Wednesday, February 10, 2010

Mesyuarat PJS Zon Selatan bersama GM En. Faisol

Pada 8 Februari 2010 yang lalu bersamaan dengan hari Isnin, mesyuarat PJS Zon Selatan bersama dengan General Manager (G.M) HPA, En. Faisol Abd Rahman telah diadakan. Mesyuarat yang bermula dari jam 9.00-11.00 malam itu telah diadakan di Dewan Permata 1 dan 2, Hotel Puteri Pan Pasific, Jalan Abdullah Ibrahim, Johor Bahru.




Bendahari Komiti HPA Nilai, Pn. Robiah Awang Chek (berjubah biru) dipanggil ke hadapan dan diumumkan oleh En.Faisol Abd Rahman sebagai salah seorang pengedar yang telah berjaya mencapai sasaran Insentif Ta'awun 2010 iaitu pakej pelancongan ke China. Tahniah!

En. Faisol memberi penekanan terperinci tentang Insentif Ta'awun 2010. Beliau juga menyatakan bahawa wajib bagi PJS mengempen Penapis Air Dew secara habis-habisan.
Antara PJS dan AJK komiti kawasan masing-masing yang turut hadir.
Selepas mesyuarat, Komiti HPA Nilai sempat singgah di Danga Bay yang merupakan salah satu tempat peranginan yang terkenal di Johor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails