Wednesday, February 17, 2010

Program GEN2 Kali ke-2

Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) telah mengadakan GEN2 kali ke-2 di Masjid Al-Ghuffran, TTDI, Damansara pada hari Isnin, 15 Februari 2010 yang lalu. Walaupun dalam musim perayaan tahun baru cina, kehadiran peserta amat memberangsangkan. Peserta mendapat suntikan semangat daripada penceramah-penceramah yang hebat seperti GM En. Faisol Abd Rahman, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, PJS Khalid Iskri, PJS Hj. Ramly dan Presiden KPA sendiri iaitu PJS Hafidzan Fauzi.Tahniah kepada Pengarah Program GEN2 iaitu Ketua Unit Latihan KPA, PJS Rosmandi Ishak kerana telah mengendalikan program GEN2 dengan jayanya.

PJS Khalid Iskri yang merupakan orang lama dalam HPA dan berpengalaman luas dalam MLM berkongsi ilmu beliau tentang cara-cara membuat penajaan yang berkesan.

Sekali lagi Komiti Nilai diberi kepercayaan oleh KPA untuk membantu menjayakan GEN2 kali ke-2 yang mana Pengerusi Komiti Nilai, En. Azmely Hj Yaakob dan Penolong Pengerusi Komiti Nilai, Ustaz Abd Razak Mohamed turut terlibat.


En. Faisol memberikan taklimat dalam slot 'Bagaimana Ingin Menjadi Pemimpin Yang Hebat'.

Antara peserta GEN2 yang hadir.

Pembentangan dalam program GEN2 yang dimenangi oleh kumpulan terbaik, Moment.

Peserta GEN2 turut berikrar untuk meneruskan perjuangan bersama HPA.

Bendahari Komiti Nilai, Pn. Robiah Awang Chek diberi cenderahati yang disampaikan oleh En. Faisol kerana berjaya mencapai sasaran Insentif Ta'awun 2010 iaitu Pakej Percutian ke China.

Bekas peserta PBC Nilai, Siti Aishah Sheikh Abdullah turut menerima cenderahati kerana mendapat Pakej Percutian ke Makasar dalam Insentif Ta'awun 2010.

Komiti Nilai yang turut hadir dalam program GEN2 kali ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails