Wednesday, December 15, 2010

PBC ALLSON KLANA, NILAI


Komiti Nilai akan mengadakan PBC pada 29& 30 Jan 2011.

Kepada leader- leader dan juga pengedar- pengedar yang berada di sekitar Nilai dan yang berhampiran adalah di jemput untuk menghantar downline anda.

PBC Nilai akan diadakan pada:

Tarikh : 29 & 30 januari 2011

Tempat : Hotel Allson Klana, Nilai, Negeri Sembilan.

Masa : 9.00 pagi.

Untuk keterangan lanjut atau untuk tempahan tempat, sila hubungi:

Pn.Haryani bt Hamidun
019-3438385

Tuesday, November 23, 2010

chlorophyll-drop-hpa

Buang asid buang penyakit.

Produk HPA kali ini (klorofil)merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah,seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).
Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.
"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contuh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari.
InsyaAllah.
Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++.Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil.Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++.Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba..

KELAS ILMU BEKAM


KOMITI HPA NILAI akan mengadakan "KELAS ILMU BEKAM" seperti berikut:-

Tarikh : 12/12/2010 (AHAD)

Tempat: Dewan Hpa Cawangan Nilai

Masa: 9 pagi - 5 petang

Bayaran: RM 50 sahaja



****************************
SIJIL DISEDIAKAN
****************************



Kepada sesiapa yang berminat, khususnya warga Nilai sila hubungi:-

Pn. Haryani binti Hamidun
0193438385

untuk pendaftaran ke kelas ilmu.






KULIAH PERUBATAN JAWI

Program kuliah perubatan jawi sekali lagi akan diadakan di HPA CAWANGAN NILAI. Keterangan lanjut adalah seperti berikut:-

TARIKH: 24/11/2010 (RABU)

TEMPAT: DEWAN HPA CAWANGAN NILAI

MASA: 9.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM

PENCERAMAH: HERBALIS HJ RAMLY B AHMAD

Bersama-samalah kita mengimarahkan majlis ilmu ini. Sesungguhnya setiap ilmu perlu untuk mencari redha Allah SWT...

**minuman disediakan**

Saturday, November 13, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE HPAIC


JOM SAHABAT SEMUA...

BERSAMA-SAMA KAMI KOMITI HPA NILAI MELAWAT MERCU TANDA KEBANGGAAN KITA SEMUA IAITU HPAIC BERTEMPAT DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM. BERBAGAI ILMU PENGETAHUAN BARU YANG BAKAL KITA PEROLEHI BERSAMA NANTI.
KETERANGAN LANJUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

Pada jam 9pagi hingga Petang - Kuliah Intensif Herbalis Oleh Dr. Zaidul Akhbar
Dan sebelah malamnya pula Kuliah disampaikan oleh Ust Fadlan Qaramatan dr Irian Jaya ( Nuur Waar )
TARIKH: 28/11/2010

MASA: 7.00 PAGI HINGGA 9.00 MLM

BAYARAN: RM20.00 SHJ

Untuk tempahan, sila hubungi:-
Pn.Haryani binti Hamidun
019-3438385

Monday, November 8, 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI

Program kuliah ilmu sekali lagi akan diadakan di HPA CAWANGAN NILAI. Keterangan lanjut adalah seperti berikut:-

TARIKH: 24/11/2010 (RABU)

TEMPAT: DEWAN HPA CAWANGAN NILAI

MASA: 9.00 MALAM HINGGA 11.00 MALAM

PENCERAMAH: HERBALIS HJ RAMLY B AHMAD

Bersama-samalah kita mengimarahkan majlis ilmu ini. Sesungguhnya setiap sesuatu yang kita ingin lakukan pasti memerlukan ilmu, baik di dunia mahupun di akhirat...

**minuman disediakan**

HARI KESIHATAN 3S KOMITI HPA NILAI

Komiti HPA Nilai akan mengadakan program Hari Kesihatan 3S (Suluh, Sihat, Sukses) seperti berikut:-

TARIKH : 14/11/2010 (AHAD)

TEMPAT : DEWAN HPA CAWANGAN NILAI

MASA : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG



PAKEJ YANG DISEDIAKAN:-

a) PAKEJ A - RM 15.00 SAHAJA

1. Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan

2. Rawatan Rendaman Kaki


b) PAKEJ B - RM 100 SAHAJA

1. Pakej A

2. Kiropraktik

3. Bekam Sunnah (10 Point)

4. Refleksologi


c) PAKEJ RAWATAN

1. Kiropraktik - RM50 SAHAJA

2. Bekam Sunnah (10 Point) - RM 50 SAHAJA

3. Refleksologi - RM 30 SAHAJA

Silalah berkunjung ke Dewan HPA Cawangan Nilai bagi mendapatkan rawatan seperti yang telah dinyatakan. Semoga kita semua sihat sejahtera bersama-sama, AMIN....

Tuesday, November 2, 2010

PRA HERBALIS


Tahniah dan syabas diucapkan kepada U-Herbs KPS kerana program PRA HERBALIS yang diadakan di DEWAN NURUDDIN FAHMI, Kluang pada 31/10/2010 yang lepas berakhir dengan jayanya. Terlalu banyak ilmu baru yang dapat dipelajari oleh para peserta khususnya wakil dari KOMITI NILAI sendiri seperti teknik akupuntur yang boleh dijadikan asas kepada perawatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta dapat meningkatkan keyakinan pengguna produk HPA. Kehadiran peserta jugak di luar jangkaaan hingga mencecah hampir 250 orang peserta.


Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Presiden KPS
PJS Siti Habibah binti Yusof



Pengerusi Pra Herbalis Siri 1
Herbalis PJS Rahim b Mumtawil

Antara peserta muslimah yang memenuhi Dewan Nuruddin Fahmi, Kluang.

Peserta muslimin yang bersama-sama di dalam program ini.


Slot 1 disampaikan oleh Herbalis PJ Azmely Hj Yaacob bertajuk:-
"Kecekapan Diagnos dan Ketepatan Herba"

Slot 2 disampaikan oleh:-
Herbalis PJ Ust Hadi b Mohd Isa dengan slot bertajuk
"Herbalogi dan Asas Perawatan Berasaskan Perubatan JAWI"


Diharapkan semoga program ini dapat dijadikan program berkala untuk semua warga HPA pada masa akan datang.

Thursday, September 16, 2010

Rumah Terbuka Penaung Komiti Nilai



Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri
Bertempat di rumah Penaung Komiti Nilai PJM/PJS Pn Siti Habibah Bt Yusoff

Beralamat di
NO.67 JALAN LILY 3
TAMAN LILY NILAI IMPIAN
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN
H/P : 0196685083 ( Kak Bib )
Pada 10 Syawal 1431H bersamaan 19hb September 2010 iaitu hari Ahad.

Tuesday, August 24, 2010

Majlis IFTAR Komiti HPA Nilai bersama Anak Yatim

Alhamdulillah...
Bersempena bulan yang penuh keberkatan ini, Komiti HPA Nilai akan menjemput dan meraikan anak yatim terpilih di Negeri Sembilan di dalam majlis berbuka puasa pada:-

TARIKH : 29 Ogos 2010
TEMPAT : Dewan Cawangan HPA Nilai

InsyaAllah majlis tersebut akan dihadiri 50 orang anak yatim bersama 5 orang guru pengiring...
Semoga majlis ini diberkati oleh Yang Maha Esa...

PBC Ramadhan Kmiti HPA Nilai (21/8 - 22/8/2010)


Alhamdulillah...

PBC Ramadhan Komiti HPA Nilai telah berakhir dengan jayanya...
Kehadiran PBC kali ini dibanjiri oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kuala Lumpur yang berjiwa besar untuk berjaya sebagai usahawan muda.

Antara PJS yang telah menyampaikan slot pada PBC kali ni ialah:
1. PJS Siti Habibah binti Yusof (Pengarah Program)
2. PJS Baharudin bin Jantan
3. PJS Ustaz Safuan bin Hj. Pamidi
4. PJS Cikgu Murad bin Abu Bakar @ Ayob
5. PJS Fauziah binti Abu Samah
6. PJS Hj. Jumani bin Salam

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan

Komiti HPA Nilai mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Selamat menunaikan Ibadah Puasa, ibadah Sunat dan Tadarrus, Kami seluruh Ahli Jawatan Kuasa Komiti HPA Nilai memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan yang lahir dari kami keseluruhannya dan semoga Allah menetapkan hati-hati dan jiwa-jiwa kita di atas jalanNya..Aminn

Usahawan Cilik

Alhamdullillah.. Komiti HPA Nilai telah berjaya melaksanakan Usahawan Cilik bertempat di Cawangan HPA Nilai, Negeri Sembilan.
Program disertai lebih kurang 25 org peserta yang berumur dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun. Program dikendali oleh Pen. Pengerusi Komiti Ust. Abd Razak Mohamed. Program berlangsung dengan jayanya dan penuh keceriaan. Anak anak ini pulang ke rumah dengan semangat baru dan semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Friday, July 30, 2010

KPJ NILAI

KPJ Nilai pada 28 Julai 2010 telah disampaikan oleh Pensyarah KPJ iaitu Herbalis Tn Hj Ramly B. Ahmad.
Kedatangan KPJ kali ini amat mengalakkan dengan kehadiran lebih 70 org. PJS Siti Habibah, PJS Baharuddin dan PJS Shafik antara leader-leader yang hadir selain pengedar yang datang dari Nilai, Seremban malahan dari Port Dickson.

Monday, July 26, 2010

PBC RAmadhan 2010

Alhamdulillah, bulan Ramadhan Al-Mubarak akan menjelang lagi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga hari ini masih dapat bernafas dan menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Seperti tahun-tahun yang lalu, pada tahun ini Komiti Nilai akan mengadakan PBC Ramadhan lagi. Kepada leader- leader dan juga pengedar- pengedar yang berada di sekitar Nilai dan yang berhampiran adalah di jemput untuk menghantar downline.

Sama seperti PBC Ramadhan yang lalu, Modul yang akan diberikan adalah sama dan yang istimewanya PBC Ramadhan ialah pada sebelah malamnya akan diadakan solat sunat terawih yang akan di pimpin oleh pelajar dari Maahad Tahfiz, Shah Alam.

PBC Ramadhan Nilai akan diadakan pada:

Tarikh : 21 dan 22 Ogos 2010

Tempat : Hotel Allson Klana, Nilai, Negeri Sembilan.

Masa : 8.30 pagi.

Untuk keterangan lanjut atau untuk tempahan tempat, sila hubungi:

Sekretariat Komiti Nilai

Haryani bt Hamidun 019-3438385

Friday, July 23, 2010

USAHAWAN CILIK HPA

USAHAWAN CILIK HPA adalah satu Program Baru khusus untuk adik-adik generasi pelapis negara. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:-

Tarikh : 8/8/2010 (AHAD)
Tempat : Dewan Cawangan HPA Nilai
Masa : 9.00 pagi HINGGA 6.00 petang
Yuran : RM30.00
Syarat Penyertaan: Berumur 6-12 tahun SAHAJA



TENTATIF PROGRAM:

1. Pemakanan Pembentuk Sahsiah
2. Mari Belajar:
a. Mengaji
b. Azan
c. Zikir Munajat
3. Sirah Nabi

  • TEMPAT TERHAD KEPADA 50 ORANG PESERTA SAHAJA
Jom beramai-ramai... Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda...

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

"Setiausaha Komiti Nilai"
Haryani binti Hamidun
(019-3438385)

KULIAH PERUBATAN JAWI

KPJ Nilai kali ini akan diadakan pada:-

Tarikh : 28 Julai 2010 (RABU)
Tempat : Dewan Cawangan HPA Nilai
Masa : 9.00 Malam
Penceramah : Herbalis Tn.Hj Ramly bin Ahmad

Semua dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu ini.
Minuman disediakan...

Saturday, July 3, 2010

PBC Allson Klana Nilai.

Kini sedang berlangsung program Perkongsian Bijak Cemerlang di Hotel Allson Klana Nilai.
Alhamdulillah, program berjalan lancar dan pada kali ini peserta PBC Nilai amat bertuah kerana pada kali ini, PBC Nilai di kunjungi oleh ramai PJS KPS dan KPA menyampaikan slot. Antara yang menyampaikan slot pada hari ini ialah :
a)Slot Pengenalan Syarikat
Herbalis Azmely bin Yaakob
b) Slot Pelan Pemasaran 5 Angka
PJS Ahmad Syafik bin Mohamad
c) Slot 6M
PJS Us Safuan bin HJ Pamidi
d) Slot Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan
PJM Siti Habibah bt Yusof
Program juga diserikan dengan kehadiran PJS/PJM Fauziah bt Abu Samah dari Melaka yang berkongsi pengalaman dan juga motivasi untuk berjaya.
Malam ini, para peserta juga amat bertuah dengan kehadiran PJS Rahmat b Daim dari Johor yang bersama-sama berkongsi pengalaman dalam Slot Bersama Pemimpin.
Diharap, semoga semua peserta mendapat manfaat dari segala perkongsian yang disampaikan oleh semua penceramah dan menjadi mandapat suntikan semangat untuk terus bersama-sama berjuang dalam memartabatkan dan memperjuangkan produk HALALAN TOYYIBA..
'PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA.'

Tuesday, June 29, 2010

PBC Nilai

PBC Nilai kali ini akan dihadiri oleh ramai Pemimpin Hebat.... Antaranya :

PJS Siti Habibah ( Presiden KPS )
PJS Rahmad ( Timbalan Presiden 1 KPS )
PJS Ahmad Shafik Mohamad ( AJK KPS )
PJS Ust Sapuan Pamidi ( PJS KPA )
Dr Siti Norbaya ( Bakal PJS Jerantut )
Dr Siti Norbaya akan menyampaikan Modul mengenai Vaksin?????? Ingin tahu?????
Pendaftaran Masih terbuka......
hubungi Haryani 019 3438385

Wednesday, June 16, 2010

Saturday, May 22, 2010

PBC Gua Musang Kelantan.


Terima kasih kepada Komiti HPA Gua Musang, Kelantan kerana sudi menjemput dan memberi kepercayaan kepada kami dalam membantu dan menyelia tadbir PBC. Kami amat berbesar hati untuk berkongsi segala ilmu yang ada kerana mereka masih terlalu baru dalam menguruskan PBC.





Antara AJK yang turut hadir bersama Penaung dan Penasihat Komiti Nilai ke PBC Gua Musang ialah:





1) Herbalis Azmely b Hj Yaakob - Pengerusi


2) PJ Us Abd Razak b Mohamed - Naib Pengerusi


3) Haryani bt Hamidun - Setiausaha / Sekretariat PBC Nilai.





Slot-slot yang telah disampaikan pada hari pertama PBC ialah:





1) Pengerusi Majlis - Herbalis Azmely b Hj Yaakob


2) Slot Pengenalan Syarikat - Herbalis Azmely b Hj Yaakob


3) Slot Halal Haram - PJ Us Abd Razak b Mohamed


4) Slot MLM Syariah - PJ Us Abd Razak b Mohamed


5) Slot Plan Pemasaran - PJM Rosmandi b Ishakl


6) Slot 6 M - PJM Rosmandi b Ishak


7) Slot Motivasi - Gandingan 3 generasi iaitu anak, ibu dan nenek.





Semoga dengan ilmu yang telah dikongsikan akan dapat membantu Komiti HPA Gua Musang untuk mentadbir PBC akan datang dengan lebih baik. Dan semoga mereka yang hadir PBC dan juga Jawatan kuasa Komiti HPA Gua Musang akan menjadi penggempur Hebat HPA.

Tuesday, May 18, 2010

Pelancaran Produk Baru HPA

Alhamdulillah, HPA telah melancarkan beberapa lagi produk baru pada 16 Mei 2010 bertempat ni Hotel De Palma Ampang, Selangor yang mana telah dilancarkan sendiri oleh Pengarah Urusan, Tn. Hj. Ismail b Hj Ahmad.

Antara Produk yang dilancarkan pada malam tersebut adalah:

1) CD Profile HPA
2) Biskut Coklat Chip
3) Biskut Suji Badam
4) Chip Buah-buahan (Apple Chips dan Pineapple Chips)
5) Kaya HPA

Marilah kita bersama-sama mengempur produk baru keluaran HPA dan semoga Allah mempermudahkan jalan HPA untuk terus memasarkan produk Halal, bersih dan suci kepada seluruh Umat Islam di seluruh dunia.

Tuesday, May 11, 2010

Penubuhan Komiti Baru di Cawangan HPA Tampin.

Komiti HPA Tampin telah pun ditubuhkan pada hari ini, bertempat di Dewan Cawangan Tampin. Antara PJS yang hadir adalah PJS Siti Habibah bt Yusof selaku Presiden KPS ( Penaung Komiti Nilai ), PJS Baharuddin b Jantan ( Penasihat Komiti Nilai ), PJS Juita bt Tahar, PJS Rugayah bt Md Zin dan PJS Fauziah bt Abu Samah. Turut hadir sama Pemimpin KPS, antaranya PJ Hassan b Sulaiman, Unit Latihan KPS, PJE Mirzahtul Laila bt Amir Hamzah, Unit Kebajikan KPS dan Herbalis Azmely b Hj Yaakob, Unit IT & Sebaran KPS ( Pengerusi Komiti Nilai ).

Tidak ketinggalan juga, kehadiran Pengurus Zon Selatan, AGM Pn Zaimah bt Ismail sebagai wakil syarikat. Mesyuarat sepakat mengadakan kelas mingguan pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam dan sebulat suara melantik AJK Komiti HPA Tampin. Mereka adalah :

Pengerusi : En Saberi b Gaya
Naib Pengerusi : En Mohd Norsham b Mohamad Sapian
Setiausaha : Pn Norazura bt Abd Kadir
Bendahari : En Mohd Noor b Ahmad Anuar
Biro Latihan : En Fahmi b Ibrahim
Biro Kerohanian : En Johari b Adam
Unit IT : En Mohd Fahmi b Che Din

Penasihat : PJS Juita Bt Tahar
Penaung: PJS Rugayah bt Md Zin
: PJS Fauziah bt Abu Samah

Mesyuarat tamat pada pukul 11 malam.

Wednesday, April 28, 2010

Wednesday, April 21, 2010

Halal Mart Serkam



Antara AJK Komiti Nilai bergambar dgn gubahan yang dihasilkan.

Antara gubahan yang telah dihasilkan oleh sebahagian daripada peserta.

Singgah sebentar di RFC Mydin Mall, Melaka

Menjenguk sebentar di Halal Mart Air Keroh, Kota Fesyen MITC Melaka.

Antara sebahagian yang mengikuti rombangan ke Melaka bersempena pertandingan Gubahan mengunakan sachet kopi Radix dan sebelah malamnya pula Kuliah Perubatan Jawi yang disampaikan oleh PJS Herbalis Ramly Ahmad, Pensyarah KPJ.

Wednesday, April 14, 2010

PBC Nilai 10-11 April 2010

PBC Nilai 10 dan 11 2010 di Allson Klana telah mendapat sambutan yang baik dari pengedar. Ada yang datang dari Kuala Kangsar semata-mata untuk hadir ke program PBC kali ini. PBC kali ini mencatat 54 org peserta.
Herbalis Azmely ( Pengerusi Komiti Nilai ) sebagai Moderator Program PBC Nilai dan menyampaikan slot Perubatan JAWI.
Ust Abd Razak Mohamed ( Naib Pengerusi Komiti Nilai ) menyampaikan slot Halal Dan Haram, Qiammulail dan Kuliah Subuh.
Herbalis Faizal yang baru saja menamatkan Sijil Herbalis ke 18 menceritakan pengalaman beliau sewaktu mengikuti program Sijil Herbalis yang memberikan kesan yang sangat mendalam kepada diri beliau.
Penceramah jemputan, PJM Rosmandi Ishak ( Timbalan Presiden KPA ) menerima cenderahati daripada AJK Komiti Nilai, Ust Azis Jakpar Soraji.
Penceramah jemputan, PJS Ust Safuan Pamidi menerima cenderahati dari Penaung Komiti Nilai, PJM Pn Siti Habibah Yusoff.

Thursday, April 8, 2010

Open Day UNIKL 7,8 dan 9 April 2010.

Pada 7, 8 dan 9 April 2010,beberapa AJK Komiti telah di jemput untuk memeriahkan program "Open Day UniKL MIIT",City Campus bertempat di Lobby UniKL. Antara AJK yang menjayakan program ialah Pengerusi Komiti Nilai - Herbalis Azmely b Yaakob, Setiausaha Komiti - Haryani bt Hamidun dan AJK Kebajikan - Pn Roslah bt Mohammad.

Herbalis Azmely sedang mendiagnos Dekan MIIT, Prof. Dr Roslan Ismail yang juga telah menandatangani borang keahlian HPA sebelum itu.
Pada 7, 8 dan 9 April 2010,beberapa AJK Komiti telah di jemput untuk memeriahkan program "Open Day UniKL MIIT",City Campus bertempat di Lobby UniKL. Antara AJK yang menjayakan program ialah Pengerusi Komiti Nilai - Herbalis Azmely b Yaakob, Setiausaha Komiti - Haryani bt Hamidun dan AJK Kebajikan - Pn Roslah bt Mohammad.

Selain mendiagnos dan Terapi Herba, kami juga menyarankan kaedah perawatan lain seperti perawatan bekam, pembetulan tulang belakang, refleksologi yg perlu mereka, bagi mendapatkan kesihatan yg lebih baik.

Terima kasih juga kepada Us Azis Jakpar kerana memberi ruang dan peluang kepada kami untuk mempromosikan dan menyampaikan maklumat mengenai HPA. Selain kami dari Komiti Nilai, pihak Universiti juga telah menjemput PJM Cikgu Murad b Abu Bakar untuk memberi ceramah Kerjaya.
Alhamdulillah, sambutan yang kami terima amat menggalakkan. Kami membuat jualan dan juga membuat perawatan melalui Diagnosis Saraf Tapak Tangan. Pada hari pertama seramai 37 org telah menyertai kami, yang mana rata-rata terdiri daripada kalangan Pensyarah, Kakitangan UniKL dan juga pelajar. Pada hari ke-2, semakin mendapat sambutan dan seramai 45 org telah di diagnos juga pada hari terakhir seramai 52 org.


Terima kasih kepada pelajar-pelajar booth DCNet kerana memberi ruang dan bekerjasama dengan kami. Meraka membantu kami mempromosi rawatan yg kami jalankan.

Saturday, April 3, 2010

Ralat -MAJLIS TANDATANGAN PERSETUJUAN PEMBELIAN MENARA HPA

Ralat -MAJLIS TANDATANGAN PERSETUJUAN PEMBELIAN MENARA HPA

Adalah dimaklumkan bahawa majlis tandatangan persetujuan pembelian menara HPA pada 6hb April 2010 ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kelak
Harap Maklum
Sekian Terima kasih

Thursday, April 1, 2010

MAJLIS MENANDATANGANI PERSETUJUAN PEMBELIAN MENARA HPA DI SHAH ALAM

IMPIAN MENJADI REALITI
Majlis bersejarah.

Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA di Shah Alam.Berharga RM60 Juta


Pada : 6hb April 2010


Masa : 11.00 Pagi.


Tempat : Perkarangan Menara HPA, Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor


Kehadiran: Pengarah Urusan HPA, Pengarah Urusan SME BANK, PENGARAH URUSAN TTDI


Semua dijemput hadir

Wednesday, March 31, 2010

AJK Komiti Nilai Ke Pelancaran Produk Melaka Halal Hub











Coco Minda akan ke pasaran MLM tidak lama lagi. Kelihatan Penaung Komiti Nilai juga Presiden Kelab Pemimpin Selatan, PJM Siti Habibah bersama Setiausaha Komiti, Haryani dan Pen. Bendahari, Herbalis Aiju berposing dengan produk Coco Minda yang telah pun dijual di Halal Mart Serkam.




YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin merasmikan Pelancaran Produk Melaka Halal Hub.




Pengarah Urusan HPA, Tn Hj Ismail melihat produk keluaran Usahawan Melaka Halal Hub yang akan dipasarkan oleh HPA




Tn Hj Ismail berucap pada perasmian tersebut




AJK komiti Nilai yang bersama-sama ke Pelancaran Produk Melaka Halal Hub.








HPA Industries Jadi Peneraju 11 VENDOR OPERASI DI MELAKA HALAL HUB

SERKAM, 16 Mac - Sebanyak 11 dari 13 buah syarikat vendor di Melaka Halal Hub di sini telah memulakan operasi pengeluaran produk masing-masing dan kesemua produk yang dihasilkan akan dibeli serta dipasarkan oleh syarikat anchor, HPA Industries.Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Zainal Abu berkata, kesemua 11 vendor berkenaan kini telah mengeluarkan produk-produk seperti hasilan ikan, ayam dan daging, minuman isotonik dan herba, roti canai, kek lapis, sos serta kicap.Manakala dua lagi vendor dijangka memulakan oeprasi selewat-lewatnya penghujung April ini."Sehingga kini produk-produk yang dihasilkan oleh 5 syarikat vendor berkenaan telah mula dibeli dan dipasarkan oleh HPA Industries, manakala produk-produk lain akan dibeli dan dipasarkan apabila pengusaha-pengusaha syarikat vendor memenuhi syarat pembungkusan dan pelabelan yang ditetapkan," kata Zainal semasa menyampaikan taklimat mengenai pembangunan fizikal, operasi dan pembangunan akan datang di Melaka Halal Hub, hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Serkam, Datuk Ghazale Mohamad; Eksekutif Kanan Halal Development Corporation, Mohd Said Nasir; Pengurus SME Bank Melaka, Noraini Baharom dan Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam.Beliau menjelaskan, kesemua syarikat vendor yang menghasilkan produk-produk makanan halal ini juga sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab seperti JAKIM, MAIM, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar supaya mereka sentisa mematuhi syarat-syarat pengeluaran produk halal."Para pengusaha perlu memenuhi syarat pemprosesan makanan mengikut piawaian Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good Hygiene Practice (GHP) serta memenuhi kriteria Malaysian Halal Standards MS 1500:2009," ujar beliau.Zainal turut melahirkan keyakinannya bahawa syarikat anchor, HPA Industries yang berpengalaman luas dalam penghasilan produk halal mampu memberikan bimbingan kepada pengusaha-pengusaha vendor untuk mengeluarkan produk berkualiti serta memenuhi semua syarat penghasilan produk halal yang ditetapkan.
*dipetik daripada Akbar Melaka Hari Ini.

Monday, March 22, 2010

Program Kesihatan Komiti Nilai..

Alhamdulillah..program kesihatan pada hari ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Program bermula pada pukul 9.30 pg dan berakhir lebih kurang pada pukul 8 malam.

Antara AJK yang hadir memberi komitmen ialah:

-Herbalis Azmely b Yaakob
-Ust Abd Razak b Mohamed
-Haryani bt Hamidun
-Pn Robiah bt Awang Chek
-Herbalis Aiju bt adam
-Pn Roslah bt Mohamad
-Pn Rohani bt Mohd Alias
-Pn Aminah bt Sahji
-Pn Nik Zah bt Berahim
-Herbalis Maznah bt Nordin
-Pn Zabedah bt Suboh

Turut membantu ialah:
-Herbalis Muda Aqilah bt Sani

Maklum balas dari para penerima rawatan, rata-rata berpuas hati dengan rawatan yang di terima dan memberi cadangan kepada kami supaya mengadakan program seperti ini dengan lebih kerap. Ada juga yang ingin datang mendapatkan rawatan dengan kami lagi.

InsyaAllah, pihak komiti merancang agar program seperti ini akan menjadi program tetap komiti. Dan kami berharap agar program-program seperti ini akan mendapat sambutan dari pengedar-pengedar mahu pun penduduk setempat.

Semoga kita dapat bersama-sama dalam merealisasikan kaedah perawatan Tibbun Nabawi dan mendapat kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah..

Thursday, March 18, 2010

HPA dan Raihan bergabung

Lebih 700 orang menyaksikan persembahan konsert Raihan bersempena dengan Majlis Pelancaran HPA RAIHAN di hotel De Palma Ampang semalam (Rabu 17 Mac 2010).
Satu majlis menandatangani MOU antara HPA Group Of Companies dan Raihan Group Of Companies telah diadakan serentak dengan pelancaran 4 produk baru.
MOU persefahaman dimetrai tanda penyatuan 2 nama besar di Malaysia iaitu HPA dan Raihan.
Kini Raihan dikenali sebagai HPA Raihan. Semoga dengan nama besar Raihan maka perjuangan memperjuangkan produk Halal akan lebih rancak dan HPA lebih dikenali, insyaallah.
4 produk baru itu adalah:
1. Album Raihan Salawatherapy
2. Album Raihan Musafir Perjuangan
3. Raihan Fragrance Men
4. Raihan Fragrance Women

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails