Friday, November 20, 2009

RENUNGAN JUMAAT : Antara Sebab lidah Kelu Semasa Hampir Ajal






Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak
dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
"HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRIKETIKA AZAN,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri,
mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapayang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "لا إله إلا الله" yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.
 "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian
kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah " لا إله إلا الله " semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


Tuesday, November 17, 2009

Program Kerohanian

Khamis,12 Nov.- Program Kerohanian telah berlangsung dengan jayanya di Komiti HPA Nilai.Pengisian program adalah seperti berikut:

solat Fardhu Isya' berjemaah
solat sunat ba'diyah Isya'
tahlil ringkas
tazkirah bertajuk SOLAT dan WUDU'

Pengisian di atas telah diketuai oleh Ustaz Syafrudin selaku ajk Kerohanian Komiti HPA Nilai.


 Ustaz Syafrudin sedang memberikan tazkirah



Muslimat yang hadir





Turut serta staf cawangan HPA

Pengerusi Komiti HPA Nilai, Ust Mohd Radzi melanjutkan program dengan ucapan . Majlis disudahi dengan jamuan ringan.


Ust Radzi sedang memberikan ucapan



Friday, November 13, 2009

PBC Allson Klana


PEROGRAM BIJAK CEMERLANG (PBC) YANG TERDEKAT AKAN DIADAKAN PADA;

TARIKH : 5 - 6/12/2009
TEMPAT : HOTEL ALLSON KLANA NILAI
MASA PENDAFTARAN : 8.30PAGI

Kelas Perubatan JAWI

Komiti HPA Nilai akan mengadakan Kelas Perubatan JAWI . Dibuka untuk semua. Kelas tersebut akan diadakan sebagaimana berikut;

TARIKH   :  21/11/2009 (SABTU)
MASA      :  9.00 PAGI - 5.00 PETANG
BAYARAN  :  RM35.00

Sijil kehadiran penyertaan akan diberikan bagi yang mengikuti kelas tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi ;
Ust Radzi            : 0136697491
Herbalis Azmely : 0126476837

Tuesday, November 10, 2009

MAKLUMAN TERKINI

PROGRAM KEROHANIAN

 
Kesinambungan daripada kelas mingguan yang telah diadakan,maka pihak Komiti HPA Nilai 
akan meneruskan program dengan mengadakan program kerohanian.
Program yang akan diadakan adalah seperti berikut:


Tarikh   : 12 / 11 / 2009 - KHAMIS 
Masa     :  7.00 malam             
Tempat   : Komiti HPA Nilai        


Semua dijemput hadir bagi mengimarahkan dan menjayakan program tersebut.

PBC DI ALLSON KLANA NILAI

KURSUS PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) YANG AKAN DIADAKAN DI ALLSON KLANA NILAI PADA 14-15/11/2009 INI DIBATALKAN .

MOHON AMBIL PERHATIAN.
SEBARANG PERTANYAAN SILA EMEL ATAU HUBUNGI PIHAK KOMITI.

Monday, November 9, 2009

SEKITAR KELAS HIJAMAH DI KOMITI NILAI

HARI INI , AHAD BERSAMAAN 8/11/2009 TELAH BERLANGSUNG KELAS BEKAM.
BERIKUT GAMBAR SUASANA SEPANJANG KELAS BERLANGSUNG.


SESI PENERANGAN



MENDENGAR TEORI DENGAN PENUH TELITI






ANTARA ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMERIKSA TEKANAN DARAH



SESI AMALI BERMULA.



 "BERUAP! BANYAK ANGIN TU.."



"DI USIA TUA, BARU MENGENALI KELEBIHAN BEKAM".



"BEGITU TENANG RASANYA"...



MENCUKUR RAMBUT SEKITAR KAWASAN YANG HENDAK DIBEKAM.



MENGENAL PASTI TEMPAT YANG PATUT DIBEKAM.



"WAH! DAH MAHIR NAMPAKNYA ABANG KITA NI..."

 SEMUA PESERTA BERASA SERONOK DAPAT MEMPELAJARI DAN DIBERI PENDEDAHAN DENGAN TEKNIK BERBEKAM  YANG MERUPAKAN AMALAN SUNNAH NABI.
SEMOGA ILMU YANG DIPEROLEHI BERMANFAAT DAN DAPAT DISEBARKAN.

Sunday, November 8, 2009

RCH sasar 50 cawangan



RADIX Chicken House (RCH) meletakkan sasaran memiliki 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir 2010 yang sekali gus membuka kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga Pengurus RCH, Mohd Faisol Abdul Rahman, berkata sejak cawangan pertama dibuka di Jelempok, Arau, Perlis, RCH kini sudah mempunyai tiga cawangan.

Menurutnya, dua cawangan terbaru RCH ialah di Kangar, Perlis dan Alor Star, Kedah dengan tiga lagi cawangan akan dibuka dalam tempoh terdekat, masing-masing di Kluang, Johor; Ipoh, Perak dan Kota Bahru, Kelantan.

Katanya, cawangan Kluang akan dibuka pertengahan bulan ini manakala Ipoh dan Kota Bharu dijangka Disember dan Januari depan.


RCH adalah rangkaian restoran bawah HPA Industries Sdn Bhd (HPA) selain Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH) manakala AWM pula adalah syarikat bertanggungjawab terhadap pemasaran produk HPA.
“RFC berkonsep restoran makanan segera, ROC adalah masakan Cina, RPH pizza dan masakan Barat manakala RBH produk bakeri. Tetapi, RCH lebih berkonsep restoran makanan dengan hidangan,” katanya.

Friday, November 6, 2009

RENUNGAN JUMAAT



KATA MUTIARA

"JADILAH ENGKAU SEPERTI AIR, SEBAB AIR AKAN  SELALU MENCARI JALANNYA SENDIRI UNTUK SAMPAI KE MUARA. MUARA HIDUP KITA ADALAH ALLAH S.W.T. SAYAP IMAN ITU DUA, SYUKUR DAN SABAR. JADIKAN SAYAP IMAN SEBAGAI SAYAP JIWA MU AGAR ENGKAU DAPAT TERBANG BEBAS KE MANA JUA DAN DENGAN ITU JUA ENGKAU AKAN SAMPAI KE MUARA HIDUP INI".

Thursday, November 5, 2009

Kelas Al-Hijamah (Berbekam) dan Kuliah Perubatan JAWI

KELAS AL-HIJAMAH ( BERBEKAM )
 
Komiti Hpa Caw. Nilai, Taman Semarak akan mengadakan kelas Al-Hijamah (Berbekam) adalah seperti dibawah:-

Tarikh     : 8hb.Nov.2009 (Ahad)
Masa       :  9.30 pagi - 5.00 petang
Lokasi     :HPA Cawangan Nilai, Taman Semarak, Nilai. N.Sembilan.
 
Bayaran    RM 35.00    untuk nota, 2 kali minum dan makan tengahari serta sijil kehadiran.
 
Sekira tuan dan puan berminat sila sahkan status anda untuk penyelarasan, atau hebabkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajarinya.
 
Sila hubungi Pengerusi Komiti HPA Nilai, Ust Radzi di talian 013-6697491
 
Sekian terima kasih.

 
KULIAH PERUBATAN JAWI


Bersama Tn.Haji Ismail bin Ahmad di Hotel De Palma Ampang
pada 8 November 2009, Ahad bermula jam 8.45malam - 11.00malam.
Jemput semua hadir beramai-ramai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails