Saturday, May 30, 2009

Mesyuarat Agung Kawasan koWahida 2009 Kali Ke - 1



Pada jam 9.00 pg, ahli koWahida mula mendaftar diri di Cawangan HPA Nilai, Negeri Sembilan.




AJK Komiti Nilai sedang membungkus makanan untuk diagihkan kepada ahli koWahida.




Ahli Lembaga Koperasi
Dari kiri : PJS Hafidzan Faudzi, PJS Hj Ramly Ahmad dan PJS Khalid Iskri.
PJS Hafidzan Faudzi sedang memberikan penerangan mengenai perkembangan terbaru koWahida. Sepertimana yang diberitahu Ahli Lembaga Koperasi, telah disahkan bahawa dividen bagi tahun kewangan Disember 2008 adalah 14% (bagi saham pada 30 Jun 2008).

Koperasi Wahida HPA Berhad (koWahida) kini telah dilantik menjadi Agen Korporat yang Bertauliah dengan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Kini pihak tuan/puan boleh memperbaharui insurans kenderaan anda di koWahida. Pihak koWahida menawarkan Skim Pembaharuan Insurans Kenderaan Kereta/ Motor bagi pakej First Party dan Third Party.
Perkara yang perlu dibawa semasa memperbaharui Insurans Kenderaan hanyalah,
i) Salinan Geran
ii) Salinan Sijil Asal @ Covernotes Asal

KoWahida turut menawarkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan bagi peserta yang mempunyai geran kenderaan dalam simpanan sendiri.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Shamsul Azrin bin Saaid
012 - 5960607

Di alamat:
Koperasi Wahida HPA Berhad
No. 313 Tingkat 1, Taman Pengkalan Asam,
Jalan Kangar - Alor Setar,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04 - 9773813, 04 - 9773814

Rombongan Umrah HPA...





Pengerusi KPA PJM Hafidzan Fauzi bersama Naib Pengerusi PJM Rosmandi Ishak dan Bendahari PJM Siti Habibah Yusuf serta PJS Radiyati Abd Rahman menghantar rombongan umrah GM En Faisol dan KPU di KLIA pada 28 Mei yang lalu.








GM bahagian MIS, Pn. Rashidah ikut serta dalam rombongan umrah kali ini.







Rombongan umrah bersama-sama mengaminkan doa selamat sebelum berlepas ke Jeddah, Makkah Al-Mukarramah. Semoga doa mereka di sana untuk kejayaan HPA dimakbulkan oleh Allah S.W.T.







Ketua rombongan sempat memberikan sedikit taklimat kepada jemaah umrah. Semoga ibadah mereka diterima dan diredhai oleh Allah S.W.T. Amiiinn...



Thursday, May 28, 2009

HPA Beli kilang lagi...

HPA beli 3 buah kilang lagi di Jejawi.

Bagi memenuhi pemintaan yang semakin tinggi pehak HPA terpaksa membeli lagi 3 lot besar kilang di Kawasan MIEL Jejawi.

Kilang- kilang ini dijangka akan mampu menyediakan keseluruhan produk HPA bagi menyiapkan jualan 20 juta sebulan. Ini juga ada kaitan dengan persiapan besar HPA di Indonesia.

Pembesaran kilang sos,kilang biskut dan produk dari daging ayam akan diberi keutamaan. Disamping ini dalam tempoh terdekat kita akan mengeluarkan rempah,kicap dan bihun untuk pasaran halal.insyaAllah.

HPA mula menjadi jenama pilihan utama kerana keyakinan pengguna dalam isu halal produk -produk keluaranya.

Wednesday, May 27, 2009

Dividen Ko Wahida 14%

Monday, May 25, 2009

KO WAHIDA DI JANGKA MENGELUARKAN DIVIDEN 14%

Salam seluruh Warga HPA

Alhamdulillah.

Dalam usia 2 tahun penubuhan, kami menjangkakan akan mengeluarkan 14% dividen kepada seluruh pelabur yang berakhir 30hb Jun 2008. Walaupun dunia menghadapi kegawatan ekonomi, namun kita berjaya mengambil jalan keluar dan menjayakan perniagaan berlandaskan syariah.

Terbukti rancangan usahasama perniagaan projek kopi, ayam organik dan takaful yang di jalankan oleh Ko Wahida telah mencatatkan keuntungan dan sekali gus memberikan peluang kepada seluruh pelabur.

Justru itu saya berharap kepada seluruh warga HPA, untuk terus melabur dalam Ko Wahida. Saya juga berharap kepada para pengedar khususnya para PJS supaya berurusan dengan lebih aktif termasuk urusan insuran kereta peribadi.

Posted by GM at Monday, May 25, 2009

Mesyuarat Agong Zon Kowahida

Koperasi Wahida HPA Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan bagi melantik perwakilan untuk hadir ke Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke – 3.

Sehubungan dengan itu, Koperasi Wahida HPA Berhad menjemput semua anggota-anggota Koperasi yang layak untuk hadir ke mesyuarat tersebut.

Anggota yang layak untuk hadir adalah anggota yang telah menjelaskan yuran kemasukan anggota beserta minimum modal saham RM 200.00 mengikut Undang-undang kecil Koperasi Bahagian IV seksyen 10, 11, 12, dan 16 akta.

AJK yang bertanggungjawab pada kawasan Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak:

1-Hafidzan Faudzi [0132082550]
2-Khalid Iskri [0192825151]
3-Ramly Ahmad [0133713500]

boleh menerima pendaftaran daripada anggota-anggota yang layak untuk hadir ke Mesyuarat Agung Kawasan tersebut mulai pada tarikh notis ini di keluarkan.

Berikut merupakan butiran maklumat mengenai mesyuarat anggota bagi kawasan : Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak

Tarikh : 30 Mei 2009;
Jam : 10.00 pagi – 12 tengahari
Tempat : Pejabat HPA Cawangan NilaiPt 4951 , Jln Ts/1a Tmn Semarak 2,71800 Nilai Negeri Sembilan

AGENDA MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2009

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
2.Membentang ringkasan draf akaun teraudit koperasi bagi tahun kewangan berakhir Disember 2008
3.Membentangkan belanjawan tahunan
4.Mengumumkan dividen bagi modal saham berakhir 30 Jun 2008
5.Membentangkan pindaan undang – undang kecil Koperasi Wahida HPA Berhad
6.Melantik perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke – 3
7.Membincangkan usul untuk di bawa ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke – 3

“ PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ™ ”
TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN

3 orang PJS yang baru diluluskan oleh GM mulai 01 hb JUN, 2009 iaitu:

PJS BAHARUDDIN JANTAN [NILAI]
PJS USTAZ ASRI ZAKARIA [KLANG]
PJS SITI RAHMAH UJANG [BB BANGI]

Tahniah kepada ketiga-tiga PJS KPA yang baru. Terutama kepada PJS Komiti Nilai iaitu PJS Baharuddin Bin Jantan di atas perlantikan beliau.

Semoga dengan perlantikan beliau akan lebih memantapkan komiti nilai dan seterusnya menjadi peransang dan pembakar semangat kepada AJK lain untuk mencapai pangkat PJS.

Sunday, May 24, 2009

PBC Desa Inn Kuala Pilah



Barisan urusetia dan penceramah.



Program PBC telah pun berakhir ptg td. Alhamdulillah, program berjalan lancar. Kami di pihak penganjur program dan urusetia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua para peserta yang hadir. Harapan kami agar segala ilmu yang ditimba dalam program 2 hari 1 malam ini memberi manfaat kepada anda semua dan digunakan sebagai senjata untuk menarik lebih ramai lg umat Islam menjadi ahli HPA dan seterusnya hadir ke program PBC.

Kami menerima pelbagai respon melalui borang kaji selidik yang kami edarkan. Terima kasih atas komen para peserta, InsyaAllah akan kami gunakan untuk penambah baikkan pada program yg akan datang.

InsyaAllah, sekembalinya penyelaras program komiti bersama 2 org lagi ajk komiti yg sedang bertungkus lumus menimba ilmu di program Sijil Herbalis nanti, program PBC dan kelas-kelas ilmu akan lebih sempurna dan lebih lancar. Kami juga berdoa agar kesihatan pengerusi komiti pulih segera dan dapat kembali bersama-sama kami di dalam setiap program yang melibatkan Komiti Nilai.

Seperti biasa, aktiviti peserta akan dirakam sebagai tanda kenangan dan koleksi Komiti. Jom kita tengok gambar- gambar peserta juga urusetia sepanjang program berlangsung.






Para peserta sedang belajar Ilmu mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan.





PJS Tn Hj Zainal menyampaikan Slot 5 Angka dan menjemput peserta sebagai contoh agar para peserta lebih memahami kaedah atau cara bagaimana susunan untuk mendapatkan pangkat PJ.



PBC kali ini, kami membawa bersama produk untuk jualan.







Makan disini agak mewah. Kami di jamu dengan hidangan yang lazat.Masakan Negeri sembilan yang sememangnya begitu menyelerakan.




Para peserta bersama urusetia dan pemimpin mengalunkan nasyid.



Sesi Taaruf sesama peserta. Ketika inilah para peserta dapat berkenalan dengan kenalan baru.




Barisan Para Penceramah :



PJM Siti Habibah bt Yusof menyampaikan Slot Diagnos Tapak Tangan dan Perasmian Program


PJS Tn Hj Zainal b Ahmad menyampaikan Slot 5 Angka.




En Mohd Noorsham b Mohd Sapian menyampaikan Slot Pengenalan Syarikat.





Ust Abd Razak b Mohamed menyampaikan Slot 6M- Cara untuk berjaya dan Slot Halal Haram.



En Raja Mohd Zulkifli bin Raja Said sebagai pengerusi majlis.





Peserta lelaki terbaik- En Mohd Firdaus b Haron

Peserta wanita terbaik - Pn Wahidayah bt abd Wahab












Meja pendaftaran.

Saturday, May 23, 2009

Kelas Mingguan

Kelas mingguan pada minggu ini di adakan seperti biasa. Kehadiran menghampiri ke 40 orang. Para pengedar yg hadir ke kelas pada hari rabu yang lalu amat bertuah kerana pada malam itu, pengerusi komiti hadir memberikan testimoni dan juga motivasi.

Alhamdulillah, pada hari ini Ust Radzi semakin sihat. Luka akibat pembedahan semakin baik dan pertumbuhan daging baru amat cepat dengan pengamalan herba oleh Ust Radzi.


Pengerusi bersama herbalis dan PJS yang bertugas pada minggu ini. Herbalis Aminuddin dan PJS Pak Dollah.

Pengerusi Komiti Nilai menyampaikan testimoni dan motivasi kepada hadirin.





Tuesday, May 19, 2009

PBC Desa Inn, Kuala Pilah

Selepas PBC De Palma Ampang, minggu ini PBC akan diadakan di Kuala Pilah.



Tempat: Desa Inn , Kuala Pilah Negeri Sembilan.



Tarikh: 23 - 24 May 2009



Bayaran: RM150.00 sahaja.



Kepada pengedar-pengedar HPA yang mempunyai jaringan di Kuala Pilah, bolehlah menghantar mereka ke PBC Kuala Pilah. Tempat adalah terhad.



Kami di Komiti Nilai akan berusaha untuk menggempur dan menguasai Negeri Sembilan. Kami juga akan mengadakan 1lagi PBC di Nilai.

Tempat: Allson Klana Nilai

Tarikh: 06 & 07 Jun 2009

Bayaran: RM170.00

Untuk keterangan lanjut berkenaan kedua-dua PBC ini, boleh hubungi:

Sektretariat Komiti Nilai Yanie 0123472663

Monday, May 18, 2009

Lagi gambar PBC De Palma Ampang

PJM Rosmandi menyampaikan Slot Pengenalan Syarikat.













Gambar kenangan Setiap kumpulan bersama pemimpin dan urusetia PBC. Kejutan demi kejutan oleh peserta semasa mempersembahkan LDK mereka. Ada yang memulakan persembahan dengan nasyid teman sejati dan bersajak, ada yang berpantun dan yg lebih mengejutkan bila seorang peserta jatuh pengsan. Kami ingatkan hanya gimik tp rupanya betul-betul pengsan kerana terlalu gemuruh. Kelam kabut kami di buatnya.Mujur ada Ibu Zaimah menenangkan peserta tersebut setelah pulih dari pengsan.


Urusetia pon nak posing gak..hehehehe..








Penyampaian cenderahati oleh Pengarah Program PJM Siti Habibah kepada PJS yang bersama-sama membantu menjayakan PBC De Palma Ampang


Peserta lelaki terbaik - En Mohd Faizal bin Baharudin



Peserta wanita terbaik -Nurhaffiyan bt Karzaai










Persembahan LDK oleh setiap kumpulan.




Antara Pemimpin yang hadir


Hj Zainal bersama Ust Aziz dari Kelantan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails