Thursday, July 23, 2009

kEMERIAHAN KONVEK SEMAKIN DIRASAI

50 orang urusetia sudah berkampung di MAEPS. PJS/Leader Indonesia hampir 100 org telah tiba hari ini dan menginap di De Palma Ampang.
Antara persembahan Konvek Kawad PALAPES UPM, Kump Nasyid Nahwannur UPM, Kump Nasyid TQA HPA, dan Kump Nasyid PJS Indonesia.
Persiapan akhir untuk menerima 5000 ahli sudah siap dan meriah.
Bagi yang telah mempunyai tiket jangan lupa lupa datang awal..... Kita konvoi ramai-ramai ke MAEPS sabtu ini... HPA! BOLEH, HPA!!! BOLEH BOLEH BOLEH, GEMPUR!!! RADIX INSYAALLAH, TAKBIR!!!!! ALLAHUAKBAR...

Sunday, July 19, 2009

PBC Allson Klana 01 - 02 Ogos 2009

Program Perkongsian Bijak Cemerlang Allson Klana, Nilai kembali lagi. Kali ini PBC Nilai akan di gegarkan dengan kehadiran PJM dan PJS-PJS Lembah Kelang.
Tarikh : 01 & 02 Ogos 2009
Tempat : Allson Klana Nilai, Negeri Sembilan
Masa : 8 pg (pendaftaran)

Antara PJM dan PJS yang akan menggegarkan PBC Nilai:
PJM Siti Habibah Bt Yusuf
PJM Hj Khalid Iskri
PJM Hafidzan Fauzi

PJM Rosmandi Ishak
PJS Hj Zainal Ahmad
PJS Hj Marjuni Salleh

PJS Hj Jumani Salam
PJS Jamaluddin Yeop Majlis
PJS Hj Ramly Ahmad


Pendaftaran telah dibuka sekarang...
Sila hubungi:
Pengarah Program - PJM Siti Habibah Bt Yusuf 019 6685083
Penyelaras Program - PJ Azmely bin Yaakob 012 6476837
Pengerusi Komiti - PJ Mohamad Radzi bin Ariffin 019 013 6697491
Jom datang beramai-ramai..Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dari Leader- leader senior.

Suasana di Halal Food Seminar 2009 USIM dan Majlis Ijtimak.


ala...ruginya bli nasi kat sana. sini ada nasi ayam organik laaa...




Lahaii...pilih ayam jerk ker??? roti jala Makcik tak nak ker???







Taukeh Nasi ayam tu, kontrol ayu nampak!!!



Mak kata, air ni halal tau...mak kata lagi, air ni sedapppp...



Penaung tersenyum simpul menerima cenderahati dari pihak penganjur HAFOS 2009.





alaaa...tolong la, ramai dah orang serbu kedai kita ni. kan makcik da kata, nasi ayam ngan roti jala kita sedappppp.....



pilih..pilih.pilih...macam-macam ada...kola ada, sarsi ada,aiskrim soda ada, oren pon ada. pilih aje la....



ehhhh...orang tu amik gambo kita ker gambo abg bako ayam ekkkk????



apa-apahalpon, kita posing dulu.....


Sebahagian gambar di Majlis Ijtimak di Kuarters KLIA Nilai 9 - 12 Julai 2009





























Saturday, July 18, 2009

Corat Coret Komiti Nilai

Komiti Nilai semakin bernilai. Tak percaya??? Jom baca aktiviti Komiti Nilai sepanjang bulan Julai 2009.

9 - 12 Julai 2009.

Pada tarikh ini, sebahagian Ajk Komiti Nilai yang terdiri daripada PJM Siti Habibah, Sdr Azmely, Pn Robiah, Pn Aiju, Pn Zabidah dan Sdri Haryani telah berkampung di Kuarters KLIA Nilai sempena Majlis Ijtimak (Perhimpunan Tabliq Sedunia). Kami membuat promosi produk HPA dengan tujuan untuk memperkenalkan produk Halal. Alhamdulillah, produk HPA mendapat sambutan baik dari peserta program Ijtimak.

Nilai di banjiri dengan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Subhanallah, suasana di sana boleh digambarkan seperti berada di Tanah Suci Mekah. Ribuan umat Islam berkumpul disana, walaupun berbeza dari segi paras rupa warna kulit juga berlainan bangsa namun pegangan tetap sama dan satu iaitu ISLAM.

14 - 16 Julai 2009.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan 'Halal Food Seminar'(HAFOS 2009) dengan tema 'Malaysia as a Halal Food Hub- Are we on track???'. Adakah benar Malaysia sebagai Hub Halal? Dengan statistik 80% penghasilan pemakanan umat Islam hari ini merupakan bangsa lain yang bukan beragama Islam?

Dengan itu, kami telah terpanggil untuk membuka booth dengan tujuan mempromosikan HPA sebagai satu alternatif kepada umat Islam hari ini. Selain mempromosikan produk HPA, kami juga mempromosikan Nasi Ayam Panggang Organik, Ayam Panggang Organik, Roti Jala - Kari Ayam Organik, Air berkarbonat HPA dan Kordial Mangga 'Ori' dan Kordial Jambu Batu Merah 'Ori'. Sedappppppp.....

Alhamdulillah, sambutan oleh para pelajar dan juga peserta seminar amat menggalakkan. Gerai kami menjadi tumpuan sampai tak menang tangan kami di buatnya. Walau amat letih dan kurang tidur bagi menyediakan bahan-bahan, namun kami tetap bersemangat dan sangat berpuas hati juga terharu dengan sambutan yang kami terima.

18 - 19 Julai 2009.

Pada hari ini, telah berlangsung Program Perkongsian Bijak Cemerlang di Desa Inn, Kuala Pilah.
Program telah dirasmikan oleh Pengarah Program iaitu PJM Siti Habibah bt Yusuf.

Antara penceramah :

Pengenalan Syarikat - PJS Rogayah bt Mohd Zin
Isu Halal Haram - PJ Abd Razak bin Mohamed
Pelan Pemasaran - PJM Siti Habibah bt Yusuf
6M - PJ Azmely bin Yaakob
Produk Knowledge - PJ Mohamad Radzi bin Arifin
Perubatan Jawi - PJ Azmely bin Yaakob
Demo Memukau - PJ Azmely bin Yaakob
Diagnos Tapak Tgn - PJM Siti Habibah bt Yusuf


25 Julai 2009.

Tarikh keramat yang di tunggu-tunggu oleh semua pengedar HPA - 25 Julai 2009, merupakan Hari Raya HPA dimana akan berlangsungnya KONVEK 2009. Seluruh Warga HPA di Malaysia akan berkumpul bagi meraikan kejayaan Para Pengedar HPA yang setia.

Tempat: Tapak MAEPS, Serdang.
Masa : 8 pagi (pendaftaran masuk)
Tarikh : 25 Julai 2009.

Komiti Nilai ada menyediakan pengangkutan ke KONVEK. Kepada pengedar yang berada di sekitar Nilai dan yg berhampiran bolehlah menaiki bas yang di sediakan. Ini merupakan satu alternatif kepada para pengedarbg mengelakkan kesesakan dan juga ketiadaan parking di sana.
Sedikit bayaran di kenakan.

Bayaran tambang: RM 15.00 seorang
Tempat berkumpul: Cawangan HPA Nilai.
Masa : 7 pagi.
Kekosongan tempat: 18

Untuk tempahan boleh hubungi Pengerusi Komiti Nilai - Ustaz Radzi 0136697491. Jom beramai-ramai ke KONVEK.


26 Julai 2009.

Selepas meraikan KONVEK 2009. Kami Komiti Nilai telah di jemput secara rasmi oleh Pn Hamsiah bt Jaafar untuk bersama-sama meraikan perasmian Pusat Jualan Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor. Majlis akan dirasmikan oleh GM Al Wahida Marketing En Faisol b Abd Rahman. PJS-PJS Lembah Kelang turut di undang.

Tarikh: 26 Julai 2009
Tempat: Pusat Jualan taman Permata, Hulu Kelang Selangor.
Masa: 10 pg - 12 tghari.


27 - 31 Julai 2009.

Pengalaman membuka gerai di HAFOS 2009 anjuran USIM amat berharga dan bermakna bagi kami. Sekali lagi kami akan membuka gerai di Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia atas jemputan mereka. Pada kali ini, kami akan berkampung di Stadium Tertutup Nilai selama 5 hari.

Antara Komiti yang terlibat ialah Pn Siti Habibah dan suami, Sdr Azmely, Sdri Haryani, Pn Roslah dan Pn Rubiah.

Tarikh: 27 - 31 Julai 2009
Tempat: Stadium Tertutup Nilai.
Masa: 10 pg hingga 8 mlm.

Menu:
- Nasi Ayam Panggang Organik RM5.00
- Ayam Panggang Organik (Besar) RM3.00
- Ayam Panggang Organik ( Kecil) RM2.50
- Roti Jala - Kari Ayam Organik (5 kpg) RM2.00
- Kordial HPA (1 cwn) RM1.00
- Air Karbonat (1 cwn) RM1.00
- Air Kopi Radix Panas RM1.50
- Air Kopi Radix Ais RM2.00
- Air Koko Radix Panas RM2.00
- Air Koko Radix Ais RM2.50

Warga Nilai dan yang sewaktu dengannya, sila datang ke gerai kita di Stadium Tertutup Nilai.
Jom beramai-ramai rasa keenakan Nasi Ayam Panggang Organik dan Ayam Panggang Organik kami.

Kalo tak percaya, rasa dulu baru tau.....

Tuesday, July 14, 2009

Malam Motivasi KPA

MALAM MOTIVASI HPA BERSAMA PENGARAH JATI MAHKOTA (PJM) DAN GENERAL MANAGER (GM)

Tarikh: 15 Julai 2009 (Rabu)
Masa: 8.30 - 11.30 malam
Tempat: Dewan Ballroom, KLIH

Sehubungan dengan itu, kelas mingguan adalah di BATALKAN....

Tuesday, July 7, 2009

Tanda-tanda Kebesaran Allah SWT



SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH!

Jelas kelihatan kalimah Allah pada permukaan air kopi Radix di dalam cawan. Sungguh besar kuasa Allah SWT. Menakjubkan!

"Sesungguhnya Kami kembalikan ke dalam neraka Jahannam nanti ramai daripada golongan manusia dan jin, mereka punya hati tetapi tidak faham dengannya, punya telinga tetapi tidak mendengar dengannya, punya mata tetapi tidak melihat dengannya. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih hina" ( Al-A'raf : 179 )

Seharusnya kita memandang dengan mata hati, nescaya kita akan nampak apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.




Dalam kekemelutan munculnya Kopi Master Radix..mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui..

Ambillah iktibar dan pengajaran daripada apa yang berlaku. Semoga Allah mengetuk pintu hati kepada sesiapa yang masih belum lagi bersama-sama memperjuangkan produk halal tanggungjawab kita bersama. Bagi pengedar-pengedar baru yang mula berputus asa dengan kemunculan kopi palsu Master Radix, harus bangkit kembali dengan semangat baru yang yakin dengan kelebihan produk kita.

Berfirman Allah SWT yang bermaksud:

" Dan Allah memberi berita gembira setiap yang baik itu dengan syurga. Barang siapa mengenali Allah dengan sebenar-benarnya lalu mentaati-Nya, berjayalah dia. "

( Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:
al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah )

Pada hari Isnin, 13 Rejab 1430 Hijrah, lebih kurang jam 9.00 pagi, Penaung Komiti Nilai, PJS Siti Habibah Yusof mendapat panggilan telefon daripada Bendahari Komiti Nilai, Pn. Zabedah binti Man. Beliau menceritakan pada jam 6.30 pagi, anak perempuannya membancuh kopi radix untuk adik lelakinya bersarapan sebelum pergi ke sekolah. Lebih kurang pada jam 6.50 pagi, ketika anak lelakinya ingin meminum kopi yang telah disediakan oleh kakaknya itu, beliau telah terlihat satu pembentukan kalimah Allah telah timbul pada permukaan minuman kopi radix tersebut.

Suami Pn. Zabedah iaitu En. Habidin bin Mat telah mengambil gambar tersebut sebagai bukti akan kebesaran Allah dan juga untuk tatapan kami dan juga ahli HPA amnya.



Sebahagian daripada Komiti Nilai, iaitu PJ Ustaz Razak, Biro Kerohanian bersama isteri menziarahi Pn Zabedah.



Penaung komiti, PJS Siti Habibah Yusof, pengerusi, PJ Ustaz Radzi dan setiausaha, PJ Nor Raida Mansor turut serta menziarahi Pn. Zabedah pada malam tersebut.


Saturday, July 4, 2009

Sekitar Majlis Iftar...






















Majlis Iftar Di Cawangan Nilai..

Alhamdulillah.. Majlis Iftar dan berbuka puasa bersama PJS Lembah Klang berjalan lancar.
Majlis dimulai dengan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yassin. Kemudian hadirin makan malam bersama.

Selepas Solat Isya' berjemaah, perbincangan antara PJS dimulakan. Antara perkara yg dibincangkan adalah berkenaan Majlis Konvek yang akan diadakan pada 25 Julai 2009.

PJS-PJS yang hadir pada malam ini ialah

1) PJS/PJM Hafidzan bin Fauzi
2) PJS/PJM Rosmandi bin Ishak
3) PJS/PJM Siti Habibah bt Yusuf
4) PJS Baharuddin bin Jantan
5) PJS Jamaludin bin Yeop Majlis
6) PJS Marjuni bin Salleh
7) PJS Jumani bin Abd Salam
8) PJS Zamri bin Iberahim
9) PJS Radiyati bt Abd Rahman
10) PJS Zaimah bt Abd Kadir
11) PJS Noliah bt Ahmad
12) PJS Siti Rahmah bt Ujang
13) PJS Zainal bin Ahmad
14) PJS Nor Haida bt Rameli

Majlis ini juga bersempena majlis kesyukuran perlantikanPJS Baharudin bin Jantan, Kepulangan 3 Herbalis Cawangan Nilai dan Ustaz Radzi keluar dari hospital dan telah sembuh.

Terima Kasih kepada para hadirin dan juga khasnya kepada semua Ajk yg bertungkus lumus memastikankelancaran program malam ini.

Program Iftar yang akan datang akan diadakanpada 13 Ogos 2009 di Cawangan HPA Rawang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails