a) Modul 1 - MLM Syariah: Penjelasan & Soal Jawab
Tuesday, March 31, 2009
Program Gen 2 di Excel Training Centre
a) Modul 1 - MLM Syariah: Penjelasan & Soal Jawab
Thursday, March 26, 2009
Kelas Mingguan Nilai 25 Mac 2009..
Kelas di pengerusikan oleh Ustaz Abd Razak bin Mohamed ( AJK Kerohanian dan Kebajikan). Slot Pengenalan Syarikat di sampaikan oleh PR Azmely b Yaakob, Slot Produk Knowledge di sampaikan oleh Herbalis PJS Fatin dan Slot Pelan Pemasaran di sampaikan oleh PJM Hafidzan bin Fauzi.
Malam ini, kelas amat beruntung kerana telah didedahkan Pelan Pemasaran secara detail bonus-bonus yang terdapat dalam pelan pemasaran HPA.
Seperti biasa selesai kelas kami bersama-sama menikmati minum malam bagaikan ada kenduri, bertuahnya malam ini kami di jamu oleh Pn Roslah sempena hari kelahiran suaminya dan juga pen. bendahari Pn Aiju Bt Adam yang menyambut ulang tahun perkahwinan beliau pd hari ini.
Sunday, March 22, 2009
Pembentangan LDK peserta PBC....
Kumpuln peserta lelaki diberi nama Radix manakala satu kump.lagi menamakan kump. mereka dgn nama hotel budget HPA El Zahra.
Peserta Terbaik wanita milik Pn. Pauziah bt Mohd Said. Beliau mengucapkan terima kasih kepada urusetia PBC Nilai. Beliau berazam selepas balik dr PBC ini, beliau akan mengajak ahli keluarga untuk bersama-sama dalam HPA. Katanya ada dikalangan ahli keluarga yg sakit dan penawarnya ada dalam HPA. Dan akan sebarkan juga di kalangan jiran dan rakan. Beliau merupakan Bekas Ketua Jabatan Islam dan Moral (M.P.I.K) Cheras, Kuala Lumpur yang baru sahaja bersara.
Peserta trbaik wanita yang kedua ialah Pn Hamsiah bt Jaafar. Beliau merupakan pengamal produk herba sejak 5 tahun yg lalu tp sayang produk herba tersebut datangnya dari USA dan beliau merasakan sepanjang mengamal produk itu tidak byk perubahan pada diri beliau. Harganya pula jgn ckp la. terlalu mahal. Beliau mengamalkan produk khusus untuk wanita, dengan membelanjakan RM2000 sebulan. Sedangkan harga produk khusus bg set wanita dlm HPA baru berharga lebih kurang RM150 sahaja dan kesannya ketara.
Kejutan pada Urusetia Komiti Nilai....
Saturday, March 21, 2009
PBC Allson Klana Nilai
Pada : 21 - 22 Mac 2009
Bertempat: Allson Klana Nilai.
Alhamdulillah, sekali lagi Komiti Nilai menganjurkan program PBC. Kali ini PBC bertempat di Allson Klana Nilai bukan di De Palma Salak Tinggi.
Pendaftaran berjalan lancar dan program di mulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi Majlis Ust Abd Razak bin Mohamed dan diikuti dengan perasmian program oleh Ust Mohamad Radzi bin Ariffin.
Selepas perasmian, majlis di teruskan dengan Slot yang pertama iaitu Slot Pengenalan Syarikat di sampaikan oleh Ust Abd Razak bin Mohamed.
Selamat Datang kami ucapkan kepada semua peserta PBC pada hari..
Wednesday, March 18, 2009
Program Di Pangsapuri Mawar Sari, Keramat
Kami tiba di sana pada pukul 7.30 mlm. Kami bersolat Maghrib di sana dan dijamu makan malam oleh penganjur. Selesai solat Isya, barulah kami turun ke dewan Blok C.
Slot malam itu di mulakan dengan Slot Halal dan Haram oleh Ust Abdul Razak B Mohamed, Biro Kerohanian dan Kebajikan Komiti Nilai. Para hadirin terpegun melihat paparan dari slide berkenaan Halal Haram.
Slot seterusnya ikuti dengan Slot Pengenalan Syarikat dan Demo berkesan oleh Timbalan Komiti Nilai En Azmely bin Hj Yaakob. Para hadirin terpegun melihat lampu yang di masukkan ke dalam Kopi Radix, Teh Herba dan Air Mineral begitu terang bersinar.
Acara kemuncak adalah mendiagnos tapak tangan oleh PJM Siti Habibah. Ramai yang mengambil bahagian.
Terima kasih kepada pihak Penganjur kerana memberi kepercayaan kepada Komiti Nilai untuk menjayakan Program tersebut.
Friday, March 13, 2009
Kelas Pertama Komiti Putrajaya
Seramai 17 orang yang hadir termasuk 2 orang PJS iaitu PJS Hj Marjuni b Salam dan PJS Hj Zainal b Ahmad.
Majlis di pengerusikan oleh Pengerusi Komiti Nilai Ustaz Mohamad Radzi. Seterusnya Slot Pengenalan Syarikat disampaikan oleh PJS Hj Marjuni b Salam dan Slot Pelan Pemasaran oleh PJS Hj Zainal b Ahmad.
Kelas mingguan bagi Komiti Putrajaya telah di tetapkan pada setiap hari Selasa bermula dari jam 9.30 mlm hingga 11.30 malam.
Tuesday, March 10, 2009
Sekitar Pelancaran dan Perlantikan Jawatankuasa Komiti Bangi.
Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab dan di pengerusikan oleh PJM Rosmandi bin Ishak. Dalam majlis ini PJM Hafidzan bin Fauzi menyampaikan secara ringkas berkenaan Pengenalan Syarikat. Diikuti oleh PJS Aznin bin Ujang menyampai Slot Pelan Pemasaran.
Perlantikan Komiti Bangi:
Pengerusi : Ustaz Fadhil
Timbalan Pengerusi : Ustaz Khairul Anuar
Setiausaha : Ustazah Sharifah
Bendahari : Ustaz Syed Mokhtar
Biro IT : En Suhairi
Biro Jawi : Herbalis Asma'
Biro Kebajikan : Ustaz Idris
AJK : En Shuhaidi
: En Hisham
: Pn Zaiton
: Pn Aju
PJM Hafidzan juga memberi info terkini berkenaan HPA Ilham Holiday yang akan menguruskan pakej Umrah RM6,000.00 dengan nilai mata sebanyak 50NM. Setakat hari ini seramai 60 org telah berdaftar.
Antara info lain adalah berkenaan KONVEK HPA.
Tarikh : 25 Julai 2009
Tempat : Tapak MAHA, Serdang (20,000 penyertaan)
Yuran : RM50.00 (termasuk Buffet mkn tengahari dan dessert aiskrim Toyyibah)
Rombongan Komiti HPA Nilai ke Seminar MLM Syariah dan Pelancaran Aiskrim Toyyibah
Pelancaran dan program pelantikan Komiti HPA Cawangan Bangi.
Sekitar Seminar dan sesi membeli aiskrim Toyyibah..







Pelancaran MLMS HPA - 09 Mac 2009
Objektif seminar adalah untuk memberi kefahaman kepada seminar mengenai sistem MLM SYARIAH HPA INDUSTRIES SDN BHD.
Aturcara Seminar.
8.00 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Bacaan Al Quran
9.15 pagi : Selawat Nabi
9.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
9.40 pagi : Ucapan Pengarah Urusan HPA
10.00 pagi : Majlis Memperkenalkan Ahli Lembaga Panel Syariah HPA oleh pengerusi majlis
10.45 pagi : Sesi pembentangan pertama oleh Tn Hj Muhammad Hassan Zaid B. Ramli
(Perbandingan Diantara Sistem MLM,Piramid dan Binary)
11.45 pagi : Sesi pembentangan kedua oleh Prof. Madya Dr. Ishak Sulaiman
(Pembentangan Buku MLM Syariah HPA)
12.45 tghari : Rehat dan Solat
2.30 petang : Sesi Soal Jawap antara peserta seminar dengan Ahli Lembaga Panel Syariah HPA
3.30 petang : Majlis Pengistiharan dan Deklarasi Multi Level Syariah HPA oleh Pengerusi Panel
Syariah HPA Ustaz Ahmad B Ali
3.40 petang : Majlis Perasmian Produk Aiskrim "TAIYIBAH" HPA oleh Pengarah Urusan.
4.00 petang : Bacaan Doa Penutup Majlis.
Bayaran yuran masuk sebanyak RM15.00. Setiap peserta seminar yang hadir di bekalkan dengan buku MLM Syariah HPA Industries Sdn Bhd dan merasa kelazatan aiskrim Taiyibah.
Pembentukan Komiti HPA Putrajaya.
Komiti telah dibentuk pada 03 March 2009 yang lalu.Bertempat di Komuniti Kejiranan Persint 16, Putrajaya. Pada pukul 9.00 malam.Komiti Nilai diberi kepercayaan untuk membimbing Komiti Putrajaya menjalankan kelas mingguan yang akan diadakan pada setiap minggu.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan majlis taaruf. Di susuli dengan kata-kata aluan dari En. Muin b Yahya selaku penyelaras program. Majlis di pengerusikan oleh Pengerusi Komiti Nilai Ust. Mohamad Radzi b Ariffin.
Komiti Nilai diwakili oleh Ustaz Mohamad Radzi b Ariffin,Pn Nor Raidah bt Mansor, Ustaz Abd Razak b Mohamed.