Saturday, July 18, 2009

Corat Coret Komiti Nilai

Komiti Nilai semakin bernilai. Tak percaya??? Jom baca aktiviti Komiti Nilai sepanjang bulan Julai 2009.

9 - 12 Julai 2009.

Pada tarikh ini, sebahagian Ajk Komiti Nilai yang terdiri daripada PJM Siti Habibah, Sdr Azmely, Pn Robiah, Pn Aiju, Pn Zabidah dan Sdri Haryani telah berkampung di Kuarters KLIA Nilai sempena Majlis Ijtimak (Perhimpunan Tabliq Sedunia). Kami membuat promosi produk HPA dengan tujuan untuk memperkenalkan produk Halal. Alhamdulillah, produk HPA mendapat sambutan baik dari peserta program Ijtimak.

Nilai di banjiri dengan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Subhanallah, suasana di sana boleh digambarkan seperti berada di Tanah Suci Mekah. Ribuan umat Islam berkumpul disana, walaupun berbeza dari segi paras rupa warna kulit juga berlainan bangsa namun pegangan tetap sama dan satu iaitu ISLAM.

14 - 16 Julai 2009.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan 'Halal Food Seminar'(HAFOS 2009) dengan tema 'Malaysia as a Halal Food Hub- Are we on track???'. Adakah benar Malaysia sebagai Hub Halal? Dengan statistik 80% penghasilan pemakanan umat Islam hari ini merupakan bangsa lain yang bukan beragama Islam?

Dengan itu, kami telah terpanggil untuk membuka booth dengan tujuan mempromosikan HPA sebagai satu alternatif kepada umat Islam hari ini. Selain mempromosikan produk HPA, kami juga mempromosikan Nasi Ayam Panggang Organik, Ayam Panggang Organik, Roti Jala - Kari Ayam Organik, Air berkarbonat HPA dan Kordial Mangga 'Ori' dan Kordial Jambu Batu Merah 'Ori'. Sedappppppp.....

Alhamdulillah, sambutan oleh para pelajar dan juga peserta seminar amat menggalakkan. Gerai kami menjadi tumpuan sampai tak menang tangan kami di buatnya. Walau amat letih dan kurang tidur bagi menyediakan bahan-bahan, namun kami tetap bersemangat dan sangat berpuas hati juga terharu dengan sambutan yang kami terima.

18 - 19 Julai 2009.

Pada hari ini, telah berlangsung Program Perkongsian Bijak Cemerlang di Desa Inn, Kuala Pilah.
Program telah dirasmikan oleh Pengarah Program iaitu PJM Siti Habibah bt Yusuf.

Antara penceramah :

Pengenalan Syarikat - PJS Rogayah bt Mohd Zin
Isu Halal Haram - PJ Abd Razak bin Mohamed
Pelan Pemasaran - PJM Siti Habibah bt Yusuf
6M - PJ Azmely bin Yaakob
Produk Knowledge - PJ Mohamad Radzi bin Arifin
Perubatan Jawi - PJ Azmely bin Yaakob
Demo Memukau - PJ Azmely bin Yaakob
Diagnos Tapak Tgn - PJM Siti Habibah bt Yusuf


25 Julai 2009.

Tarikh keramat yang di tunggu-tunggu oleh semua pengedar HPA - 25 Julai 2009, merupakan Hari Raya HPA dimana akan berlangsungnya KONVEK 2009. Seluruh Warga HPA di Malaysia akan berkumpul bagi meraikan kejayaan Para Pengedar HPA yang setia.

Tempat: Tapak MAEPS, Serdang.
Masa : 8 pagi (pendaftaran masuk)
Tarikh : 25 Julai 2009.

Komiti Nilai ada menyediakan pengangkutan ke KONVEK. Kepada pengedar yang berada di sekitar Nilai dan yg berhampiran bolehlah menaiki bas yang di sediakan. Ini merupakan satu alternatif kepada para pengedarbg mengelakkan kesesakan dan juga ketiadaan parking di sana.
Sedikit bayaran di kenakan.

Bayaran tambang: RM 15.00 seorang
Tempat berkumpul: Cawangan HPA Nilai.
Masa : 7 pagi.
Kekosongan tempat: 18

Untuk tempahan boleh hubungi Pengerusi Komiti Nilai - Ustaz Radzi 0136697491. Jom beramai-ramai ke KONVEK.


26 Julai 2009.

Selepas meraikan KONVEK 2009. Kami Komiti Nilai telah di jemput secara rasmi oleh Pn Hamsiah bt Jaafar untuk bersama-sama meraikan perasmian Pusat Jualan Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor. Majlis akan dirasmikan oleh GM Al Wahida Marketing En Faisol b Abd Rahman. PJS-PJS Lembah Kelang turut di undang.

Tarikh: 26 Julai 2009
Tempat: Pusat Jualan taman Permata, Hulu Kelang Selangor.
Masa: 10 pg - 12 tghari.


27 - 31 Julai 2009.

Pengalaman membuka gerai di HAFOS 2009 anjuran USIM amat berharga dan bermakna bagi kami. Sekali lagi kami akan membuka gerai di Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia atas jemputan mereka. Pada kali ini, kami akan berkampung di Stadium Tertutup Nilai selama 5 hari.

Antara Komiti yang terlibat ialah Pn Siti Habibah dan suami, Sdr Azmely, Sdri Haryani, Pn Roslah dan Pn Rubiah.

Tarikh: 27 - 31 Julai 2009
Tempat: Stadium Tertutup Nilai.
Masa: 10 pg hingga 8 mlm.

Menu:
- Nasi Ayam Panggang Organik RM5.00
- Ayam Panggang Organik (Besar) RM3.00
- Ayam Panggang Organik ( Kecil) RM2.50
- Roti Jala - Kari Ayam Organik (5 kpg) RM2.00
- Kordial HPA (1 cwn) RM1.00
- Air Karbonat (1 cwn) RM1.00
- Air Kopi Radix Panas RM1.50
- Air Kopi Radix Ais RM2.00
- Air Koko Radix Panas RM2.00
- Air Koko Radix Ais RM2.50

Warga Nilai dan yang sewaktu dengannya, sila datang ke gerai kita di Stadium Tertutup Nilai.
Jom beramai-ramai rasa keenakan Nasi Ayam Panggang Organik dan Ayam Panggang Organik kami.

Kalo tak percaya, rasa dulu baru tau.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails