Friday, December 18, 2009

Majlis Penutupan Kursus Herbalis Muda kali Ke-2




Tarikh 11 Disember 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1430H menjadi tarikh yang amat bermakna buat kesemua 23 graduan Herbalis Muda yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka selama 11 hari.

Graduan Herbalis Muda kali Ke-2 ini mendapat pujian daripada fasilitator kerana memiliki pengetahuan yang baik tentang HPA dan dunia herba serta dapat menjalani pengajian dengan baik sepanjang tempoh tersebut. Kesemuanya mendapat markah yang tinggi dalam ujian yang dijalankan, bahkan ada peserta yang mendapat markah penuh untuk ujian tersebut.

Majlis tersebut yang dijalankan di dalam dewan Cawangan HPA Sg. Petani,Kedah bermula kira-kira pada jam 3.00 petang. Selaku Rektor Herbalis Muda, Tn. Hj. Ismail bin Ahmad turut hadir untuk menyampaikan sijil kepada graduan bersama-sama dengan tenaga pengajar yang lain. Ibu bapa graduan turut diberikan sijil penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana memberikan kepercayaan kepada pihak urus setia Herbalis Muda HPA.

Kesemua graduan Herbalis Muda Ke-2 ini diharapkan dapat memanfaatkan ilmu yang mereka timba sebaiknya dalam kehidupan mereka. Semoga ilmu perubatan thibbun nabawi serta ilmu-ilmu dan kemahiran yang lain seperti berkayak dan memanah dapat menjadi bekalan kepada mereka untuk menjadi pelapis kepada tampuk kepimpimpinan ibu bapa mereka dalam HPA pada masa akan datang.




Tahniah diucapkan kepada graduan Muhd Syakir, anak kepada AJK Biro Kerohanian Komiti HPA Nilai, Ustazah Aminah Sahji kerana diberikan kepercayaan untuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran bagi memulakan majlis.




Tahniah juga diucapkan kepada kumpulan Aisyah Umairakh kerana berjaya menjadi kumpulan terbaik keseluruhan sepanjang kursus terbaik yang juga terdiri daripada anak-anak AJK Komiti HPA Nilai.



Para graduan bergambar dengan ibu bapa mereka dan Rektor Herbalis Muda, Tn. Hj. Ismail Ahmad sebagai tanda kenangan. Dari kanan; Tn. Hj. Ismail Ahmad, Naib Pengerusi 2 Komiti HPA Nilai,Ustaz Abd Razak Mohamed, PJS Baharudin Jantan, para graduan, Ustazah Aminah Sahji dan PJS Siti Habibah Yusof.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails