Wednesday, August 12, 2009

PBC Ramadhan 2009..

Program Perkongsian Bijak Cemerlang tetap di adakan walaupun pada bulan Ramadhan akan datang.

Tarikh: 5 & 6 September 2009

Tempat: Hotel Allson Klana, Nilai

Pendaftaran : 8 pagi

Antara PJS yang akan hadir ialah

- PJM Rosmandi b Ishak
- PJM Siti Habibah bt Yusuf
- PJS Jamaluddin b Yeop Majlis
- PJS Hj Zainal b Ahmad
- PJS Hj Marjuni b Salleh
- PJS Hj Jumani b Abd Salam
- PJS Baharuddin b Jantan.

Untuk tempahan tempat boleh hubungi:

- Pn Siti Habibah 019 6685083
- En Azmely 012 6476837
- Ust Mohamad Radzi 0136697491

PBC Nilai...

Pada 1 & 2 Ogos 2009 yang lalu, telah diadakan Program Perkongsian Bijak Cemerlang di Hotel Allson Klana Nilai.

Sambutan PBC kali ini amat menggalakkan. Alhamdulillah, ramai PJS Lembah Klang turut hadir bagi menjayakan program.

Antara PJS yang hadir ialah:

- PJM/S Hafidzan b Fauzi
-PJM/S Rosmandi b Ishak
-PJM/S Siti Habibah bt Yusuf
-PJS Baharudin b Jantan
-PJS Hj Marjuni b Salleh
-PJS Jamaluddin b Yeop Majlis
-PJS Hj Shahir b Naim
-PJS Hj Jumani b Abd Salam
-PJS Baharuddin b Jantan

Alhamdulillah, program berjalan lancar.

Perasmian Pusat Jualan HPA Ulu Klang..

Pada hari Ahad 26 Julai sehari selepas KONVEK di Serdang, sebuah lagi Pusat Jualan HPA yang ekslusif telah dibuka di Taman Permata Ulu Klang bersebelahan dengan Giant Ulu Klang. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohd Faisol Abd Rahman di premis perniagaan yang beralamat:
5B, Persiaran Permata,
Taman Permata Ulu Klang,
53300 Kuala Lumpur.
Walaupun premis terletak di tingkat 2, kemudahan lif yang disediakan memudahkan orang ramai khususnya pengedar dari kawasan yang berhampiran untuk mendapatkan semua jenis produk HPA dan produk keluaran muslim lainnya yang diakui kesucian dan kebersihannya seperti dodol dan krepek-krepek.
Selepas majlis perasmian, semua para hadirin dijamu makan Nasi Ayam Organik di luar bangunan dibawah khemah yang agak ekslusif. Ayam organik HPA dibakar segera disitu oleh Komiti HPA NILAI yang diketuai oleh En Azmiley.
Turut hadir dalam majlis perasmian ialah AGM/Pengurus HPA Zon Tengah Pn Siti Nor Hazliana, Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi, PJS Rosmandi Ishak, PJS Siti Habibah Yusoff, PJS Hj Marjuni, PJS Hj Zainal Ahmad, PJS Baharuddin Jantan dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis.

KONVEK 2009...

KONVEK 2009 telah berlalu namun kemeriahannya masih terasa. Kehadiran di anggarkan seramai 5000 orang. Sebahagian Ajk Komiti Nilai bersama-sama para pengedar di sekitar Nilai, telah hadir bagi meraikan Hari Raya HPA dengan menyewa khas sebuah bas.

Komiti Nilai begitu berbangga kerana ada beberapa orang AJK yang menerima anugerah di KONVEK 09.

Antara AJK yang menerima Anugerah ialah:

1- PJ Nor Raidah bt Mansor
2- PJ Jamilah bt Abdullah
3- PJ Aminah bt Sahji
4- PJ Abd Razak b Mohamed
5- PJ Mohd Zin

Lebih membanggakan lagi adalah Penaung Komiti Nilai PJM/S Siti Habibah bt Yusuf telah menerima 5 Anugerah.

Semasa ucapan perasmian oleh Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail b Hj Ahmad, beliau ada membuat beberapa penggumuman.

Selepas jualan HPA mencecah 15 juta sebulan pada tahun ini, pusat pentadbiran HPA yang kini beroperasi di Perlis akan berpindah ke Putrajaya secepat mungkin. Menurutnya lagi dalam kita mensasarkan 500 produk HPA penghujung tahun ini, banyak lagi projek besar yang akan dibangunkan oleh HPA. Antaranya RFC di Lembah Klang, HPA Mall, membangunkan beberapa buah hotel lagi setelah kita berjaya membuka dengan rasminya AzZahra Inn di Sg Petani dan akhirnya nanti dalam tempoh 10 tahun akan datang kita akan menukarkan KOWAHIDA kepada sebuah BANK WAHIDA yang bertaraf antarabangsa.

Menurutnya lagi HPA akan menubuhkan Universitinya sendiri suatu masa kelak yang kini kita telah memulakannya dengan menubuhkan Institut Teknologi HPA (IT HPA). IT HPA merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dimiliki dan diuruskankan oleh Teknologi HPA Sdn Bhd. Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan seramai mungkin generasi salafussoleh (orang yang beriman) dengan menggunakan pendekatan AL-QURAN, Hadis, Ijmak dan Qias.

Bidang pengajiannya terbahagi kepada tiga:
- Pengajian Islam (Manhal)
- Pengubatan Islam
- Kemahiran / Professional

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails