Wednesday, June 17, 2009

Kelas Refleksiologi

Kelas ini telah mendapat sambutan lebih kurang 21 org rakan kongsi yang berminat dalam perawatan. Alhamdullillah ini adalah kali pertama Komiti Nilai membuat kelas ilmu pada sebelah malam.
Sebelum kelas bermula semua dijamu dengan sedikit jamuan bersempena ulang tahun kelahiran PJS Baharuddin dan anak bongsunya Haikal yang sama tarikh. Semoga mereka dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan tergolong dalam mereka yang dikasihi Allah.
Kelas dipengerusikan oleh Ust Radzi dan kelas ini telah dikendalikan oleh Herbalis Azmely dan dibantu oleh Herbalis Aiju dan PJS Herbalis Baharuddin.
Melihat dari respon peserta program ini berjaya kerana mereka leka mempraktikkan apa yang telah dipelajari tadi sehinggakan tidak menyedari jam telah menunjukkan jam 11.45mlm. program sepatutnya tamat jam 11 mlm. Insyaallah siri kedua akan diadakan pada 21 julai 2009.
19hb Jun ini komiti akan menganjurkan kelas Herbalogi dengan bayaran RM15 termasuk fail kursus. Semua dijemput hadir untuk kita sama-sama memantapkan lagi skill perawatan kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails