkesan.

Tempat penginapan yang disediakan bagus dan selesa.

Urusetia yang pandai mengolah mood peserta, kerja yang profesional.

Tahniah Kepada Pihak Penganjur.

Terima Kasih

Komen dari peserta Program PBC Allson Klana Nilai 17 - 18 Jan 2009.


Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum..


HPA merupakan satu MLM yang sangat berbeza dengan MLM lain yang saya ketahui. Dengan itu HPA perlu di sokong dan didokong secara bersungguh-sungguh.


Ilmu yang di ajar amat bernilai dan warisan yang perlu di wariskan kepada anak cucu kita. Dimana kaedah perubatan yang di amalkan adalah mengikut Perubatan Nabi.


Ukhwah yang terbina melalui program ini dapat diteruskan melalui pembinaan rangkaian.


Masalah orang melayu Islam dari segi ekonomi dapat di pertingkatkan melalui jihad ekonomi.


Pengurusan program yang mantap, berkesan, penceramah yang hebat, tempat yang selesa. 9/10 markah saya beri kepada Komiti Nilai. Perlu di teruskan dengan semangat JIHAD yang ada dalam diri.


Terima Kasih


Ust. Ahmad Sofi B Hj Abdullah.

Pensyarah Kolej Mara Seremban,

Negeri Sembilan.

Saturday, January 17, 2009

Kata Aluan daripada Pengerusi Komiti HPA Nilai


Bismillahirahmanirrahim.
Segala puji dan syukur hanya untuk Allah SWT yang menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk ke jalan kebenaran, selawat dan salam untuk sekelian alam.
Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penaung Komiti HPA Nilai kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui komiti ini sejak diwujudkan Mac 2007. Segala kebaikan yang ada hanya dari Allah manakala kelemahan diri hamba yang daif dan hina.
Semoga perjalanan dalam HPA masih jauhnya perlu digembling dari setiap sudut agar perjuangan ini tidak kecundang di pertengahan jalan. Inilah Perjuangan Kami. Wallahualam..


Kata Aluan daripada Penaung Komiti HPA Nilai.





Alhamdulillah..


Bersyukur kita pada Alah SWT genap 1 tahun Komiti Nilai ditubuhkan. Berbagai program kita adakan di cawangan Nilai dan PBC. Kita pernah adakan program Pra Convek juga program Jihad Ekonomi. Kita menjemput khas pakar motivasi terkenal Yang Berbahagia Ust Zulramly Hj Razali dan Ustaz Rujhan Hj Razali.


Alhamdulillah program berjalan lancar dengan jayanya. Tujuan Program kami adakan untuk para pengedar memahami lebih dekat apa visi dan misi HPA dan kami juga sentiasa mengadakan program rawatan di cawangan HPA Nilai.


Perawat sebenarnya bukan bergantung pada sijil pengiktirafan dan juga mempunyai bilik yang canggih untuk membuat rawatan. Tetapi perawat sebenarnya dapat merawat "HATI" pesakit. Dalam melaksanakan perubatan mesti ditanamkan secara mendalam sebuah keyakinan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W "ALLAH lah menurunkan penyakit dan ubatnya" .


Ribuan terima kasih dan tahniah kepada AJK Komiti Nilai yg bertungkus lumus untuk menjayakan sesuatu program. Semoga usaha kita yang kerdil ini diterima sebagai amal soleh oleh Allah.


Akhir kata marilah sama-sama kita renungi kata-kata hikmah ini yang dipetik dari buku Inilah Jalan Kami (Tn Hj Ismail bin hj Ahmad) "Sekiranya kita redha dengan ketentuan Allah, maka kita sedang berpaut pada dahan yang kukuh. Sekiranya ada keikhlasan di hati, maka kita berada di jalan perjuangan. Sekiranya semua itu tiada, maka kita umpama puing-puing hanyut ditengah samudera yang gelap gelita".. Fikir-fikirkanlah.....

Friday, January 16, 2009

Kata Aluan daripada Timbalan Pengerusi Komiti HPA Nilai.


Bismillahirrahmannirrahim

Segala puji milik Allah SWT, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga juga para Sahabat Baginda.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penaung Komiti HPA Nilai, PJM Pn Siti Habibah Yusof, Pengerusi Komiti HPA Nilai Ust Mohamad Radzi Hj Ariffin dan semua Komiti HPA Nilai yang banyak memberi peluang kepada saya dan seterusnya memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengerusi Komiti HPA Nilai.

Sebagai orang baru dlm dunia MLMS HPA ini, saya amat bersyukur kerana dengan sokongan dan dorongan semua pihak, saya telah menemui jalan perjuangan yang selama ini dicari seterusnya kesihatan yang dulunya tidak sempurna kini bertambah baik.


Saya berharap semoga kita sebagai pengedar HPA akan terus menyokong perjuangan ini bagi memartabatkan juga meningkatkan ekonomi umat Islam. Kita harus menjadikan produk halal HPA sebagai pilihan utama kerana inilah perjuangan yang perlu diberi sokongan dan dokongan yang kuat. Umat Islam lemah jika mereka bekerja secara bersendirian. Tetapi jika kita saling bantu membantu dan dokong mendokongi antara satu sama lain, mereka akan kuat.

Rasulullah saw bersabda : " Pertolongan Allah itu ada bersama jemaah (amal yang dilakukan secara bersama)" (al-hadis)

Siru 'alabarakatillah (teruskan perjalanan dengan berkat Allah)


Kata Aluan daripada Setiausaha Komiti HPA Nilai.



Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Rabbul Alamin kerana dengan rahmatnya kita dapat terus berjuang dalam memperkenalkan produk HALAL lagi TOYYIB kepada umat islam.




Tahniah dan syabas kepada seluruh pengurusan komiti HPA Nilai yang bersama-sama berganding bahu dan berusaha gigih dalam memperkembangkan ilmu perubatan Jawi khususnya kelas ilmu kiropraktik dan al-hijamah setiap minggu di cawangan, bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan ahli-ahli HPA dikawasan Nilai.




Semoga usaha murni kita semua akan dirahmati Allah dan harapan saya, Komiti Nilai akan terus berkembang dan lebih banyak lagi program yang bakal dilaksanakan demi menjadikan Nilai sebuah cawangan yang begitu berNilai Insya Allah!

Monday, January 12, 2009

Insentif Konvek


hpa industries sdn bhd


INSENTIF KONVEK 2009

INSENTIF 2009 KINI BERMULA.

Ø Insentif 2009 diteruskan sehingga bulan Mei 2009. Syarat penjualan syarikat mencapai RM 15 juta.
Ø Insentif baru bermula Jan 2009 hingga Mei 2009.
Ø Konvek akan diadakan pada bulan Julai 2009.

KATAGORI HADIAH

A.HADIAH PASTI ( JAN – MEI 2009 ).

Belian syarat 200 NM atau terkumpul 1000 NM ….Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 100 (e.g. pen berjenama) dan 20 cabutan bertuah.

Belian syarat 300 NM atau terkumpul 1500 NM…..Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 300 (e.g. jam tangan) dan 15 cabutan bertuah ( hand phone ).

Belian syarat 500 NM atau terkumpul 2500 NM…. Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 500 (e.g. camera) dan 5 cabutan bertuah ( Note Book ).

B.INSENTIF DARI PBC ( JAN – MEI 2009 ).

Terbuka kepada PB, PLX, PRX bermula pada bulan Jan 2009.

2. Berjaya membawa 6 peserta PBC ( sekali dengan melengkapkan 300NM ) selewatnya Mei 2009 pada Aras Pertama.

Hadiah Jaket HPA dan hadir PIC percuma.

Jika mencapai Pengarah Jati ( PJ ) selewatnya Mei 2009 akan mendapat tambahan Pen Berjenama.

Insentif ini akan di uruskan oleh Kelab pada Program Zon

C.TIGA KATAGORI INSENTIF KHAS ( OKT 2008 – MEI 2009 ).

Berlangsung dari Okt 2008 sehingga Mei 2009.
Penjualan syarikat mencecah RM 15 juta perbulan..( Jualan Malaysia Sahaja ) selewat-lewatnya pada Mei 2009.
Terbuka kepada pengedar HPA yang bergerak aktif bersama PBC.Syarikat berhak menolak tawaran ini kepada mereka yang tidak aktif didalam PBC.
Bagi mereka yang telah berpangkat PJE. PJI, PJM sebelum Mei 2009, hanya layak untuk insentif kategori pertama sahaja.
Bagi mereka yang berpangkat PJ ke bawah sebelum Mei 2009 tetapi mencapai PJE atau keatas daripada Jan 2009 hingga Mei 2009, maka layak untuk salah satu katagori (samaada katagori pertama atau katagori kedua).

BAGI KATAGORI PERTAMA

Adalah mereka yang mencapai pangkat PJE minima pada jualan bulan Mei 2009.
Membuat belian peribadi minima 200 NM dan jualan kumpulan pangkat PLX dengan 300 NM sebulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau akumulatif 5000NM.
Pencapaian bonus RM 10,000 ke atas pada bulan Mei 2009.
Top 20 akan mendapat ganjaran mengerjakan ibadat haji suami isteri @ kereta @ RM 30,000 tunai.
Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.

BAGI KATAGORI KEDUA

Mereka yang membuat pembelian peribadi 200 NM dan jualan kumpulan pangkat PLX 300 NM sebulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau akumulatif 5000 NM.
Pangkat di antara Pengedar Biasa ( PB ) hingga Pengarah Jati ( PJ ).
Top 50 dari Pengarah Jati hingga ke bawah akan berpeluang melawat Jakarta atau Bandung 4 Hari 3 Malam dan motosikal Modenas.
Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.

BAGI KATAGORI KETIGA ( INSENTIF UMRAH - PILIHAN ).

1. Semua pangkat dari Pengedar Biasa hingga Pengarah Jati Mahkota . Mencapai bonus
RM 5,000 ke RM 9,999 menjelang Mei 2009.

2. Jualan mencapai RM 15 juta menjelang Mei 2009. Maintain peribadi 300 NM setiap bulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau kumulatif peribadi 6000 NM.

3. Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.

BAGI KATAGORI C

** SETIAP PENGEDAR HANYA LAYAK UNTUK MENERIMA SATU INSENTIF SAHAJA DAN BERGANTUNG KEPADA SYARAT DAN KELAYAKAN SEPERTI TERTERA DI ATAS **.

Tiket Konvek di jual pada harga yang di putuskan oleh syarikat dan cabutan hadiah menarik seperti berikut:

Barangan eletrik
Hadiah menarik dan branded 200 hadiah di buat pengumuman 4 kali dan di kupon mengandungi Nama, no ahli, no telefon dan cawangan terdekat.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA “

Program Korban











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails