Wednesday, March 31, 2010

AJK Komiti Nilai Ke Pelancaran Produk Melaka Halal Hub











Coco Minda akan ke pasaran MLM tidak lama lagi. Kelihatan Penaung Komiti Nilai juga Presiden Kelab Pemimpin Selatan, PJM Siti Habibah bersama Setiausaha Komiti, Haryani dan Pen. Bendahari, Herbalis Aiju berposing dengan produk Coco Minda yang telah pun dijual di Halal Mart Serkam.




YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin merasmikan Pelancaran Produk Melaka Halal Hub.




Pengarah Urusan HPA, Tn Hj Ismail melihat produk keluaran Usahawan Melaka Halal Hub yang akan dipasarkan oleh HPA




Tn Hj Ismail berucap pada perasmian tersebut




AJK komiti Nilai yang bersama-sama ke Pelancaran Produk Melaka Halal Hub.








HPA Industries Jadi Peneraju 11 VENDOR OPERASI DI MELAKA HALAL HUB

SERKAM, 16 Mac - Sebanyak 11 dari 13 buah syarikat vendor di Melaka Halal Hub di sini telah memulakan operasi pengeluaran produk masing-masing dan kesemua produk yang dihasilkan akan dibeli serta dipasarkan oleh syarikat anchor, HPA Industries.Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Zainal Abu berkata, kesemua 11 vendor berkenaan kini telah mengeluarkan produk-produk seperti hasilan ikan, ayam dan daging, minuman isotonik dan herba, roti canai, kek lapis, sos serta kicap.Manakala dua lagi vendor dijangka memulakan oeprasi selewat-lewatnya penghujung April ini."Sehingga kini produk-produk yang dihasilkan oleh 5 syarikat vendor berkenaan telah mula dibeli dan dipasarkan oleh HPA Industries, manakala produk-produk lain akan dibeli dan dipasarkan apabila pengusaha-pengusaha syarikat vendor memenuhi syarat pembungkusan dan pelabelan yang ditetapkan," kata Zainal semasa menyampaikan taklimat mengenai pembangunan fizikal, operasi dan pembangunan akan datang di Melaka Halal Hub, hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Serkam, Datuk Ghazale Mohamad; Eksekutif Kanan Halal Development Corporation, Mohd Said Nasir; Pengurus SME Bank Melaka, Noraini Baharom dan Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam.Beliau menjelaskan, kesemua syarikat vendor yang menghasilkan produk-produk makanan halal ini juga sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab seperti JAKIM, MAIM, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar supaya mereka sentisa mematuhi syarat-syarat pengeluaran produk halal."Para pengusaha perlu memenuhi syarat pemprosesan makanan mengikut piawaian Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good Hygiene Practice (GHP) serta memenuhi kriteria Malaysian Halal Standards MS 1500:2009," ujar beliau.Zainal turut melahirkan keyakinannya bahawa syarikat anchor, HPA Industries yang berpengalaman luas dalam penghasilan produk halal mampu memberikan bimbingan kepada pengusaha-pengusaha vendor untuk mengeluarkan produk berkualiti serta memenuhi semua syarat penghasilan produk halal yang ditetapkan.
*dipetik daripada Akbar Melaka Hari Ini.

Monday, March 22, 2010

Program Kesihatan Komiti Nilai..

Alhamdulillah..program kesihatan pada hari ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Program bermula pada pukul 9.30 pg dan berakhir lebih kurang pada pukul 8 malam.

Antara AJK yang hadir memberi komitmen ialah:

-Herbalis Azmely b Yaakob
-Ust Abd Razak b Mohamed
-Haryani bt Hamidun
-Pn Robiah bt Awang Chek
-Herbalis Aiju bt adam
-Pn Roslah bt Mohamad
-Pn Rohani bt Mohd Alias
-Pn Aminah bt Sahji
-Pn Nik Zah bt Berahim
-Herbalis Maznah bt Nordin
-Pn Zabedah bt Suboh

Turut membantu ialah:
-Herbalis Muda Aqilah bt Sani

Maklum balas dari para penerima rawatan, rata-rata berpuas hati dengan rawatan yang di terima dan memberi cadangan kepada kami supaya mengadakan program seperti ini dengan lebih kerap. Ada juga yang ingin datang mendapatkan rawatan dengan kami lagi.

InsyaAllah, pihak komiti merancang agar program seperti ini akan menjadi program tetap komiti. Dan kami berharap agar program-program seperti ini akan mendapat sambutan dari pengedar-pengedar mahu pun penduduk setempat.

Semoga kita dapat bersama-sama dalam merealisasikan kaedah perawatan Tibbun Nabawi dan mendapat kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah..

Thursday, March 18, 2010

HPA dan Raihan bergabung

Lebih 700 orang menyaksikan persembahan konsert Raihan bersempena dengan Majlis Pelancaran HPA RAIHAN di hotel De Palma Ampang semalam (Rabu 17 Mac 2010).
Satu majlis menandatangani MOU antara HPA Group Of Companies dan Raihan Group Of Companies telah diadakan serentak dengan pelancaran 4 produk baru.
MOU persefahaman dimetrai tanda penyatuan 2 nama besar di Malaysia iaitu HPA dan Raihan.
Kini Raihan dikenali sebagai HPA Raihan. Semoga dengan nama besar Raihan maka perjuangan memperjuangkan produk Halal akan lebih rancak dan HPA lebih dikenali, insyaallah.
4 produk baru itu adalah:
1. Album Raihan Salawatherapy
2. Album Raihan Musafir Perjuangan
3. Raihan Fragrance Men
4. Raihan Fragrance Women

Thursday, March 11, 2010

Sambutan Maulidur Rasul




Komiti HPA Nilai, Negeri Sembilan telah memanggil Kumpulan Marhaban pada hari ini bersempena dengan sambutan Maulidur rasul.
Selesai bermarhaban kumpulan itu dijamu dengan Jamuan Bakso...
Sebelah malamnya, semua hadirin kelas Mingguan di jamu dengan Bakso lagi. Kali ini kelas bermula jam 10.00 selepas semua hadirin menjamu selera. kelas juga agak santai iaitu semua hadirin duduk di bawah tetapi slot kelas berbeza dari biasa yang mana kali ini kelas menekan Produk Halal, Bagaimana Sikap dan Pilihan kita yang disampaikan oleh Herbalis Azmely, Pengerusi Komiti Nilai dan info terkini syarikat disampaikan oleh PJS Hj Zainal Ahmad. Kelas dihadiri lebih kurang 30 orang.
Saf Kepimpinan Komiti Nilai bergambar kenangan bersama PJS Rahmat Daim, Timbalan Presiden 1 Kelab Pemimpin Selatan ( KPS ) dan PJS Rosmandi Ishak, Timbalan Presiden Kelab Pemimpin Al-Wahida ( KPA )

Wednesday, March 10, 2010

Pelancaran Produk Baru HPA

Tarikh : 17hb March 2010 Jam : 8.30 Malam
Tempat : De Palma Ampang
Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)

Antaranya :
Album Baru Kumpulan HPA Raihan ” Musafir Perjuangan” Dan “Selawaterapy”
Aroma terapi HPA Raihan….

Datang Ramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya

Tuesday, March 9, 2010

Hati-hati walaupun ada logo halal


Peserta PBC Nilai kali ini didedahkan tentang pemakanan yang meragukan yang terbukti di dalam majalah Milenia yang diulas oleh PJS Ustaz Safuan.


Makan dan minum adalah satu keperluan asas ke-hidupan. Islam menghendaki umatnya menitik-beratkan soal kebersihan dan kesucian dalam aspek pemakanan. Ini kerana soal pemakanan berkait rapat dengan ibadah dan kesihatan. Allah SWT amat menekankan perihal apa yang kita makan kerana ia menentukan kehalusan atau kekasaran budi dan sangat berpengaruh kepada jiwa dan sikap seseorang.

Malah halal adalah prasyarat kepada penerimaan doa. Maknanya Allah tidak akan menerima doa orang yang menyimpan bahan haram dalam tubuhnya termasuklah pakaian yang dipakai dan harta yang dimilikinya. Bagi setiap orang Islam, penerimaan doa oleh Allah SWT sangat penting kerana doa adalah otak kepada segala ibadah. Sekiranya "otak" itu cacat maka ibadat lain turut tercalar.



Bagi orang beriman , doa adalah satu kekuatan yang Tuhan kurniakan khususnya bagi orang yang teraniaya yang mana doanya amat makbul dan diterima Allah. Walaupun terdapat beberapa standard bagi menjamin kebajikan pengguna di Malaysia, masalah ketidakpatuhan terhadap standard ini sentiasa berlaku terutama berkaitan dengan halal tidaknya makanan dan yang paling ketara adalah penyalahgunaan dan pemalsuan logo halal di Malaysia.

Justeru, kita harus berhati-hati kerana dikhuatiri membeli atau terbeli makanan tidak halal walaupun ada dipamerkan label logo halal. Masyarakat hendaklah cermat dan berwaspada dalam menentukan kehalalan makanan itu sendiri. Sekadar mempunyai sijil halal saja belum mencukupi kerana pada ketika ini ada peniaga terutama bukan Islam gemar menipu sijil halal.

Kita tidak boleh mengharapkan penguatkuasaan semata-mata kerana perlaksanaannya sangat rumit ditambah dengan tabiat sesetengah peniaga gemar meraih keuntungan tanpa memikirkan kepentingan pengguna Islam. Apa yang jelas, kalau kita ragu-ragu atau was-was, jangan membeli produk berkenaan.

Persoalan yang timbul, mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah disebabkan sistem atau polisi yang sukar dan berbelit-belit menyebabkan perkara ini terjadi atau sikap masyarakat yang jahil tentang kepentingan penggunaan logo halal dan standard halal serta keselamatan makanan? Mungkinkah ada unsur 'suapan' dalam pemberiaan logo berkenaan?

Apa yang pasti, setiap pengguna mahukan sesuatu produk yang selamat dan tiada kemudharatan. Bagi umat Islam, garis panduan mestilah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang juga boleh diimplimentasikan dalam kehidupan setiap pengguna hari ini. Harus diingat, pemakanan yang halal, menyihatkan dan seimbang dari segi kualiti dan kuantiti mampu melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat selain cemerlang dari segi akhlak, syakhsiah, berperibadi mulia dan bertamadun mengikut acuan Islam.

Sumber : Majalah MILENIA MUSLIM keluaran Mac 2010

Warna-warni PBC Nilai 6&7 Mac..





















Sunday, March 7, 2010

PBC NILAI SEMAKIN HANGAT...

Alhamdulillah, Program Perkongsian Bijak Cemerlang yang di adakan di Hotel Allson Klana Nilai berjalan lancar dan penuh dengan kecerian.

Program bermula dengan Slot Kenali Syarikat yang di bentangkan oleh Pengerusi Komiti HPA Nilai, Herbalis Azmely bin Hj Yaakob merangkap moderator PBC.

Slot yang seterusnya adalah Plan Pemasaran 5 Angka 5 Bulan, di sampaikan oleh PJS Us. Safuan bin Hj Pamidi dari Komiti HPA Klang.

Seterusnya Slot di sebelah petang di sampaikan oleh PJM Cikgu Murad b Abu Bakar 'Top Distributor HPA' dengan tajuk Gerak kerja 6M.

Slot Halal Haram pula di bentangkan oleh Us Abd Razak bin Mohamed, Naib Pengerusi Komiti HPA Nilai.

Pada sebelah malam pula PJS Jamaludin bin Yeop Majlis, menerangkan mengenai produk baru HPA iaitu Penapis Air Dew dan membuat demo air minuman yang terdapat di Malaysia yang mana keputusannya, Air Kristal Dew mempunyai nyalaan yang paling cerah.

Kemudian, PJM Siti Habibah bt Yusof, Penaung Komiti HPA Nilai merangkap Presiden Kelab Pemimpin Selatan telah menyampaikan SLot Diagnos Saraf Tapak Tangan.

Pada saebelah pagi, Qiamullail dipimpin oleh Adik Syaifullah,pelajar Madrasah Tahfiz Bukit Lancong.

Kuliah subuh disampaikan oleh Herbalis Azmely yang memetik buku Inilah Jalan Kami yang ditulis oleh Tn Hj Ismail b Hj Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd.

Slot seterusnnya ialah Perubatan Jawi dan Kefahaman Herba yang telah disampaikan oleh Herbalis Azmely b Hj Yaakob.

Program seterusnya dimeriahkan dengan gelagat para peserta menyampaikan tugasan yang telah diberikan kepada kumpulan masing-masing.

Secara ksseluruhannya, peserta kaii ini faham apa yang perlu mereka lakukan selepas ini yang mana ramai diantara mereka menyatakan kesediaan untuk meneruskan perjuangan ini dengan membawa lebih ramai rakan kongsi mereka ke PBC yang akan datang.

Program tamat pada jam 4.45 petang.

Thursday, March 4, 2010

Penubuhan Kelab Pemimpin Selatan

Pada hari ini di Dewan Nuruddin Fahmey di RCH Kluang berlangsungnya penubuhan Kelab Pemimpin Selatan yang dihadiri hampir 50 org PJS dan Leader-leader Komiti Zon Selatan.

Pada penubuhan itu PJM Siti Habibah, Penaung Komiti Nilai telah diberi amanah menerajui Kelab Pemimpin Selatan ( KPS ) ini yang mana di bantu oleh PJS Rahmat sbg Tim. Presiden 1 dan PJS Shafie sbg Tim. Presiden 2.

Wakil Komiti ke perhimpunan ini adalah Pengerusi Komiti En Azmely dan Setiausaha Komiti Haryani.

insyaallah Program pertama KPS adalah untuk melaksanakan Gen-2 yang mana akan diadakan di Dewan Nuruddin Fahmey, Kluang Pada 7 dan 8 April yang mana dibuka kepada mereka yang berpangkat PRX ke PJ.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails