Sunday, February 8, 2009

Kursus Belajar Membina Laman Web dan Blog

Kursus IT anjuran KPA yang pertama telah diadakan di HPA cawangan Nilai pada 6hb Februari. Ketua IT dari KPA, PJS Tn. Hj Ramly bin Ahmad telah turun sebagai penceramah. Kursus kali ini hanya disertai oleh 8 orang sahaja daripada unit IT komiti Nilai, Shah Alam, Seremban dan unit perubatan KPA.
Tujuan diadakan kursus seumpama ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan idea dalam pembinaan laman web dan blog, agar blog dan laman web bagi setiap komiti dapat digunakan secara maksima dan manfaat pada individu yang melayarinya.

Para peserta sedang khusyuk mendengar taklimat daripada penceramah IT dari KPA, Tn. Hj. Ramli.

Peserta terus melakukan praktikal amali dalam kursus IT pertama ini....


Timbalan KPA PJS Rosmandi, bendahari KPA PJS Siti Habibah berbincang bersama Timbalan Pengerusi Komiti HPA Nilai berkenaan kelebihan dan manfaat kursus IT ini kepada komiti-komiti lain.

Peserta-peserta meneruskan latihan membuat laman web yang diberi oleh penceramah.

Peserta dari unit perubatan KPA, herbalis Musaddiq Jumani dan herbalis Sobri tidak ketinggalan menyertai kursus ini...


Peserta-peserta bergambar bersama penceramah di akhir sesi kursus.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails