Friday, November 20, 2009

RENUNGAN JUMAAT : Antara Sebab lidah Kelu Semasa Hampir Ajal






Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak
dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
"HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRIKETIKA AZAN,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri,
mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapayang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "لا إله إلا الله" yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.
 "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian
kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah " لا إله إلا الله " semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails