Wednesday, March 31, 2010

HPA Industries Jadi Peneraju 11 VENDOR OPERASI DI MELAKA HALAL HUB

SERKAM, 16 Mac - Sebanyak 11 dari 13 buah syarikat vendor di Melaka Halal Hub di sini telah memulakan operasi pengeluaran produk masing-masing dan kesemua produk yang dihasilkan akan dibeli serta dipasarkan oleh syarikat anchor, HPA Industries.Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Zainal Abu berkata, kesemua 11 vendor berkenaan kini telah mengeluarkan produk-produk seperti hasilan ikan, ayam dan daging, minuman isotonik dan herba, roti canai, kek lapis, sos serta kicap.Manakala dua lagi vendor dijangka memulakan oeprasi selewat-lewatnya penghujung April ini."Sehingga kini produk-produk yang dihasilkan oleh 5 syarikat vendor berkenaan telah mula dibeli dan dipasarkan oleh HPA Industries, manakala produk-produk lain akan dibeli dan dipasarkan apabila pengusaha-pengusaha syarikat vendor memenuhi syarat pembungkusan dan pelabelan yang ditetapkan," kata Zainal semasa menyampaikan taklimat mengenai pembangunan fizikal, operasi dan pembangunan akan datang di Melaka Halal Hub, hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Serkam, Datuk Ghazale Mohamad; Eksekutif Kanan Halal Development Corporation, Mohd Said Nasir; Pengurus SME Bank Melaka, Noraini Baharom dan Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam.Beliau menjelaskan, kesemua syarikat vendor yang menghasilkan produk-produk makanan halal ini juga sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab seperti JAKIM, MAIM, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar supaya mereka sentisa mematuhi syarat-syarat pengeluaran produk halal."Para pengusaha perlu memenuhi syarat pemprosesan makanan mengikut piawaian Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good Hygiene Practice (GHP) serta memenuhi kriteria Malaysian Halal Standards MS 1500:2009," ujar beliau.Zainal turut melahirkan keyakinannya bahawa syarikat anchor, HPA Industries yang berpengalaman luas dalam penghasilan produk halal mampu memberikan bimbingan kepada pengusaha-pengusaha vendor untuk mengeluarkan produk berkualiti serta memenuhi semua syarat penghasilan produk halal yang ditetapkan.
*dipetik daripada Akbar Melaka Hari Ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails