Monday, June 1, 2009

Warna-Warni Majlis Konvokesyen Graduan Herbalis Ke-16

Tarikh 31 Mei 2009 merakamkan saat-saat indah Majlis Konvokesyen Graduan Herbalis ke-16 yang disambut di dalam Dewan Omar Mukhtar (ruang atas RFC Sungai Petani, Kedah). Majlis Konvokesyen kali ini berlangsung kira-kira pada jam 2.00 petang. Para graduan herbalis kali ini turut terdiri daripada Imam Besar Masjid Samarinda, Kalimantan, al-hafiz, ustaz ustazah dan juga doktor.
Rektor Kolej Perubatan Jawi, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad amat tersentuh dengan ucapan yang disampaikan oleh wakil Graduan Herbalis lelaki iaitu Ustaz Irham Backtyar sehinggakan beliau menitiskan air mata. Ustaz Irham begitu terharu dengan perjuangan HPA dan menyeru para hadirin agar terus bersama-sama HPA dalam memperjuangkan produk halal dan perubatan Islam, Thibbun Nabawi. Suasana begitu hening sehinggakan ramai hadirin menitiskan air mata.
Menurut Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd., Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, pengajian Herbalis yang ke-16 ini adalah yang terbaik pengisiannya. Dalam pengajian herbalis kali ini, terdapat juga slot khas hadith bersanad yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli dari Darul Ulum, Kuala Lumpur.




AGM Zon Tengah, Pn. Nor Siti Haziana binti Mat Hashim, PJS Siti Habibah, Ustazah Mariam Ahmad (isteri kepada AGM Ustaz Ahmad Adnan Fadzil) dan PJS Jamaliah turut hadir dalam majlis konvokesyen pada kali ini.


Graduan herbalis wanita sedang menunggu giliran untuk menerima Sijil Herbalis daripada Rektor Kolej Perubatan Jawi, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.


Tahniah...PJS Baharudin bin Jantan selaku juruaudit dalaman Komiti Nilai sedang menerima sijilnya.



Penolong Pengerusi Komiti Nilai, En. Azmely bin Yaakob sedang menerima Sijil Herbalis. TAHNIAH!!!

Penolong Bendahari Komiti Nilai, Pn. Aiju binti Adam sedang menerima sijilnya. TAHNIAH!!!



Penaung Komiti Nilai, Pn. Siti Habibah binti Yusof dan keluarga bergambar bersama-sama dengan Rektor Kolej Perubatan Jawi dan graduan-graduan Herbalis.



Pn. Aiju bergambar kenangan bersama Dr. Yun Indrani dari Medan.



Graduan Herbalis Komiti Nilai bergambar bersama dengan salah seorang tenaga pengajar, Dr. Zaidul Akbar.



Tahniah kepada 3 orang Graduan Herbalis dari Komiti Nilai!
Semoga mereka dapat mencurahkan ilmu yang dipelajari di kelas mingguan.


Inilah barisan tenaga pengajar yang bergambar bersama dengan Rektor Kolej Perubatan Jawi.



Begitu bergaya dan meriahnya para Graduan Herbalis ke-16 bergambar kenangan.
Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd., Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang juga merupakan Rektor Kolej Perubatan Jawi tersenyum puas setelah tamatnya pengajian Herbalis ke-16.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails