Jumaat, 2009 November 20

RENUNGAN JUMAAT : Antara Sebab lidah Kelu Semasa Hampir Ajal






Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak
dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
"HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRIKETIKA AZAN,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri,
mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapayang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "لا إله إلا الله" yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.
 "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian
kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah " لا إله إلا الله " semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


Selasa, 2009 November 17

Program Kerohanian

Khamis,12 Nov.- Program Kerohanian telah berlangsung dengan jayanya di Komiti HPA Nilai.Pengisian program adalah seperti berikut:

solat Fardhu Isya' berjemaah
solat sunat ba'diyah Isya'
tahlil ringkas
tazkirah bertajuk SOLAT dan WUDU'

Pengisian di atas telah diketuai oleh Ustaz Syafrudin selaku ajk Kerohanian Komiti HPA Nilai.


 Ustaz Syafrudin sedang memberikan tazkirah



Muslimat yang hadir





Turut serta staf cawangan HPA

Pengerusi Komiti HPA Nilai, Ust Mohd Radzi melanjutkan program dengan ucapan . Majlis disudahi dengan jamuan ringan.


Ust Radzi sedang memberikan ucapan



Jumaat, 2009 November 13

PBC Allson Klana


PEROGRAM BIJAK CEMERLANG (PBC) YANG TERDEKAT AKAN DIADAKAN PADA;

TARIKH : 5 - 6/12/2009
TEMPAT : HOTEL ALLSON KLANA NILAI
MASA PENDAFTARAN : 8.30PAGI

Kelas Perubatan JAWI

Komiti HPA Nilai akan mengadakan Kelas Perubatan JAWI . Dibuka untuk semua. Kelas tersebut akan diadakan sebagaimana berikut;

TARIKH   :  21/11/2009 (SABTU)
MASA      :  9.00 PAGI - 5.00 PETANG
BAYARAN  :  RM35.00

Sijil kehadiran penyertaan akan diberikan bagi yang mengikuti kelas tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi ;
Ust Radzi            : 0136697491
Herbalis Azmely : 0126476837

Selasa, 2009 November 10

MAKLUMAN TERKINI

PROGRAM KEROHANIAN

 
Kesinambungan daripada kelas mingguan yang telah diadakan,maka pihak Komiti HPA Nilai 
akan meneruskan program dengan mengadakan program kerohanian.
Program yang akan diadakan adalah seperti berikut:


Tarikh   : 12 / 11 / 2009 - KHAMIS 
Masa     :  7.00 malam             
Tempat   : Komiti HPA Nilai        


Semua dijemput hadir bagi mengimarahkan dan menjayakan program tersebut.

PBC DI ALLSON KLANA NILAI

KURSUS PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC) YANG AKAN DIADAKAN DI ALLSON KLANA NILAI PADA 14-15/11/2009 INI DIBATALKAN .

MOHON AMBIL PERHATIAN.
SEBARANG PERTANYAAN SILA EMEL ATAU HUBUNGI PIHAK KOMITI.

Related Posts with Thumbnails

  © Produk Halal Tanggungjawab Bersama Spain by hpaatnilai.blogspot.com 2009-1430

Back to TOP