Friday, July 30, 2010

KPJ NILAI

KPJ Nilai pada 28 Julai 2010 telah disampaikan oleh Pensyarah KPJ iaitu Herbalis Tn Hj Ramly B. Ahmad.
Kedatangan KPJ kali ini amat mengalakkan dengan kehadiran lebih 70 org. PJS Siti Habibah, PJS Baharuddin dan PJS Shafik antara leader-leader yang hadir selain pengedar yang datang dari Nilai, Seremban malahan dari Port Dickson.

Monday, July 26, 2010

PBC RAmadhan 2010

Alhamdulillah, bulan Ramadhan Al-Mubarak akan menjelang lagi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga hari ini masih dapat bernafas dan menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Seperti tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini Komiti Nilai akan mengadakan PBC Ramadhan lagi. Kepada leader- leader dan juga pengedar- pengedar yang berada di sekitar Nilai dan yang berhampiran adalah di jemput untuk menghantar downline.

Sama seperti PBC Ramadhan yang lalu, Modul yang akan diberikan adalah sama dan yang istimewanya PBC Ramadhan ialah pada sebelah malamnya akan diadakan solat sunat terawih yang akan di pimpin oleh pelajar dari Maahad Tahfiz, Shah Alam.

PBC Ramadhan Nilai akan diadakan pada:

Tarikh : 21 dan 22 Ogos 2010

Tempat : Hotel Allson Klana, Nilai, Negeri Sembilan.

Masa : 8.30 pagi.

Untuk keterangan lanjut atau untuk tempahan tempat, sila hubungi:

Sekretariat Komiti Nilai

Haryani bt Hamidun 019-3438385

Friday, July 23, 2010

USAHAWAN CILIK HPA

USAHAWAN CILIK HPA adalah satu Program Baru khusus untuk adik-adik generasi pelapis negara. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh : 8/8/2010 (AHAD)
Tempat : Dewan Cawangan HPA Nilai
Masa : 9.00 pagi HINGGA 6.00 petang
Yuran : RM30.00
Syarat Penyertaan: Berumur 6-12 tahun SAHAJA



TENTATIF PROGRAM:

1. Pemakanan Pembentuk Sahsiah
2. Mari Belajar:
a. Mengaji
b. Azan
c. Zikir Munajat
3. Sirah Nabi

  • TEMPAT TERHAD KEPADA 50 ORANG PESERTA SAHAJA
Jom beramai-ramai... Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda...

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

"Setiausaha Komiti Nilai"
Haryani binti Hamidun
(019-3438385)

KULIAH PERUBATAN JAWI

KPJ Nilai kali ini akan diadakan pada:-

Tarikh : 28 Julai 2010 (RABU)
Tempat : Dewan Cawangan HPA Nilai
Masa : 9.00 Malam
Penceramah : Herbalis Tn.Hj Ramly bin Ahmad

Semua dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu ini.
Minuman disediakan...

Saturday, July 3, 2010

PBC Allson Klana Nilai.

Kini sedang berlangsung program Perkongsian Bijak Cemerlang di Hotel Allson Klana Nilai.
Alhamdulillah, program berjalan lancar dan pada kali ini peserta PBC Nilai amat bertuah kerana pada kali ini, PBC Nilai di kunjungi oleh ramai PJS KPS dan KPA menyampaikan slot. Antara yang menyampaikan slot pada hari ini ialah :
a)Slot Pengenalan Syarikat
Herbalis Azmely bin Yaakob
b) Slot Pelan Pemasaran 5 Angka
PJS Ahmad Syafik bin Mohamad
c) Slot 6M
PJS Us Safuan bin HJ Pamidi
d) Slot Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan
PJM Siti Habibah bt Yusof
Program juga diserikan dengan kehadiran PJS/PJM Fauziah bt Abu Samah dari Melaka yang berkongsi pengalaman dan juga motivasi untuk berjaya.
Malam ini, para peserta juga amat bertuah dengan kehadiran PJS Rahmat b Daim dari Johor yang bersama-sama berkongsi pengalaman dalam Slot Bersama Pemimpin.
Diharap, semoga semua peserta mendapat manfaat dari segala perkongsian yang disampaikan oleh semua penceramah dan menjadi mandapat suntikan semangat untuk terus bersama-sama berjuang dalam memartabatkan dan memperjuangkan produk HALALAN TOYYIBA..
'PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA.'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails