Saturday, January 17, 2009

Kata Aluan daripada Penaung Komiti HPA Nilai.





Alhamdulillah..


Bersyukur kita pada Alah SWT genap 1 tahun Komiti Nilai ditubuhkan. Berbagai program kita adakan di cawangan Nilai dan PBC. Kita pernah adakan program Pra Convek juga program Jihad Ekonomi. Kita menjemput khas pakar motivasi terkenal Yang Berbahagia Ust Zulramly Hj Razali dan Ustaz Rujhan Hj Razali.


Alhamdulillah program berjalan lancar dengan jayanya. Tujuan Program kami adakan untuk para pengedar memahami lebih dekat apa visi dan misi HPA dan kami juga sentiasa mengadakan program rawatan di cawangan HPA Nilai.


Perawat sebenarnya bukan bergantung pada sijil pengiktirafan dan juga mempunyai bilik yang canggih untuk membuat rawatan. Tetapi perawat sebenarnya dapat merawat "HATI" pesakit. Dalam melaksanakan perubatan mesti ditanamkan secara mendalam sebuah keyakinan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W "ALLAH lah menurunkan penyakit dan ubatnya" .


Ribuan terima kasih dan tahniah kepada AJK Komiti Nilai yg bertungkus lumus untuk menjayakan sesuatu program. Semoga usaha kita yang kerdil ini diterima sebagai amal soleh oleh Allah.


Akhir kata marilah sama-sama kita renungi kata-kata hikmah ini yang dipetik dari buku Inilah Jalan Kami (Tn Hj Ismail bin hj Ahmad) "Sekiranya kita redha dengan ketentuan Allah, maka kita sedang berpaut pada dahan yang kukuh. Sekiranya ada keikhlasan di hati, maka kita berada di jalan perjuangan. Sekiranya semua itu tiada, maka kita umpama puing-puing hanyut ditengah samudera yang gelap gelita".. Fikir-fikirkanlah.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails