Sunday, February 8, 2009

Perjumpaan Ramah Mesra Pemimpin KPA bersama PJS, Pengerusi dan Setiausaha Komiti Zon Tengah dan Zon Selatan

Perjumpaan ini diadakan pada 5hb Februari bertempat di Cawangan HPA Nilai. Majlis ini bermula dengan solat magrib berjamaah, bacaan surah yassin dan seterusnya taklimat dari pemimpin KPA. Majlis ini adalah julung-julung kali diadakan bertujuan untuk memberi info-info terkini, berkenal-kenalan antara para PJS dengan komiti-komiti yang berada di Zon Tengah dan Zon Selatan.

Majlis ini dimulai dengan solat magrib berjamaah di imamkan oleh ahli panel syariah HPA, Dr.Ishak Sulaiman dan bacaan yassin dipimpin oleh Ustaz Mohamad Radzi Ariffin. Pertemuan yang pertama kali ini telah dihadiri oleh lebih daripada 70 orang, antaranya PJS-PJS,wakil komiti-komiti serta wakil dari HPA Industries sendiri.




Bacaan surah dan doa Yassin selepas solat maghrib berjamaah



Pengerusi KPA bersama PJS Lumut,Perak serta wakil komiti sedang menjamu selera.



Pengerusi KPA, PJS Hafidzan Fauzi memberi ucap utama dan memberitahu bahawa majlis seumpama ini akan diadakan 3 bulan sekali. Diantara maklumat terkini yang disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj Ismail bahawa jualan syarikat kini telah meningkat sebanyak RM 1 juta kepada RM12.8 juta. Sekiranya peningkatan ini berterusan target untuk mendapatkan jualan RM15 juta dalam sebulan akan tercapai dan kemungkinan besar Konvek 2009 akan diadakan di tapak MAHA, Serdang pada Julai 2009.

PJS-PJS lelaki yang hadir


PJS-PJS wanita dan wakil komiti sedang khusyuk mendengar taklimat dari Pengerusi KPA.



AGM Siti Hazliana sedang memberi ucapan


Pengurus HPA Zon Selatan, Pn. Zaimah sedang memberi taklimat berkenaan tentang perkembangan HPA terkini di kawasan Zon Selatan.





Usia tidak menghalang PJS Zabedah dari Teluk Intan datang menghadiri Majlis Ramah Mesra di HPA cawangan Nilai.




Sumbangan Derma Tabung Gaza disampaikan oleh Ustaz Hadi dari Seremban kepada Pengerusi KPA berjumlah RM 2000.


Sebahagian Ajk Komiti HPA Nilai yang bertungkus lumus di belakang tabir majlis pada malam ini bergambar bersama PJM Siti Habibah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails