Thursday, June 25, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang..

Program Perkongsian Bijak Cemerlang Allson Klana Nilai akan diadakan pada

Tarikh: 27 & 28 June 2009

Tempat: Allson Klana Nilai

Yuran : RM 170.00

Pendaftaran: 8pg - 9pg.

Kepada pengedar2 atau leader2 disekitar Nilai, N9 atau dari mana pun yg ingin menghantar jaringan bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi Cik Yanie di talian 012-3472663 samada menelefon sendiri atau boleh juga menghantar sms.

Kelas Mingguan.

Kelas Mingguan berjalan seperti biasa. Kelas di mulakan dengan alunan Nazam HPA oleh pengedar yg hadir dan Ajk.

Antara Ajk yg bertugas pada minggu ini ialah :

1) Pengerusi Majlis - Pn Robiah bt Chek
2) Slot Pengenalan Syarikat - PJ Herbalis Azmely b Yaakob
3) Slot Pelan Pemasaran - PJ Ustaz Abd Razak b Mohamed
4) Slot Produk Knowledge - Herbalis Pn Aiju bt Adam
5) Tazkirah - PJ Ustaz Mohamad Radzi b Ariffin.

Pra PBC di Port Dickson

Alhamdulillah, program pra PBC yang di adakan pada 22 Jun yg lalu mndapat sambutan dari pengedar dan AJK Komiti HPA Port Dickson. Program tersebut di adakan di Pusat Pengajian Al Quran, Dewan MHE Enterprise, Tingkat 1, Wisma Galilee, Lot 7223, KM4, Jalan Seremban, PD N9. ini adalah kerana dewan cawangan sedang di ubahsuai.

Antara Ajk Komiti Nilai yang hadir pada malam itu ialah

1) PJ Ustaz Mohamad Radzi bin Ariffin
2) PJ Azmely bin Yaakob
3) Ustaz Syafruddin bin Umar
4) PJ Pn Nor Raidah bt Mansor
5) Haryani bt Hamidun
6) Pn Aiju bt Adam
7) Pn Rohana bt Abd Hamid

Antara yang menyampaikan ceramah pd malam tersebut adalah:

1) Pengerusi Majlis - PJ Ustaz Mohamad Radzi bin Ariffin
2) Slot Pengenalan Syarikat - PJ Pn Nor Raidah bt Mansor
3) Slot 5 Angka - PJ Azmely bin Yaakob
4) Slot Halal Haram - Ustaz Syafruddin bin Umar
5) Slot Demo Memukau - PJ Azmely bin Yaakob

Hasil dari pra PBC ini, PBC Allson Klana Nilai pada 27 & 28 June 2009 ini akan di hadiri oleh pengedar sekitar PD. Di jangka kehadiran meraka melebihi 10 orang. Insya Allah, program Pra PBC ini akan diteruskan ke cawangan lain juga bagi memberi pendedahan mengapa perlunya menghadiri PBC.
7)

Thursday, June 18, 2009

Pra PBC Port Dickson

Kejayaan melaksanakan Program Pra PBC di Cawangan Bahau telah menarik minat Setiausaha Komiti di Port Dickson.

Kami telah dijemput oleh Komiti Port Dickson untuk membuat Program Pra PBC di PD. Kepada pengedar yang berada di kawasan PD dan juga daerah yang berhampiran dengan PD bolehlah hadir beramai-ramai bagi menjayakan program Pra PBC tersebut.

Program Pra Perkongsian Bijak Cemerlang

Tempat: Cawangan Port Dickson

Tarikh: 22 June 2009

Masa: 9 - 11 Malam.

Wednesday, June 17, 2009

Kelas Mingguan...

Program Mingguan pada kali ini berjalan seperti biasa. Kehadiran sama seperti pada minggu yang lepas.

Ajk yang bertugas ialah

1) Pengerusi Majlis - Pn Rohana Bt Abd Hamid
2) Pengenalan Syarikat - PJ Nor Raidah Bt Mansor
3) Pelan Pemasaran - Ustz Aminah Bt Sahji
4) Produk Knowledge - PJS Herbalis Baharuddin Bin Jantan
5) Motivasi - PJM Siti Habibah Bt Yusuf

Kelas pada minggu ini dimulai dengan Nazam HPA oleh Ajk dan para pengedar yang hadir.

Kelas Refleksiologi

Kelas ini telah mendapat sambutan lebih kurang 21 org rakan kongsi yang berminat dalam perawatan. Alhamdullillah ini adalah kali pertama Komiti Nilai membuat kelas ilmu pada sebelah malam.
Sebelum kelas bermula semua dijamu dengan sedikit jamuan bersempena ulang tahun kelahiran PJS Baharuddin dan anak bongsunya Haikal yang sama tarikh. Semoga mereka dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan tergolong dalam mereka yang dikasihi Allah.
Kelas dipengerusikan oleh Ust Radzi dan kelas ini telah dikendalikan oleh Herbalis Azmely dan dibantu oleh Herbalis Aiju dan PJS Herbalis Baharuddin.
Melihat dari respon peserta program ini berjaya kerana mereka leka mempraktikkan apa yang telah dipelajari tadi sehinggakan tidak menyedari jam telah menunjukkan jam 11.45mlm. program sepatutnya tamat jam 11 mlm. Insyaallah siri kedua akan diadakan pada 21 julai 2009.
19hb Jun ini komiti akan menganjurkan kelas Herbalogi dengan bayaran RM15 termasuk fail kursus. Semua dijemput hadir untuk kita sama-sama memantapkan lagi skill perawatan kita.

Sunday, June 14, 2009

Program Gempur Bahau...

Pada 14 June 2009 yang lalu, kami komiti telah ke Cawangan Bahau untuk Program Pra PBC. Program bermula pada pukul 2 petang. Misi Program ini ada untuk memperkenalkan kepada penduduk sekitar Bahau dan yang berhampiran Cawangan HPA yang baru dibuka dan juga pendedahan kepada program PBC. Program pada hari itu lebih mirip kepada kelas mingguan.

Antara yang memberi ceramah ialah:

1) PJM Siti Habibah bt Yusuf - Slot Pelan Pemasaran
2) Ustaz Abd Razak b Mohamed - Slot Halal Haram
3) Ustaz Mohamad Radzi b Ariffin - Slot Pengenalan Syarikat dan Pengerusi Majlis.
4) Pn Nor Raidah bt Mansor - Slot Demo Memukau.

Program amat berjalan lancar dan amat berjaya.

















Tuesday, June 2, 2009

Pelancaran produk baru HPA, lampin bayi pakai buang 'BabyKu'..

Pada 2.30 petang 1 Jun 2009, hampir 1000 orang pekerja HPA berkumpul di Bukit Emas, Pauh, Perlis sempena Perjumpaan Staff HPA dengan Pengarah Urusan I, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Pada hari tersebut turut menyaksikan pelantikan 2 orang AGM baru iaitu
1. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (Bahagian Pentadbiran)
2. Muhammad Hafiz Ismail (Bahagian IT dan Multimedia)
Tahniah juga diucapkan kepada 10 orang pekerja terbaik HPA yang akan dipilih untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadhan nanti..
Menurut berita terkini yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, RFC akan dibuka di:
1. Mydin Melaka.
2. Kluang, Johor.

3. Kubang Kerian, Kelantan.
4. Bangi, Selangor.
RCH Cawangan Kangar telah dibuka pada 1 Jun 2009, jam 9.00malam oleh Yb. Hashim Jasin. Turut hadir Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, GM, AGM Pengurus, Staf HPA, PJS, Leader HPA serta ahli HPA. Dianggarkan lebih 500 orang. Turut serta rombongan pelawat dari Dungun, Terengganu dan Medan, Indonesia.




Produk Terbaru : Lampin Bayi Pakai Buang 'BabyKu'. Produk ini dilancarkan bersama perasmian RCH ke-2 Cawangan Kangar,Perlis.




Monday, June 1, 2009

Warna-Warni Majlis Konvokesyen Graduan Herbalis Ke-16

Tarikh 31 Mei 2009 merakamkan saat-saat indah Majlis Konvokesyen Graduan Herbalis ke-16 yang disambut di dalam Dewan Omar Mukhtar (ruang atas RFC Sungai Petani, Kedah). Majlis Konvokesyen kali ini berlangsung kira-kira pada jam 2.00 petang. Para graduan herbalis kali ini turut terdiri daripada Imam Besar Masjid Samarinda, Kalimantan, al-hafiz, ustaz ustazah dan juga doktor.
Rektor Kolej Perubatan Jawi, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad amat tersentuh dengan ucapan yang disampaikan oleh wakil Graduan Herbalis lelaki iaitu Ustaz Irham Backtyar sehinggakan beliau menitiskan air mata. Ustaz Irham begitu terharu dengan perjuangan HPA dan menyeru para hadirin agar terus bersama-sama HPA dalam memperjuangkan produk halal dan perubatan Islam, Thibbun Nabawi. Suasana begitu hening sehinggakan ramai hadirin menitiskan air mata.
Menurut Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd., Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, pengajian Herbalis yang ke-16 ini adalah yang terbaik pengisiannya. Dalam pengajian herbalis kali ini, terdapat juga slot khas hadith bersanad yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli dari Darul Ulum, Kuala Lumpur.




AGM Zon Tengah, Pn. Nor Siti Haziana binti Mat Hashim, PJS Siti Habibah, Ustazah Mariam Ahmad (isteri kepada AGM Ustaz Ahmad Adnan Fadzil) dan PJS Jamaliah turut hadir dalam majlis konvokesyen pada kali ini.


Graduan herbalis wanita sedang menunggu giliran untuk menerima Sijil Herbalis daripada Rektor Kolej Perubatan Jawi, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.


Tahniah...PJS Baharudin bin Jantan selaku juruaudit dalaman Komiti Nilai sedang menerima sijilnya.



Penolong Pengerusi Komiti Nilai, En. Azmely bin Yaakob sedang menerima Sijil Herbalis. TAHNIAH!!!

Penolong Bendahari Komiti Nilai, Pn. Aiju binti Adam sedang menerima sijilnya. TAHNIAH!!!



Penaung Komiti Nilai, Pn. Siti Habibah binti Yusof dan keluarga bergambar bersama-sama dengan Rektor Kolej Perubatan Jawi dan graduan-graduan Herbalis.



Pn. Aiju bergambar kenangan bersama Dr. Yun Indrani dari Medan.



Graduan Herbalis Komiti Nilai bergambar bersama dengan salah seorang tenaga pengajar, Dr. Zaidul Akbar.



Tahniah kepada 3 orang Graduan Herbalis dari Komiti Nilai!
Semoga mereka dapat mencurahkan ilmu yang dipelajari di kelas mingguan.


Inilah barisan tenaga pengajar yang bergambar bersama dengan Rektor Kolej Perubatan Jawi.



Begitu bergaya dan meriahnya para Graduan Herbalis ke-16 bergambar kenangan.
Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd., Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang juga merupakan Rektor Kolej Perubatan Jawi tersenyum puas setelah tamatnya pengajian Herbalis ke-16.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails