Tuesday, June 2, 2009

Pelancaran produk baru HPA, lampin bayi pakai buang 'BabyKu'..

Pada 2.30 petang 1 Jun 2009, hampir 1000 orang pekerja HPA berkumpul di Bukit Emas, Pauh, Perlis sempena Perjumpaan Staff HPA dengan Pengarah Urusan I, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Pada hari tersebut turut menyaksikan pelantikan 2 orang AGM baru iaitu
1. Ustaz Ahmad Adnan Fadzil (Bahagian Pentadbiran)
2. Muhammad Hafiz Ismail (Bahagian IT dan Multimedia)
Tahniah juga diucapkan kepada 10 orang pekerja terbaik HPA yang akan dipilih untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadhan nanti..
Menurut berita terkini yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, RFC akan dibuka di:
1. Mydin Melaka.
2. Kluang, Johor.

3. Kubang Kerian, Kelantan.
4. Bangi, Selangor.
RCH Cawangan Kangar telah dibuka pada 1 Jun 2009, jam 9.00malam oleh Yb. Hashim Jasin. Turut hadir Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, GM, AGM Pengurus, Staf HPA, PJS, Leader HPA serta ahli HPA. Dianggarkan lebih 500 orang. Turut serta rombongan pelawat dari Dungun, Terengganu dan Medan, Indonesia.




Produk Terbaru : Lampin Bayi Pakai Buang 'BabyKu'. Produk ini dilancarkan bersama perasmian RCH ke-2 Cawangan Kangar,Perlis.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails