Hari Isnin yang lalu, Komiti Nilai dijemput oleh salah seorang peserta PBC De Palma Ampang 28/2 - 01/03/09 En Hazuan bin Zulkifli ke kediaman beliau di Pangsapuri Mawar Sari, Keramat bersama-sama PJM Siti Habibah utk menggempur di sana.
Kami tiba di sana pada pukul 7.30 mlm. Kami bersolat Maghrib di sana dan dijamu makan malam oleh penganjur. Selesai solat Isya, barulah kami turun ke dewan Blok C.
Slot malam itu di mulakan dengan Slot Halal dan Haram oleh Ust Abdul Razak B Mohamed, Biro Kerohanian dan Kebajikan Komiti Nilai. Para hadirin terpegun melihat paparan dari slide berkenaan Halal Haram.
Slot seterusnya ikuti dengan Slot Pengenalan Syarikat dan Demo berkesan oleh Timbalan Komiti Nilai En Azmely bin Hj Yaakob. Para hadirin terpegun melihat lampu yang di masukkan ke dalam Kopi Radix, Teh Herba dan Air Mineral begitu terang bersinar.
Acara kemuncak adalah mendiagnos tapak tangan oleh PJM Siti Habibah. Ramai yang mengambil bahagian.
Terima kasih kepada pihak Penganjur kerana memberi kepercayaan kepada Komiti Nilai untuk menjayakan Program tersebut.
No comments:
Post a Comment