Tuesday, March 31, 2009

Program Gen 2 di Excel Training Centre

Program Gen-2 anjuran KPA telah di adakan pada 28 - 29 Mac 2009 di Excel Training Centre, Broga Negeri Sembilan. Tujuan program diadakan bagi melatih bakal-bakal PJS yang akan menjadi pelapis pemimpin masa depan.




Bakal Pemimpin Muslimat bersama Pemimpin KPA



Bakal Pemimpin Muslimin bersama Pemimpin-pemimpin KPA.

Seramai 84 orang peserta menyertai Program Gen 2 yang datang dari pelbagai tempat. Program 2 hari 1 malam ini banyak memberi ilmu bagaimana untuk menjadi Fasilitator PBC yang cemerlang.

Peserta kursus amat bertuah kerana En Faisol Abd Rahman GM Al-Wahida Marketing SB hadir bersama untuk merasmikan program dan seterusnya memberi slot Tugas dan Peranan Pemimpin HPA. Tambah bertuah Setiausaha Panel Syariah merangkap Pengurus Pentadbiran HPA yang turut hadir memberi slot MLM Syariah





Pengisian Program diisi dengan 8 Modul, diantaranya

a) Modul 1 - MLM Syariah: Penjelasan & Soal Jawab
Penceramah: Ustaz Adnan - Salah seorang Panel Syariah HPA
b) Modul 2 - Tugas Dan Peranan Pemimpin HPA
Penceramah: GM En Faisol bin Abdul Rahman
c) Modul 3 - Gerakerja Usahawan MLMS HPA
Penceramah: PJS Hafidzan bin Fauzi
d) Modul 4 - Teknik Penajaan Berkesan
Penceramah: PJS Murad bin Abu Bakar
e) Modul 5 - Pembentangan Modul-Modul Tentatif PBC
Penceramah: PJS Rosmandi bin Ishak
f) Modul 6 - Teknik Pengucapan Berkesan
Penceramah: En Badrul Sani - Az Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC)
g) Modul 7 - Tugas & Peranan Fasilitator HPA
Penceramah: PJS Khalid Iskri
h) Modul 8 - Kaedah Pengurusan & Pengendalian PBC
Penceramah: PJS Siti Habibah bt Yusof
i) Diagnos Tapak Tangan
Penceramah: PJS Fatin




Komiti Nilai telah di beri kepercayaan untuk menjadi sebahagian daripada urusetia antaranya
a) Ustaz Mohamad Radzi bin Ariffin - Pengerusi Komiti Nilai (AJK Tugas-tugas Khas)
b) Azmely bin Yaakob - Tim Pengerusi Komiti Nilai ( AJK Teknikal)
c) Pn Nor Raidah bt Mansor - Setiausaha Komiti Nilai (AJK Pendaftaran)
d)Pn Aiju bt Adam - Pen. Bendahari Komiti Nilai (AJK Pendaftaran)
Lebih membanggakan lagi, penghulu dan penghuluwati yang dilantik adalah dari kalangan Komiti Nilai iaitu herbalis Aminuddin dan Pn Rohana. AJK Nilai benar-benar 'bernilai' bilamana peserta Terbaik Lelaki di sandang oleh AJK Unit Kerohanian dan Kebajikan Ustaz Abd Razak bin Mohamed.


Komiti Nilai telah menghantar seramai 8 orang AJK Komiti Ke Gen 2. Antaranya ialah


a) Haryani bt Hamidun - AJK IT & Multimedia

b) Rohana bt Abd Hamid - AJK Kebajikan

c) Ust Abd Razak bin Mohamed - AJK Kerohanian & Kebajikan

d) Herbalis Aminuddin bin Marjani - Herbalis Komiti Nilai

e)Aminah bt Sahji - AJK Kerohanian

f) Ust Syafrudin bin Umar - AJK Kerohanian
g)Baharudin bin Jantan - JuruAudit Dalaman


Terima Kasih kepada Penaung Komiti Nilai PJM Siti Habibah Yusof kerana memberi peluang dan laluan kepada AJK menyertai Program Gen -2.











Thursday, March 26, 2009

Kelas Mingguan Nilai 25 Mac 2009..

Kelas mingguan di Nilai pada kali ini di hadiri oleh bekas peserta PBC yang baru berlalu pada 21-22 Mac 2009. Kehadiran seramai 60 orang.

Kelas di pengerusikan oleh Ustaz Abd Razak bin Mohamed ( AJK Kerohanian dan Kebajikan). Slot Pengenalan Syarikat di sampaikan oleh PR Azmely b Yaakob, Slot Produk Knowledge di sampaikan oleh Herbalis PJS Fatin dan Slot Pelan Pemasaran di sampaikan oleh PJM Hafidzan bin Fauzi.

Malam ini, kelas amat beruntung kerana telah didedahkan Pelan Pemasaran secara detail bonus-bonus yang terdapat dalam pelan pemasaran HPA.

Seperti biasa selesai kelas kami bersama-sama menikmati minum malam bagaikan ada kenduri, bertuahnya malam ini kami di jamu oleh Pn Roslah sempena hari kelahiran suaminya dan juga pen. bendahari Pn Aiju Bt Adam yang menyambut ulang tahun perkahwinan beliau pd hari ini.

Sunday, March 22, 2009

Pembentangan LDK peserta PBC....

Latihan dalam kumpulan dimulakan pada pukul 3.45 ptg. Pembentangan pertama oleh kumpulan Paramaria. Mereka membuat kelainan yang mana mereka menyampaikan pembentangan dengan berdikir.


Kumpuln peserta lelaki diberi nama Radix manakala satu kump.lagi menamakan kump. mereka dgn nama hotel budget HPA El Zahra.

Kumpulan terbaik dimenangi oleh Kump.Radix yang mana markah mereka sama dengan markah kumpulan El Zahrah. Kelebihan mereka adalah dari segi kerjasama ahli kumpulan.

Peserta Terbaik wanita milik Pn. Pauziah bt Mohd Said. Beliau mengucapkan terima kasih kepada urusetia PBC Nilai. Beliau berazam selepas balik dr PBC ini, beliau akan mengajak ahli keluarga untuk bersama-sama dalam HPA. Katanya ada dikalangan ahli keluarga yg sakit dan penawarnya ada dalam HPA. Dan akan sebarkan juga di kalangan jiran dan rakan. Beliau merupakan Bekas Ketua Jabatan Islam dan Moral (M.P.I.K) Cheras, Kuala Lumpur yang baru sahaja bersara.


Peserta trbaik wanita yang kedua ialah Pn Hamsiah bt Jaafar. Beliau merupakan pengamal produk herba sejak 5 tahun yg lalu tp sayang produk herba tersebut datangnya dari USA dan beliau merasakan sepanjang mengamal produk itu tidak byk perubahan pada diri beliau. Harganya pula jgn ckp la. terlalu mahal. Beliau mengamalkan produk khusus untuk wanita, dengan membelanjakan RM2000 sebulan. Sedangkan harga produk khusus bg set wanita dlm HPA baru berharga lebih kurang RM150 sahaja dan kesannya ketara.

Dengan belanja RM2000 sebulan boleh membawa peserta ke PBC untuk 8 orang. Beliau di perkenalkan dengan HPA oleh suami beliau sendiri dan dalam masa seminggu telah berjaya mendapat downline seramai 50 org. Katanya lagi, bila menghadiri PBC barulah beliau memahami sepenuhnya dalam Gerak Kerja 6 M boleh meraih pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan.


Peserta lelaki terbaik ialah Farhan bin Md Rusli. Beliau merupakan anak saudara kepada Pn Hamsiah bt Jaafar yg juga peserta terbaik wanita. Beliau berpendapatan produk HPA adalah yang terbaik untuk umat Islam kerana halal dan toyyib.

Untuk bacaan Al Mathurat, para peserta di pimpin oleh Ustaz Syafrudin bin Umar. Pada pendapat beliau, PBC ini dapat menyuntik semangat beliau untuk mencari rezeki melalui perniagaan bagi keluarga beliau. Pendapat peribadi beliau, apa juga yg ingin kita lakukan, perlu berilmu.

Majlis hari ini di sudahi dengan sesi bergambar bersama-sama antara peserta dan urusetia.

Kejutan pada Urusetia Komiti Nilai....

Pada PBC kali ini Komiti Nilai telah membuat satu kelainan apabila telah memberi peluang kepada semua Ajk-Ajk Komiti Nilai untuk berkongsi pengalaman mereka bersama para peserta PBC pada "Slot Malam Bintang-Bintang". Para peserta kali ini bertuah kerana mendapat pengetahuan perkongsian pengalaman dari Ajk Komiti Nilai sendiri selain menimba ilmu daripada modul-modul PBC sedia ada.Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh akan dapat di manfaatkan oleh para peserta PBC ini untuk berjuang di dalam wadah perjuangan HPA ini.....
Urusetia yang dipanggil telah menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang pembabitan di dalam HPA..Antara urusetia Komiti Nilai yang diberi kejutan oleh Pengerusi Komiti kali ini adalah:-
1. PJM Siti Habibah Bt Yusof (Penaung)
2. PJ Baharudin B. Jantan (Audit Dalaman)
3. PJ Nor Raidah Bt Mansor (Setiausaha)
4. PRX Cik Intan Nur Azreen Bt Mohamad Radzi (Biro IT & Multimedia)
5. PJX Us. Hj Abd Razak B. Mohamed (Biro Kerohanian dan Kebajikan)
6. PL Pn.Rohani Bt Alias (Biro Kerohanian dan Kebajikan)
7. PLX Pn.Aiju Bt Adam (Pen. Bendahari)
8. PR Pn.Aminah Bt Sahji (Biro Kerohanian dan Kebajikan)
9. PR Azmely B. Hj. Yaakob (Timb.Pengerusi)

Saturday, March 21, 2009

PBC Allson Klana Nilai

Program Perkongsian Bijak Cemerlang Nilai

Pada : 21 - 22 Mac 2009

Bertempat: Allson Klana Nilai.

Alhamdulillah, sekali lagi Komiti Nilai menganjurkan program PBC. Kali ini PBC bertempat di Allson Klana Nilai bukan di De Palma Salak Tinggi.

Pendaftaran berjalan lancar dan program di mulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi Majlis Ust Abd Razak bin Mohamed dan diikuti dengan perasmian program oleh Ust Mohamad Radzi bin Ariffin.

Selepas perasmian, majlis di teruskan dengan Slot yang pertama iaitu Slot Pengenalan Syarikat di sampaikan oleh Ust Abd Razak bin Mohamed.

Selamat Datang kami ucapkan kepada semua peserta PBC pada hari..

Wednesday, March 18, 2009

Program Di Pangsapuri Mawar Sari, Keramat

Hari Isnin yang lalu, Komiti Nilai dijemput oleh salah seorang peserta PBC De Palma Ampang 28/2 - 01/03/09 En Hazuan bin Zulkifli ke kediaman beliau di Pangsapuri Mawar Sari, Keramat bersama-sama PJM Siti Habibah utk menggempur di sana.

Kami tiba di sana pada pukul 7.30 mlm. Kami bersolat Maghrib di sana dan dijamu makan malam oleh penganjur. Selesai solat Isya, barulah kami turun ke dewan Blok C.

Slot malam itu di mulakan dengan Slot Halal dan Haram oleh Ust Abdul Razak B Mohamed, Biro Kerohanian dan Kebajikan Komiti Nilai. Para hadirin terpegun melihat paparan dari slide berkenaan Halal Haram.

Slot seterusnya ikuti dengan Slot Pengenalan Syarikat dan Demo berkesan oleh Timbalan Komiti Nilai En Azmely bin Hj Yaakob. Para hadirin terpegun melihat lampu yang di masukkan ke dalam Kopi Radix, Teh Herba dan Air Mineral begitu terang bersinar.

Acara kemuncak adalah mendiagnos tapak tangan oleh PJM Siti Habibah. Ramai yang mengambil bahagian.

Terima kasih kepada pihak Penganjur kerana memberi kepercayaan kepada Komiti Nilai untuk menjayakan Program tersebut.

Friday, March 13, 2009

Kelas Pertama Komiti Putrajaya

Kelas pertama utk Komiti Putrajaya diadakan pada 12 Mac 2009 di kompleks Kejiranan Persint 16.

Seramai 17 orang yang hadir termasuk 2 orang PJS iaitu PJS Hj Marjuni b Salam dan PJS Hj Zainal b Ahmad.

Majlis di pengerusikan oleh Pengerusi Komiti Nilai Ustaz Mohamad Radzi. Seterusnya Slot Pengenalan Syarikat disampaikan oleh PJS Hj Marjuni b Salam dan Slot Pelan Pemasaran oleh PJS Hj Zainal b Ahmad.

Kelas mingguan bagi Komiti Putrajaya telah di tetapkan pada setiap hari Selasa bermula dari jam 9.30 mlm hingga 11.30 malam.

Tuesday, March 10, 2009

Sekitar Pelancaran dan Perlantikan Jawatankuasa Komiti Bangi.

Majlis perasmian dan perlantikan Jawatankuasa Bangi berjalan lancar. Sambutan amat menggalakkan. Kehadiran dianggarkan lebih kurang dalam 40 - 45 orang.

Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab dan di pengerusikan oleh PJM Rosmandi bin Ishak. Dalam majlis ini PJM Hafidzan bin Fauzi menyampaikan secara ringkas berkenaan Pengenalan Syarikat. Diikuti oleh PJS Aznin bin Ujang menyampai Slot Pelan Pemasaran.


Perlantikan Komiti Bangi:

Pengerusi : Ustaz Fadhil

Timbalan Pengerusi : Ustaz Khairul Anuar

Setiausaha : Ustazah Sharifah

Bendahari : Ustaz Syed Mokhtar

Biro IT : En Suhairi

Biro Jawi : Herbalis Asma'

Biro Kebajikan : Ustaz Idris

AJK : En Shuhaidi

: En Hisham

: Pn Zaiton

: Pn Aju

PJM Hafidzan juga memberi info terkini berkenaan HPA Ilham Holiday yang akan menguruskan pakej Umrah RM6,000.00 dengan nilai mata sebanyak 50NM. Setakat hari ini seramai 60 org telah berdaftar.

Antara info lain adalah berkenaan KONVEK HPA.

Tarikh : 25 Julai 2009

Tempat : Tapak MAHA, Serdang (20,000 penyertaan)

Yuran : RM50.00 (termasuk Buffet mkn tengahari dan dessert aiskrim Toyyibah)

Rombongan Komiti HPA Nilai ke Seminar MLM Syariah dan Pelancaran Aiskrim Toyyibah

Komiti HPA Nilai telah mengadakan rombongan ke Seminar MLM Syariah dan Pelancaran Aiskrim Toyyibah di Kompleks Lembaga Tabung Haji semalam...Seramai lebih kurang 25 orang terdiri dari ajk-ajk komiti HPA Nilai serta ahli-ahli di sekitar Nilai telah berkumpul di cawangan HPA Nilai sebelum bertolak ke sana.

Rombongan daripada Komiti Nilai bergambar kenangan di hadapan Kompleks Tabung Haji sempana Seminar MLM Syariah dan Pelancaran Aiskrim Toyyibah...

Pengerusi Komiti Nilai Ustaz Mohamad Radzi mengabadikan kenangan bersama PJS Syed Jamaluddin...

Keadaan di luar perkarangan Dewan Besar, para pengedar HPA tidak melepaskan peluang mendapatkan Aiskrim Toyyibah....

Generasi muda juga berminat menyertai seminar berkaitan MLM Syariah ini...semoga wadah perjuangan HPA menjadi nadi bagi ramai lagi remaja di luar sana,Insyallah...

Sebahagian Ajk Wanita Komiti Nilai tidak melepaskan peluang bergambar di backdrop yang indah...

Pelancaran dan program pelantikan Komiti HPA Cawangan Bangi.

Selepas penubuhan Komiti HPA Putrajaya pada 03 Mac 2009 yang lalu, bersempena dengan pembukaan Cawangan baru di Bandar Baru Bangi pada 10 Mac 2009, Komiti HPA Bangi akan di tubuhkan.
Majlis akan bermula pada pukul 9.00 malam bertempat di Cawangan HPA Bangi,
2-G-1, Jalan Medan PB/4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Kepada pengedar di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dan yang sewaktunya, marilah kita beramai-ramai hadirkan diri bagi mengimarahkan lagi majlis kita.
Kalau bukan kita,
siapa????
Inilah masa untuk kita bersama-sama sebagai tanda kita menyokong perjuangan HPA demi kesejahteraan Ummah.

Sekitar Seminar dan sesi membeli aiskrim Toyyibah..


Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad memberi ucapan. Antara Ucapan Tn Hj adalah sebagai pengedar kita perlu sejahterakan hati. Dalam maknanya tu... Fikir-fikirkan lah...

Barisan Panel Syariah dan Pengarah Urusan serta GM Al Wahida dalam sesi soal jawap.


Barisan Panel Syariah HPA.

PJM Rosmandi dan PJS Zamri

Para hadirin memenuhi ruang dewan.

PJM Hafidzan bersama PJS Abd Razak

Ehhhh... macam kenal jerk yg tengah-tengah tu...sapa lagi kalo bukan PJM Siti Habibah Penaung Komiti Nilai bersama PJS Juita Tahar dan PJS Noraini Harun. Wanita Besi Lembah Kelang. Jangan main-main..

Sebahagian hadirin yang hadir.

Mengikut kata Pengerusi majlis, sila-silakan lah.makanya bersilalah kami semua...

Kami pon bersila juga....


Yang di tunggu-tunggu dah tiba. Salah 1 perisa Aiskrim Toyyibah - Koko Radix. Sedap woooo...


Acara kemuncak. Beratur membeli aiskrim.


Amboi..sedap ekkk aiskrim kita ni...

Sini dah abis laa...jom-jom kita p sana.mcm ada lg jerk...

Ehhhh..mcm penah kenal jerk yang pakai baju melayu biru ngan kopiah tu??? sapa ekkk... Juru Audit Dalaman Komiti Nilai rupanya...

Ehhh..nak bawak pi mana aiskrim tu.. bukan aku punya ke tu???

Pelancaran MLMS HPA - 09 Mac 2009

Syukur Alhamdulillah, majlis Seminar MLM Syariah yang telah diadakan pada 09 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiul Awal 1430, mendapat sambutan yang menggalakkan dan di luar jangkaan di mana kehadiran seramai 3000 orang.

Objektif seminar adalah untuk memberi kefahaman kepada seminar mengenai sistem MLM SYARIAH HPA INDUSTRIES SDN BHD.

Aturcara Seminar.

8.00 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Bacaan Al Quran

9.15 pagi : Selawat Nabi

9.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis

9.40 pagi : Ucapan Pengarah Urusan HPA

10.00 pagi : Majlis Memperkenalkan Ahli Lembaga Panel Syariah HPA oleh pengerusi majlis

10.45 pagi : Sesi pembentangan pertama oleh Tn Hj Muhammad Hassan Zaid B. Ramli
(Perbandingan Diantara Sistem MLM,Piramid dan Binary)

11.45 pagi : Sesi pembentangan kedua oleh Prof. Madya Dr. Ishak Sulaiman
(Pembentangan Buku MLM Syariah HPA)

12.45 tghari : Rehat dan Solat

2.30 petang : Sesi Soal Jawap antara peserta seminar dengan Ahli Lembaga Panel Syariah HPA

3.30 petang : Majlis Pengistiharan dan Deklarasi Multi Level Syariah HPA oleh Pengerusi Panel
Syariah HPA Ustaz Ahmad B Ali

3.40 petang : Majlis Perasmian Produk Aiskrim "TAIYIBAH" HPA oleh Pengarah Urusan.

4.00 petang : Bacaan Doa Penutup Majlis.

Bayaran yuran masuk sebanyak RM15.00. Setiap peserta seminar yang hadir di bekalkan dengan buku MLM Syariah HPA Industries Sdn Bhd dan merasa kelazatan aiskrim Taiyibah.

Pembentukan Komiti HPA Putrajaya.

Seiring dengan kesedaran umat Islam hari ini berkaitan produk halal, kini HPA semakin mendapat tempat di hati kita semua. Perjalanan perjuangan yang masih panjang membangkitkan semangat setiap ahli-ahli HPA untuk terus berjuang. Satu lagi Komiti telah dibentuk di Putrajaya bagi membolehkan setiap ahli HPA di sana mendapat info terkini syarikat.

Komiti telah dibentuk pada 03 March 2009 yang lalu.Bertempat di Komuniti Kejiranan Persint 16, Putrajaya. Pada pukul 9.00 malam.Komiti Nilai diberi kepercayaan untuk membimbing Komiti Putrajaya menjalankan kelas mingguan yang akan diadakan pada setiap minggu.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan majlis taaruf. Di susuli dengan kata-kata aluan dari En. Muin b Yahya selaku penyelaras program. Majlis di pengerusikan oleh Pengerusi Komiti Nilai Ust. Mohamad Radzi b Ariffin.

Komiti Nilai diwakili oleh Ustaz Mohamad Radzi b Ariffin,Pn Nor Raidah bt Mansor, Ustaz Abd Razak b Mohamed.

Perlantikan Komiti Putrajaya:

Penaung : PJS Hj. Jumani b Salam

Pengerusi : Ust Gunawan b Che Aziz
Timbalan Pengerusi: Ust Wan Ahmad Fikeri b Wan Omar

Setiausaha : En. Muin b Yahya

Bendahari : Pn Basharah bt Ahmad

Ahli Jawatan Kuasa : Pn Aminah bt Deraman
Pn Nor Raini bt Hj Mansor
En Johari b Mohd Nasir
En Nor Hisham b Mat Salim
En Ismail b Mohamad
En Ibrahim b Deraman
En Abdul Karim b Abd Aziz

Penaung Komiti HPA Putrajaya, PJS Hj. Jumani b Salam

Mesyuarat pembentukan Komiti Putrajaya.

Jawatankuasa Komiti Putrajaya bergambar bersama wakil Komiti Nilai.

Sunday, March 8, 2009

Penghargaan kepada yang menjayakan program PBC De Palma Ampang

Ribuan terima kasih kepada Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, En Faisol Abd Rahman kerana sudi hadir ke PBC De Palma Ampang kali ini. Suntikan semangat daripada pengurus besar membuatkan peserta-peserta lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini. Dan juga ribuan terima kasih juga kepada PJS yang hadir yang telah menjayakan program ini antaranya Presiden KPA, PJS Hafidzan Fauzi, PJS Syed Ageel ,Pen.Presiden KPA, PJS Rosmandi Ishak, PJS Hj. Shahir dan tidak lupa juga komiti HPA Nilai yang bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini. Semoga apa yang kita lakukan mendapat redha dari Allah s.w.t.

Thursday, March 5, 2009

Keceriaan berganda...

Peserta terbaik lelaki Hazuan bin Zulkifli menerima cenderahati dari Pen.Pengerusi Nilai

Peserta wanita terbaik dimenangi oleh Juriana bt Jonait

Setelah 2 hari 1 malam menimba ilmu di PBC, ukhwah terjalin, kini tibalah saat perpisahan....Namun,perjuangan belum selesai!!!

Syukur, kita menang yerk..

Align Center Glamor betul aku ni. masuk blog Komiti Nilai. Jangan jeles ekk..



Seribu rahsia tersirat di sebalik.....?


Peserta Ceria bergambar bersama Urusetia PBC.


Muslimah Anggun yang akan menggegarkan industri produk Halal Malaysia.

Wednesday, March 4, 2009

Keceriaan PBC 28/02- 01/03/09

Ucapan terima kasih kepada Ustaz Musa kerana telah memimpin bacaan Al-Mathurat dan Kuliah Subuh pada program PBC kali ini...

Kita ni nyanyi nasyid ke belajor nari zapin ekkk???

Ehhh...Pengarah program ada kat sebelah aku la..bertuahnya...

Penuh semangat mengalunkan nasyid Bingkai Kehidupan.

Aduihh..aduih...patah la aku ni kang.

Ehhhh.. kita ni nak belajar terbang ke ???

Lama la pulak ustaz ni nak abis kuliah subuh. aku ngantuk dah ni..huhuhuu..

Ehhhh... kak melah ke ni??? lama x jumpa. jumpa kat PBC la pulak.

Ok, siap dah. sapa nak bentangkan ni???

Ooooo.mcm tu ker???? baru kami tau...

Cuba tengok sapa yang bagus??? sapa lagi kalau bukan aku..hehehhheee..


Tn Syed Ageel yang sentiasa menceriakan juga banyak memberi motivasi dan kata-kata nasihat.


Nak berjaya???? Tiru macam saya...


Cepat-cepat, lambat kang kena denda plak.


Ehhhh... Makan sorang jerk?? Kawan sebelah tu x lapo ker???


Beratur yerk, jangan rebut- rebut.Semua orang akan dapat.


Tu dia.. Bukti nyata PBC De Palma Ampang 28/02 - 01/03/09

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails