Wednesday, February 17, 2010

Kursus Bekam

Kursus Pemantapan HPA

Jom ramai-ramai sertai program Pemantapan HPA di Cawangan Nilai pada 28 Feb 2010 yang mana pembentang-pembentangnya adalah antara Top Leader HPA yang telah membuktikan kejayaan mereka.
Mari pakat ramai-ramai ke sana..
Yuran hanya RM30.00 untuk pendaftaran hubungi:
Haryani di 019-3438385

Program GEN2 Kali ke-2

Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) telah mengadakan GEN2 kali ke-2 di Masjid Al-Ghuffran, TTDI, Damansara pada hari Isnin, 15 Februari 2010 yang lalu. Walaupun dalam musim perayaan tahun baru cina, kehadiran peserta amat memberangsangkan. Peserta mendapat suntikan semangat daripada penceramah-penceramah yang hebat seperti GM En. Faisol Abd Rahman, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, PJS Khalid Iskri, PJS Hj. Ramly dan Presiden KPA sendiri iaitu PJS Hafidzan Fauzi.Tahniah kepada Pengarah Program GEN2 iaitu Ketua Unit Latihan KPA, PJS Rosmandi Ishak kerana telah mengendalikan program GEN2 dengan jayanya.

PJS Khalid Iskri yang merupakan orang lama dalam HPA dan berpengalaman luas dalam MLM berkongsi ilmu beliau tentang cara-cara membuat penajaan yang berkesan.

Sekali lagi Komiti Nilai diberi kepercayaan oleh KPA untuk membantu menjayakan GEN2 kali ke-2 yang mana Pengerusi Komiti Nilai, En. Azmely Hj Yaakob dan Penolong Pengerusi Komiti Nilai, Ustaz Abd Razak Mohamed turut terlibat.


En. Faisol memberikan taklimat dalam slot 'Bagaimana Ingin Menjadi Pemimpin Yang Hebat'.

Antara peserta GEN2 yang hadir.

Pembentangan dalam program GEN2 yang dimenangi oleh kumpulan terbaik, Moment.

Peserta GEN2 turut berikrar untuk meneruskan perjuangan bersama HPA.

Bendahari Komiti Nilai, Pn. Robiah Awang Chek diberi cenderahati yang disampaikan oleh En. Faisol kerana berjaya mencapai sasaran Insentif Ta'awun 2010 iaitu Pakej Percutian ke China.

Bekas peserta PBC Nilai, Siti Aishah Sheikh Abdullah turut menerima cenderahati kerana mendapat Pakej Percutian ke Makasar dalam Insentif Ta'awun 2010.

Komiti Nilai yang turut hadir dalam program GEN2 kali ini.

Sunday, February 14, 2010

Mesyuarat KPA bersama P.U 2 En. Fisal Ahmad Tajuddin

Mesyuarat Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) bersama Pengarah Urusan (P.U) 2, Tn. Hj. Fisal Tajudin telah diadakan pada hari hari Jumaat yang lalu (12 Februari 2010). Mesyuarat ini juga turut disertai oleh Pengurus Zon Tengah, Pn. Siti Hazliana. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk merealisasikan matlamat mencapai RM 7 juta bagi zon tengah sebelum bulan September.

Setipa zon akan diketuai oleh GM sendiri sebagai 'ayah angkat'.
Zon Tengah - GM Tn. Hj. Fisal Ahmad Tajuddin
Zon Utara - GM Pn. Rashidah Abd. Rahim
Zon Selatan - GM En. Abd Ghani
HPA Indonesia pula akan dipantau sendiri oleh GM En. Faisol Abd Rahman

Pn. Siti Hazliana sedang memberikan taklimat meningkatkan jualan bagi zon tengah.
Pn. Siti Hazliana juga meuar-uarkan bahawa setiap pembelian 2 dozen air berkarbonat saiz besar dalam satu invois akan mendapat satu tiket Konsert Raihan. Pengedar boleh menuntut tiket berkenaan di mana-mana cawangan. Promosi bermula pada 15 Januari yang lalu dan berakhir sehingga 28 Februari 2010.
Konset Raihan ini dijangka akan diadakan pada musim cuti sekolah pertengahan semester I nanti. Maklumat yang selanjutnya akan diberitahu kemudian.

Bersama Presiden KPA, PJS Hafidzan Fauzi.

Antara PJS yang hadir.



Friday, February 12, 2010

Program Analisa Insentif Ta'awun dan Penerangan Penapis Air Dew

Sebahagian AJK Tribunal KPA, KPU, KPT dan KPS serta wakil setiap pengurus zon telah menghadiri Program Analisa Insentif Ta'awun dan Penerangan Penapis Air Dew pada 10 Februari 2010 yang lalu di Dewan Amir Ramadhan, Kompleks Jejawi, Perlis. Semua yang hadir diberikan penerangan secara terperinci mengenai produk baru HPA terutamanya yang berkaitan Penapis Air Dew.


Dew Water Filteration System
Nilai mata - 100
Harga Pengguna - RM 1800.00
Harga Pengedar - RM 1600.00



En Mohamad bin Mohd Said memberi penerangan mengenai keistimewaan yang ada pada Dew Water Filteration System.
Antara keistimewaannya ialah orang Islam yang membeli bahan, orang Islam yang memasukkan bahan ke dalam katrij, orang Islam yang memasangnya dan orang Islam yang menjual kepada HPA. Ini menjadi suatu kekuatan kepada ahli-ahli HPA ketika menjual produk ini.



Dew Shower Filter
Nilai mata - 20
Harga Pengguna - RM 190.00
Harga Pengedar - RM 160.00
Antara kelebihan Dew Shower Filter ialah dapat membantu dalam masalah penyakit kulit.


Pencemaran air


Penapis Air Dew
Nilai mata - 50
Harga Pengedar - RM 750.00
Harga Pengguna - RM 900.00
Khasiat minuman Penapis Air Dew
2 gelas air selepas bangun tidur - membantu mengaktifkan organ dalaman.
1 gelas air 30 minit sebelum makan - Membantu sistem penghadaman makanan.
1 gelas air sebelum mandi - membantu menurunkan tekanan darah.
1 gelas air sebelum tidur - mengelakkan strok dan serangan jantung.






Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM 98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama.


Ustaz Mohd Luthfi, Pengurus HPA Latihan dan Promosi menguji kandungan pH dalam Air Minuman Dew.

Air Minuman Dew
Nilai mata - 0.5
Harga Pengguna - RM 3.50
Harga Pengedar - RM 3.00

Tempahan boleh dibuat di semua cawangan HPA seluruh Malaysia.

Wednesday, February 10, 2010

Mesyuarat PJS Zon Selatan bersama GM En. Faisol

Pada 8 Februari 2010 yang lalu bersamaan dengan hari Isnin, mesyuarat PJS Zon Selatan bersama dengan General Manager (G.M) HPA, En. Faisol Abd Rahman telah diadakan. Mesyuarat yang bermula dari jam 9.00-11.00 malam itu telah diadakan di Dewan Permata 1 dan 2, Hotel Puteri Pan Pasific, Jalan Abdullah Ibrahim, Johor Bahru.




Bendahari Komiti HPA Nilai, Pn. Robiah Awang Chek (berjubah biru) dipanggil ke hadapan dan diumumkan oleh En.Faisol Abd Rahman sebagai salah seorang pengedar yang telah berjaya mencapai sasaran Insentif Ta'awun 2010 iaitu pakej pelancongan ke China. Tahniah!

En. Faisol memberi penekanan terperinci tentang Insentif Ta'awun 2010. Beliau juga menyatakan bahawa wajib bagi PJS mengempen Penapis Air Dew secara habis-habisan.
Antara PJS dan AJK komiti kawasan masing-masing yang turut hadir.
Selepas mesyuarat, Komiti HPA Nilai sempat singgah di Danga Bay yang merupakan salah satu tempat peranginan yang terkenal di Johor.

Keceriaan PBC Nilai dan PBC Ayer Keroh, Melaka 6-7 Feb. 2010

PBC Allson Klana, Nilai


AJK Komiti Nilai sedang sibuk berbincang sebelum program bermula..






"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"
"Kalau tak anda, siapa lagi? Kalau tak sekarang, bila?"


Naib Pengerusi Komiti HPA Nilai, Ustaz Abd Razak memberikan cenderahati kepada PJS Syed Ageel sebagai tanda penghargaan menjayakan PBC kali ini.

Para peserta tekun mempelajari ilmu dalam slot 'Diagnos Tapak Tangan'.

PBC Ayer Keroh Country Resort, Melaka.


Pemimpin dari Jerantut,Pahang kongsi pengalaman gempur di sana.

PJM Siti Habibah Yusof menyampaikan slot 'Diagnos Tapak Tangan'.


Bergambar kenangan di PBC Ayer Keroh Country Resort, Melaka.








Pengarah MARA dari Lembah Klang turut hadir PBC Nilai.

Para peserta bersalaman di akhir program.




Pada hari ke-2 di PBC Nilai, slot bersama Cikgu Murad seperti yang dijadualkan tidak dapat dilaksanakan. Hal ini kerana pada hari tersebut ayah kandung beliau dikhabarkan telah meninggal dunia di Gurun, Kedah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham bapa beliau dan menempatkannya dalam golongan orang-orang yang soleh. Amin..Al-Fatihah. 

Thursday, February 4, 2010

GEMPUR DI SURABAYA


Perjalanan menuju ke Surabaya untuk gempur HPA di sana pada 25hb. Januari 2010. Pada jam 10.00 malam, kami tiba di airport Surabaya.

Salah seorang AJK Komiti HPA Nilai, Pak Muslimin kelihatan terduduk di lantai. Agaknya keletihan sangat..


Akhirnya kami sampai di rumah keluarga Pak Muslimin di Surabaya.



Di lokasi Pasar Rawang, Surabaya.


Wah!Tempenya besar-besar sekali!


Cawangan HPA Surabaya.


Penggempur Dedi Suryanto dan Nonong, anak menantu Pak Muslimin.





Penerangan mengenai HPA kepada pengedar baru oleh staff.


Bergambar kenangan bersama staff HPA di sana.





Warna-warni Milad di Indonesia.



Salah seorang penyanyi kumpulan Umi Maktum yang cacat penglihatannya. Nyanyiannya menyentuh perasaan hadirin.



Milad diserikan lagi dengan persembahan kumpulan nasyid Raihan.



Gabungan PJS Indonesia dan Malaysia.





Antara PJS wanita yang masih muda remaja.


Kawah gunung berapi di Tangkubang Parahu, Bandung.



Kelihatan PJS Cikgu Khadi dan isteri dari Kelantan.



Kawasan yang telah disewa untuk didirikan RFC di Bandung pada April  2010.


Rombongan yang mendapat insentif percuma ke Jakarta.


Cawangan HPA di Bandung.

Bergambar kenangan bersama Pak Agus, salah seorang tenaga pengajar Herbalis.


Di Bandung pun masih sempat menaja. Di sana kit niaga dipanggil kit bisnes.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails