Friday, October 30, 2009

RENUNGAN JUMAAT



Rasulullah s.a.w bersabda : "Berilah makan orang yang lapar, berilah minum orang yang dahaga , perintahlah berbuat baik dan cegahlah berbuat mungkar. Jika engkau tidak sanggup (melakukan semua itu) maka jagalah lidahmu untuk kebaikan.


(-HR Ibnu Abiddunya)

Thursday, October 29, 2009

PERASMIAN RFC Kluang, JOHOR.




(HARIAN METRO) ISNIN , 26/10/2009

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
HPA Industries Sdn Bhd (HPA),
syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh 
Bumiputera terbesar di negara ini
membuka cawangan restoran makanan segeranya, Radix Fried Chicken (RFC) yang pertama di luar utara Semenanjung.

Destinasi pilihan syarikat MLM yang terkenal dengan produk jenama Radix seperti Kopi Radix, Radix Koko dan minuman bergas seperti Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren dan Radix Ais Krim Soda di Kluang, Johor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata perasmian cawangan terbaru di Kluang Mall, Jalan Rambutan itu berlangsung antara jam 9 pagi dan 1 petang,
kelmarin.(Sabtu, 24/10/2009)

Menurutnya, Kluang rangkaian terbaru RFC selepas Lagenda Heights dan Laguna Merbuk di Sungai Petani selain Shahab Perdana, Alor Star.
Beliau juga mengumumkan satu lagi sejarah dilakar HPA apabila pizza HPA yang dinanti pengedar HPA dan umat Islam di negara ini beroperasi 17 Oktober lalu di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Menurutnya, waktu perniagaan Radix Pizza House sama seperti rangkaian restoran HPA lain bermula jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.

“Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana semua produk dan rangkaian perniagaan HPA berkonsep halal dan suci selain menggunakan produk terbaik termasuk daging dan ayam organik seperti di RFC.

“Piza rangkaian terbaru perniagaan makanan HPA selepas RFC, restoran makanan Cina iaitu Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Bakery House (roti dan biskut) dan Radix Chicken House (sate, nasi ayam dan ayam golek).

“Kita berusaha mempelbagaikan lagi rangkaian restoran kita (HPA),” katanya.

Ismail berkata, MLM HPA kini mengeluarkan coklat seperti Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Milk, Radix Chocolate Almond, Radix Chocolate Hazel dan Radix Chocolate Milk yang dijamin menggunakan produk bersih dan suci sekali gus mengenepi keraguan umat Islam mengenai bahan tidak halal di dalamnya terutama membabitkan lemak haiwan.

Beliau berkata, produk terbaru yang dikeluarkan oleh HPA ialah sardin yang akan menggunakan jenama Sardin HPA.

“Pendedahan disampaikan penceramah, pemimpin dan pejuang HPA sama ada di dalam slot program motivasi atau kelas mingguan mengenai kemelut pemakanan umat Islam hari ini di mana antara makanan yang sering dikaitkan, pasaran sardin dalam tin yang amat mencurigakan daripada status halalnya.

“HPA terus maju selangkah demi selangkah dan kejayaan memasarkan sardin dalam tin dan dijangka mampu merebut pasaran produk jenis itu di pasaran umat Islam,” katanya.

HPA jugamengeluarkan produk pewangi tubuh Radix Men dan Radix Women.

Wednesday, October 28, 2009

INI BUKAN KES YANG MEMBABITKANKAN RADIX CHICKEN HOUSE


JAMALNASIR menunjukkan ayam goreng yang didakwa ada najis di Kangar semalam.


KANGAR - Seorang penggemar makanan segera fobia apabila mengalami keracunan selepas termakan najis yang terdapat dalam seketul ayam goreng yang baru dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini kelmarin.
Mangsa, Jamalnasir Kamarulzaman, 24, yang muntah-muntah akibat kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu terpaksa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar selepas sejam termakan najis yang terdapat dalam ayam goreng tersebut.
Menurut Jamalnasir, ketika mula menikmati ayam goreng itu dia tidak perasan dia terdapat najis di dalamnya cuma ada berbau masam sahaja, namun tahi ayam itu kelihatan sebaik dia memakan sebahagian ketulan ayam goreng tersebut.
"Saya mulanya hairan kenapa ada rasa masam-masam dan payau pada daging ayam yang dikunyah tetapi bila melihat bahagian selebihnya saya terkejut mendapati isi hitam di dalam daging itu ialah tahi.
"Saya terus hilang selera dan loya, sejam selepas itu keadaan bertambah teruk apabila saya muntah-muntah dan pening kepala sehingga terpaksa pergi ke klinik untuk mendapat rawatan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kangar di sini semalam.
Jamalnasir yang merupakan peniaga menjelaskan, ayam goreng itu merupakan salah satu daripada lapan ketul ayam goreng yang dibeli oleh ibunya di sebuah restoran makanan segera di sini.

KOMEN DARI GM.

SETELAH MENDAPAT INFO DARI LAPORAN POLIS, AKHBAR KOSMO DAN PEJABAT KESIHATAN, MAKA SAYA DENGAN INI MENGESAHKAN IA BUKAN MELIBATKAN SAMAADA RCH, RFC DAN AYAM HPA. SILA HEBAHKAN AGAR TIDAK BERLAKU KEADAAN PANIK.
INI KES RESTOREN AYAM YANG POPULAR DI NEGARA KITA...TAK BOLEH SEBUT NAMA...

Sunday, October 25, 2009

Kemaskini : SEKITAR LAWATAN KE HPA PERLIS DAN KEDAH

BERKUMPUL DI KOMITI NILAI


Cawangan Nilai


Peserta rombongan mendengar taklimat dari pengerusi komiti.


Pengerusi Komiti,Ust.Mohamad Radzi memberikan taklimat.




HARI PERTAMA, SABTU - 24/10/2009


Berhenti rehat di Masjid Negeri Perlis di Arau.


"Bergambar dulu".




Bersarapan di Restoran Kina.
"Unik juga di sini,pagi-pagi dah makan nasi berlauk".


Lokasi pertama ke HQ.


Sesi berfoto.
"Sila ambil tempat!".



Staf HQ memberikan info-info dan maklumat terkini.


Tiba di kilang herba kapsul.


 
 Begini cara pengkapsulan dilakukan.
Setiap herba yang dikapsulkan,berlainan bilik bagi mengelakkan tercampur.



Langkah seterusnya setelah dikapsulkan,yang ada kerosakan akan diasingkan.


Seterusnya melalui pembotolan, pelabelan, dan sampailah ke pembungkusan.




Inilah hasilnya,sedia untuk dipasarkan.




Terus ke kilang kopi radix yang tempatnya bersebelahan sahaja.


"Wah! Canggihnya cara pembungkusannya".




 Setelah siap dikeluarkan dari mesin, maka mulalah ditampal ke 'papan-papan'.
.

Di sini pula,kilang kopi radix yang dikelurkan dalam bentuk bungkusan.



Sebelum dimasukkan ke kilang pembungkusan.


"Wah! Ada cenderahati pula". Semua  peserta rombongan menerimanya.



Lokasi seterusnya, RADIX CHICKEN HOUSE.
Tiba masa makan....


Antara menu yang disediakan.


"Nak makan di sini kena ada kesabaran,kalau tak.... memang lari sebab bila dah order kena tunggu dalam masa yang agak lama juga".


"Penantian suatu penyiksaan".


"Siksa-siksa menunggu pun, bila dah dapat terukir senyuman bahagia...".


"Untuk orang-orang yang sabar je...".


Makan pun dah selesai, kami bertolak ke Hotel EL-ZAHRAA INN untuk menginap.



Menunggu giliran untuk mendapatkan kunci bilik.



Urusan 'check in'.


Tiba masa nak baring......


Kemasan yang menarik.


Ruang untuk tidur....


Ruang mandi.....

MELAWAT DI SEKITAR HOTEL.





Restoran Organik Resipi. Terletak di sebelah hotel El-Zahraa Inn.


Radix Oiental Cuisine.


Stokis daerah....

 
Radix Bakery House.


 RADIX PIZZA HOUSE.
Baru 7 hari beroperasi.


Menunggu Pizza yang telah ditempah.



 Pizza yang telah siap dihidang...



Sungguh menyelerakan....!! Marilah ramai-ramai datang merasa.


Walaupun baru dibuka,pelanggan sudah ramai yang datang menjamu selera di sini.



HARI KEDUA,AHAD - 25/10/2009



 Melangkah ke RFC untuk bersarapan

 
 Menu-menu yang disediakan.


 
 Sementara hidangan siap,bergambar seketika....

 
 Antara tulisan di dinding RFC

 
 Istimewanya nasi lemak di RFC.


 
"Khusyuk makan,sampai tak sedar gambar diambil....".


Bersiap-siap untuk 'check-out'.


Kenangan di depan hotel


Barisan ajk Komiti Nilai.



Tersergam indah.



 HPA Collection

 
 Antara yang dijual di HPA Collection

 
Di sebelahnya , HPA Cawangan Sungai Petani

 
 Jawi Herb Shop

 
Islamic Book Store

 
Perjalanan pulang.....

 
Usia tak menghalang untuk turut serta lawatan


Selamat tiba di Komiti Nilai semula jam 11.00 malam.
Walau kepenatan, jelas berasa kegembiraan pada semua peserta lawatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails