Sunday, February 14, 2010

Mesyuarat KPA bersama P.U 2 En. Fisal Ahmad Tajuddin

Mesyuarat Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) bersama Pengarah Urusan (P.U) 2, Tn. Hj. Fisal Tajudin telah diadakan pada hari hari Jumaat yang lalu (12 Februari 2010). Mesyuarat ini juga turut disertai oleh Pengurus Zon Tengah, Pn. Siti Hazliana. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk merealisasikan matlamat mencapai RM 7 juta bagi zon tengah sebelum bulan September.

Setipa zon akan diketuai oleh GM sendiri sebagai 'ayah angkat'.
Zon Tengah - GM Tn. Hj. Fisal Ahmad Tajuddin
Zon Utara - GM Pn. Rashidah Abd. Rahim
Zon Selatan - GM En. Abd Ghani
HPA Indonesia pula akan dipantau sendiri oleh GM En. Faisol Abd Rahman

Pn. Siti Hazliana sedang memberikan taklimat meningkatkan jualan bagi zon tengah.
Pn. Siti Hazliana juga meuar-uarkan bahawa setiap pembelian 2 dozen air berkarbonat saiz besar dalam satu invois akan mendapat satu tiket Konsert Raihan. Pengedar boleh menuntut tiket berkenaan di mana-mana cawangan. Promosi bermula pada 15 Januari yang lalu dan berakhir sehingga 28 Februari 2010.
Konset Raihan ini dijangka akan diadakan pada musim cuti sekolah pertengahan semester I nanti. Maklumat yang selanjutnya akan diberitahu kemudian.

Bersama Presiden KPA, PJS Hafidzan Fauzi.

Antara PJS yang hadir.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails