Saturday, February 28, 2009

PBC De Palma Ampang

Program Perkongsian Bijak Cemerlang De Palma Ampang 28/02 - 01/03/2009.



Pengarah Program - PJM Siti Habibah bte Yusof.


Pendaftaran bermula sekitar 8.00 - 9.00 pagi. Seterusnya program dimulakan dengan Majlis Taaruf antara para peserta dan majlis dipengerusikan oleh PJS Tn Hj Shahir bin Naim.


Antara Penceramah pada hari pertama PBC ialah:


1) Perasmian & Pengenalan Syarikat - PJM Hafidzan bin Faudzi


2) Pelan Pemasaran - 5 Angka - PJS Tn Syed Ageel


3) Motivasi & Info Terkini Syarikat - G.M Al Wahida Marketing En Faisol bin Abd Rahman


4) Isu Halal & Haram - PJM Rosmandi bin Ishak


5)M - Cara Untuk Berjaya - PJ Siti Rohana Bte Ismail


AJK Pendaftaran

Sudut Jualan - Buku Asas Mendiagnos Penyakit, Sinergi Produk dan lain-lain.


Pengerusi Majlis PJS Tn Hj Shahir bin Naim


Sesi Taaruf antara peserta lelaki.


Sesi Taaruf Peserta Wanita.

Antara Peserta yang hadir.

PJS Tn Hj Shahir dan PJS Tn Syed Ageel

PBC De Palma Ampang 28/02 - 01/03/09

PBC De Palma Ampang 28/02/2009 - 01/03/2009 anjuran KPA.
Sekali lagi Komiti Nilai diberi kepercayaan untuk menguruskan pendaftaran PBC oleh KPA.
Antara AJK yang hadir adalah:
1) Pengerusi Komiti Nilai - PJ Ustaz Mohamad Radzi bin Hj Ariffin.
2) Timbalan Pengerusi Komiti Nilai - PR Azmely bin Hj Yaakob
3) Setiausaha Komiti Nilai - PJ Pn Nor Raidah bte Hj Mansor
4) AJK Biro IT dan Multimedia - Cik Haryani bte Hamidun
5) AJK Biro Perhubungan Awam - Pn Aiju bte Adam
Ucapan terima kasih di ucapkan kepada KPA kerana memberi peluang kepada Komiti Nilai untuk menguruskan pendaftaran PBC.
AJK Komiti Nilai bersama PJM Siti Habibah bt Yusof tiba lebih awal dan bermalam di sini bagi memastikan urusan berjalan dengan lancar.

Friday, February 27, 2009

Kuliah Perubatan Jawi - 26 Feb 2009

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) pada bulan ini diadakan pada 26 Februari 2009 bertempat di KL International Hotel. Seperti kuliah yang lalu, sambutan amat memberansangkan dengan kehadiran para PJS dan juga Pengedar HPA.

Kuliah pada malam ini berkenaan produk- produk dalam HPA.

Juga info-info terkini berkenaan syarikat. Antaranya adalah berkenaan Seminar MLMS pada 9 Mac 2009 yang mana pelancaran Aiskrim Toyyibbah juga akan di lancarkan.

Antara lain adalah berkenaan pekerja syarikat yang tidak mendirikan solat dan pekerja yang merokok akan diberhentikan 24jam. Ini merujuk kepada polisi syarikat yang mewajibkan para pekerja mengikut syarat GMP Islamik.




Ketibaan Pengarah Urusan HPA Industries di sambut oleh para leader dan para pengedar HPA.



Tn Hj sedang memberi ceramah berkenaan produk-produk HPA.


Testimoni oleh seorang pengedar dari Shah Alam yang lebih mesra di panggil Wak But-But

Presiden KPA PJM Hafidzan bin Faudzi menyampaikan kutipan derma Tabung Ghaza kepada Pengarah Urusan.

Wak But-But menerima cenderemata dari Pengarah Urusan.

Thursday, February 26, 2009

Kelas Mingguan 25 Februari 2009

Kelas mingguan pada minggu ini mendapat sambutan hangat dari pengedar-pengedar HPA di Nilai. Seramai 36 orang hadir.

Kelas minggu ini di pengerusikan oleh Timb. Pengerusi Komiti Nilai PR Azmely bin Hj Yaakob.

Antara penceramah pada malam ini ialah:

1) Slot Pengenalan Syarikat - Timb. Pengerusi Komiti Nilai PR Azmely bin Hj Yaakob.

2) Slot Produk Knowledge - Herbalis Aminuddin Bin Hj Marjani

3) Slot Plan Pemasaran - PJM Hafidzan Bin Faudzi

Info pada minggu ini:

1) PBC De Palma Hotel Ampang - 28/02 - 01/03/2009

- Penyertaan terhad kepada 100 orang peserta sahaja dan 70 tempat telah di isi. Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar rangkaian, bolehlah hubungi Pengarah Program PJM Siti Habibah. Bayaran RM180.00.

2) Rombongan ke Majlis Pelancaran MLMS di Kompleks Tabung Haji, Jalan Tun Abdul Razak. Bayaran masuk sebanyak RM15.00 di kenakan. Bagi warga Nilai yang ingin menyertai rombongan Komiti Nilai boleh mendaftarkan diri dengan Setiausaha Komiti PJ Pn Nor Raidah Bt Hj Mansor 013 3697491 (Bayaran Rm35.00 termasuk tambang bas)

3) Celcom Broadband RM395.00
Kepada sesiapa yang ingin memiliki Celcom Broadband boleh dapatkannya dari kami di Komiti Nilai. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Komiti Nilai Ustaz Mohamad Radzi bin Hj Ariffin 013 6697491. Harga RM395.00 termasuk pendaftaran line.







Timbalan Pengerusi Komiti Nilai menyampaikan Slot Pengenalan Syarikat.

Herbalis Aminuddin bin Hj Marjani menyampaikan Slot Produk Knowledge - Shark Cartilage

PJM Hafidzan Bin Faudzi menyampaikan Slot Plan Pemasaran

Antara yang hadir kelas mingguan

Pengerusi Komiti mendapatkan rawatan refleksologi oleh Herbalis Aminuddin.

Sunday, February 22, 2009

Lain Dari Biasa... Jom Tengok..

Alhamdulillah, Program Kerohanian berjalan seperti yang dirancang. Qiamullail PBC kali ini diadakan di Gelanggang Bola Keranjang yang berbumbungkan langit.


Para peserta bersiap sedia untuk Qiamullail dan diikuti solat subuh berjemaah.

Kuliah subuh disampaikan oleh Pengerusi Komiti Nilai Ustaz Mohamad Radzi bin Ariffin dan di ikuti dengan senaman pernafasan.


Ustaz Abd Razak bin Mohamed selaku AJK Biro Kerohanian, membuat demo kiropraktik. Kita tengok siapa yang kena????

Rentetan PBC De Palma Sepang...

Bekojo lah kito sekueknyo... dari sabtu sampai ahad..
Para peserta santai menikmati hidangan 'supper - bubur pulut hitam dan mai secawan!'

Pilih-pilih... yang mana satu idaman kalbu...


PJM Rosmandi Ishak sempat menjengah dan menikmati makan malam bersama Timb. Pengerusi Komiti Nilai En. Azmely sebelum meneruskan perjalanan ke PBC Johor Bahru di Hotel Seri Malaysia, Larkin.




Nyumm..nyummm.. sedapnya makan malam ni. Ada ayam RFC...




Makan Time... Ayam goreng RFC ada, Kordial Kurma Madu ada..Sluuurrrppp....



Penaung Komiti Nilai bersama AJK Multimedia mengemaskini Blog Komiti Nilai.




AJK Terbaik Komiti Nilai 2008, tekun menjalankan tugas bagi mengekalkan gelaran AJK Terbaik 2009.




AJK Biro IT & Multimedia bertungkus-lumus mengemaskini blog dan bercita-cita untuk dicalonkan sebagai AJK Terbaik 2009....


AJK Pendaftaran dan Penginapan PBC Nilai, bertungkus lumus mengagihkan bilik kepada para peserta dan memastikan keselesaan bagi setiap peserta.

PBC De Palma Salak Tinggi, Sepang. 21-22 Februari 2009.

Untuk pertama kalinya, PBC Nilai berpindah ke rumah baru dari Allson Klana Nilai ke De Palma Hotel Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi.
PBC De Palma Sepang diadakan pada 21-22 Februari 2009. Sambutan hangat diberikan oleh para peserta seramai 53 orang.

Program dipengerusikan oleh Ustaz Abd Razak Bin Mohamed (Biro Kerohanian Komiti Nilai)

Antara Penceramah yang menjayakan program adalah:

1) Timbalan Pengerusi Nilai PR Azmely bin Hj Yaakob - Slot Pengenalan Syarikat, Produk Knowledge dan Demo Memukau.

2) PJM Siti Habibah Bte Yusof - Slot Diagnos Tapak Tangan.

3) PJE Hj Zainal Bin Ahmad - Slot Plan Pemasaran dan 5 Angka.

4) PJ Siti Rohana Bte Ismail - Slot Gerak Kerja 6M

5) Pengerusi Komiti Nilai PJ Ust. Hj.M. Radzi Bin Hj Ariffin - Slot Qiamullial dan Solat Subuh serta Senaman Pernafasan.

6) Ustaz Abd Razak bin Mohamed - Slot Halal Haram dan Kiropraktik.



PJM Siti Habibah bt Yusof Menyampaikan Slot Diagnos Tapak Tangan.


Demo memukau oleh Timb. Pengerusi Komiti Nilai PR Azmely bin Hj Yaakob.

Para peserta Lelaki PBC De Palma Sepang merakam gambar kenangan bersama Jawatan Kuasa Lelaki PBC Nilai.

Peserta Wanita bergambar kenangan bersama Jawatan Kuasa Wanita PBC Nilai.
Dalam sejarah, Kumpulan LDK pertama yang mempersembahkan Dikir Barat seterusnya menjadi kumpulan terbaik - Kumpulan Paramaria Plus.


Antara peserta sedang tekun mendengar ceramah.

Saturday, February 21, 2009

Malam Ramah Mesra Tribunal KPA bersama Komiti Cawangan Ipoh.

Penaung Komiti HPA Nilai PJM Siti Habibah Yusof bersama barisan tribunal KPA sebahagian Komiti Ipoh dan AGM Siti Hazliana.


Penaung Komiti HPA Nilai merangkap Bendahari KPA menghadiri program ramah mesra di Cawangan Ipoh bersama Komiti Ipoh yang baru dilantik dan para pengedar pada 19 Februari 2009.


Pada malam tersebut juga Komiti Cawangan HPA Ipoh ditubuhkan dan mendapat info terkini daripada AGM Pn Siti Hazliana berkenaan Aiskrim HPA yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.


Para pengedar akan dapat menikmati secara percuma pada 9 Mac 2009 sempena Pelancaran MLMS di Dewan Tabung Haji Jalan Tun Razak. Bagi pengedar-pengedar HPA yang ingin menikmati kelazatan aiskrim ini bolehlah hadir beramai-ramai ke Konvek HPA dan bayaran sebanyak Rm50 akan dikenakan termasuklah desert aiskrim HPA ini nanti.

Gempur HPA di Kolej MARA Seremban

Pada 19hb Februari bersamaan 23 Safar 1430H satu program telah diadakan di Surau Al-Furqan Kolej MARA Seremban, Komiti HPA Nilai telah dijemput untuk mengadakan program berkenaan Isu HALAL HARAM. Program ini dihadiri seramai 250 orang terdiri daripada para pelajar di kolej tersebut.
Program di terajui oleh Pengerusi Komiti HPA Nilai, bersama-sama Timb. Pengerusi dan Setiausaha. Antara slot yang disampaikan pada malam itu ialah Isu Halal Haram oleh PL En. Azmely B. Hj Yaakob, slot pengenalan syarikat oleh PJ Pn. Nor Raidah Bt Mansor dan slot demo berkesan oleh PJ Ust. Mohamad Radzi B. Ariffin.

Program bermula selepas solat maghrib berjemaah, solat hajat dan disudahi dengan solat isyak berjemaah.

Setiausaha Komiti HPA Nilai memberi slot Pengenalan Syarikat.

Thursday, February 19, 2009

Kelas Mingguan

Hari ini 18 Feb 2009, kelas mingguan Nilai dihadiri oleh 3 PJS, antaranya Tn Hj Zainal, Hj Marjuni dan Hj Jumani. Terima Kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi menjenguk kami disini kerana kami telah lama tidak dihadiri oleh PJS yang diamanahkan untuk memantau kami disini.

Kehadiran mereka menjadi cetusan semangat kepada ramai rakan kongsi yang hadir, kehadiran hari ini seramai 40 orang.

Pengerusi Majlis : PRX Ust Razak Mohamed
Profil Syarikat : PJS Hj Marjuni Salleh
Produk Knowledge : Herbalis PJ Nor Kasmaliza
Pelan Pemasaran : PJS Hj Zainal Ahmad
Motivasi : PJS Hj Jumani Salam.

Semoga kelas mingguan Nilai akan dapat menarik lebih ramai Rakan Kongsi untuk bersama-sama hadir ke program Kelas mingguan.

Hari Kesihatan Unit Perubatan Jawi 17 Feb 2009

Sekalung tahniah diucapkan kepada Unit Perubatan Jawi KPA dan Komiti Nilai kerana berjaya mengimarahkan perubatan sunnah Nabi SAW iaitu berbekam.

Program bermula pada 10pg dan berakhir pada 10mlm. Para peserta bermula dengan mengesan tekanan darah, kiropraktik, mengdiagnosis saraf tapak tangan dan seterusnya berbekam. Kehadiran melebihi 40 orang. Seramai lebih 20 orang yang berbekam pada hari tersebut.

Pada sebelah petangnya pula Komiti Nilai yang diketuai oleh Kak Bib mengempur pasar malam Taman Semarak yang berhampiran dengan Cawangan HPA Nilai untuk Boikot Produk Yahudi. Alhamdullillah program ini berjalan dengan lancar dan penerimaan orang awam amat memberangsangkan.







Pendaftaran peserta bermula...


PJM Rosmandi turut serta dalam program hari kesihatan ini dan bersedia untuk di bekam... Sesi mengambil tekanan darah sebelum di bekam.







Pembekam-pembekam sedang menjamu selera setelah kepenatan seharian membekam para pesakit.






Antara herbalis yang hadir adalah Musaddiq begitu tekun membekam pesakit.







Timbalan Pengerusi turut sama membekam pesakit.


Sesi mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan bersama herbalis PJS Fatin.


Barisan Pejuang menggempur pasar malam Taman Semarak, Nilai selepas program berbekam bersama Unit Perubatan Jawi KPA.

Wednesday, February 18, 2009

PBC Klana Resort, Seremban

Pada 14hb-15hb yang lalu Penaung dan Pengerusi Komiti dijemput untuk Slot Qiammullail dan mengesan penyakit melalui saraf tapak tangan.

Kehadiran Komiti HPA Nilai telah disambut baik. Semoga perhubungan persaudaraan sesama pejuang HPA terus mantap dan seterusnya menjadikan HPA sebagai syarikat muslim yang teguh kerana kekuatan pengedar-pengedarnya. Insyaallah........

PJM Siti Habibah menyampaikan slot Ciri-ciri Demo Berkesan dan mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan


Pengerusi Ust. Mohamad Radzi dan Timb. Pengerusi En. Azmely bersama Pengarah Program PBC Seremban, Negeri Sembilan.


Antara Komiti Nilai yang hadir pada PBC anjuran KPU di Klana Resort Seremban.

Timbalan Pengerusi Komiti Nilai bersama Ustaz Safuan menyampaikan slot 5 angka yang juga merupakan biro dakwah dan kerohanian Komiti HPA Cawangan Klang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails