Sunday, March 7, 2010

PBC NILAI SEMAKIN HANGAT...

Alhamdulillah, Program Perkongsian Bijak Cemerlang yang di adakan di Hotel Allson Klana Nilai berjalan lancar dan penuh dengan kecerian.

Program bermula dengan Slot Kenali Syarikat yang di bentangkan oleh Pengerusi Komiti HPA Nilai, Herbalis Azmely bin Hj Yaakob merangkap moderator PBC.

Slot yang seterusnya adalah Plan Pemasaran 5 Angka 5 Bulan, di sampaikan oleh PJS Us. Safuan bin Hj Pamidi dari Komiti HPA Klang.

Seterusnya Slot di sebelah petang di sampaikan oleh PJM Cikgu Murad b Abu Bakar 'Top Distributor HPA' dengan tajuk Gerak kerja 6M.

Slot Halal Haram pula di bentangkan oleh Us Abd Razak bin Mohamed, Naib Pengerusi Komiti HPA Nilai.

Pada sebelah malam pula PJS Jamaludin bin Yeop Majlis, menerangkan mengenai produk baru HPA iaitu Penapis Air Dew dan membuat demo air minuman yang terdapat di Malaysia yang mana keputusannya, Air Kristal Dew mempunyai nyalaan yang paling cerah.

Kemudian, PJM Siti Habibah bt Yusof, Penaung Komiti HPA Nilai merangkap Presiden Kelab Pemimpin Selatan telah menyampaikan SLot Diagnos Saraf Tapak Tangan.

Pada saebelah pagi, Qiamullail dipimpin oleh Adik Syaifullah,pelajar Madrasah Tahfiz Bukit Lancong.

Kuliah subuh disampaikan oleh Herbalis Azmely yang memetik buku Inilah Jalan Kami yang ditulis oleh Tn Hj Ismail b Hj Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd.

Slot seterusnnya ialah Perubatan Jawi dan Kefahaman Herba yang telah disampaikan oleh Herbalis Azmely b Hj Yaakob.

Program seterusnya dimeriahkan dengan gelagat para peserta menyampaikan tugasan yang telah diberikan kepada kumpulan masing-masing.

Secara ksseluruhannya, peserta kaii ini faham apa yang perlu mereka lakukan selepas ini yang mana ramai diantara mereka menyatakan kesediaan untuk meneruskan perjuangan ini dengan membawa lebih ramai rakan kongsi mereka ke PBC yang akan datang.

Program tamat pada jam 4.45 petang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails