Wednesday, August 12, 2009

KONVEK 2009...

KONVEK 2009 telah berlalu namun kemeriahannya masih terasa. Kehadiran di anggarkan seramai 5000 orang. Sebahagian Ajk Komiti Nilai bersama-sama para pengedar di sekitar Nilai, telah hadir bagi meraikan Hari Raya HPA dengan menyewa khas sebuah bas.

Komiti Nilai begitu berbangga kerana ada beberapa orang AJK yang menerima anugerah di KONVEK 09.

Antara AJK yang menerima Anugerah ialah:

1- PJ Nor Raidah bt Mansor
2- PJ Jamilah bt Abdullah
3- PJ Aminah bt Sahji
4- PJ Abd Razak b Mohamed
5- PJ Mohd Zin

Lebih membanggakan lagi adalah Penaung Komiti Nilai PJM/S Siti Habibah bt Yusuf telah menerima 5 Anugerah.

Semasa ucapan perasmian oleh Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail b Hj Ahmad, beliau ada membuat beberapa penggumuman.

Selepas jualan HPA mencecah 15 juta sebulan pada tahun ini, pusat pentadbiran HPA yang kini beroperasi di Perlis akan berpindah ke Putrajaya secepat mungkin. Menurutnya lagi dalam kita mensasarkan 500 produk HPA penghujung tahun ini, banyak lagi projek besar yang akan dibangunkan oleh HPA. Antaranya RFC di Lembah Klang, HPA Mall, membangunkan beberapa buah hotel lagi setelah kita berjaya membuka dengan rasminya AzZahra Inn di Sg Petani dan akhirnya nanti dalam tempoh 10 tahun akan datang kita akan menukarkan KOWAHIDA kepada sebuah BANK WAHIDA yang bertaraf antarabangsa.

Menurutnya lagi HPA akan menubuhkan Universitinya sendiri suatu masa kelak yang kini kita telah memulakannya dengan menubuhkan Institut Teknologi HPA (IT HPA). IT HPA merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dimiliki dan diuruskankan oleh Teknologi HPA Sdn Bhd. Tujuan penubuhannya adalah untuk melahirkan seramai mungkin generasi salafussoleh (orang yang beriman) dengan menggunakan pendekatan AL-QURAN, Hadis, Ijmak dan Qias.

Bidang pengajiannya terbahagi kepada tiga:
- Pengajian Islam (Manhal)
- Pengubatan Islam
- Kemahiran / Professional

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails