Wednesday, August 12, 2009

Perasmian Pusat Jualan HPA Ulu Klang..

Pada hari Ahad 26 Julai sehari selepas KONVEK di Serdang, sebuah lagi Pusat Jualan HPA yang ekslusif telah dibuka di Taman Permata Ulu Klang bersebelahan dengan Giant Ulu Klang. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Pengurus Besar AWM En. Mohd Faisol Abd Rahman di premis perniagaan yang beralamat:
5B, Persiaran Permata,
Taman Permata Ulu Klang,
53300 Kuala Lumpur.
Walaupun premis terletak di tingkat 2, kemudahan lif yang disediakan memudahkan orang ramai khususnya pengedar dari kawasan yang berhampiran untuk mendapatkan semua jenis produk HPA dan produk keluaran muslim lainnya yang diakui kesucian dan kebersihannya seperti dodol dan krepek-krepek.
Selepas majlis perasmian, semua para hadirin dijamu makan Nasi Ayam Organik di luar bangunan dibawah khemah yang agak ekslusif. Ayam organik HPA dibakar segera disitu oleh Komiti HPA NILAI yang diketuai oleh En Azmiley.
Turut hadir dalam majlis perasmian ialah AGM/Pengurus HPA Zon Tengah Pn Siti Nor Hazliana, Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi, PJS Rosmandi Ishak, PJS Siti Habibah Yusoff, PJS Hj Marjuni, PJS Hj Zainal Ahmad, PJS Baharuddin Jantan dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails