Wednesday, January 28, 2009

PBC Hotel De Palma, 24 - 25 Januari 2009











Pendaftaran bermula..Komiti HPA Nilai mendapat kepercayaan tribunal HPA untuk membantu melancarkan program PBC anjuran KPA. Peserta keseluruhan seramai 96 orang.








Cenderahati buku dari Komiti Nilai diberikan tanda terima kasih kerana Pengarah Urusan dapat hadir pada PBC kali ini.








Pengarah Urusan memberikan suntikan semangat kepada peserta PBC De Palma Hotel.




Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. program yang dikelolakan oleh Pengarah Program, Siti Habibah Yusof anjuran KPA telah berjalan dengan lancar. Gabungan mantap KPA dan KPU menjadikan PBC kali ini begitu cemerlang sehinggakan ada di antara peserta PBC meminta agar program kali ini dilanjutkan hingga ke malam.
Hotel De Palma dibanjiri oleh warga pengedar HPA. Ini merupakan satu fenomena baru yang memperlihatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan menggunakan produk halal. Produk HPA adalah dilihat sebagai alternatif bagi menggantikan produk yang menyumbang kepada Israel Laknatullah.


















Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Asri bin Ali kerana mengetuai bacaan Al-Ma'thurat. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar bin Abu Othman kerana telah menyampaikan kuliah subuh.







Antara peminat Tuan Syed Ageel...








Semangat Jihad....di hadiri juga Dr. Syed Mohammad Halim.Beliau merupakan adik kepada PJS Syed Ageel dan beliau sedang menunggu panggilan dari MERCY Malaysia ke Palestin.

Salah seorang peserta PBC Dr.Nurul Hisyam berkongsi pengalamannya mengenai pembuatan makanan ayam sewaktu beliau bertugas di syarikat Gold Coin. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pada laman web KPA (kpa2u.wordpress.com) mengenai "Cerita Babi".















Pengarah Program, PJM Siti Habibah Yusof tersenyum puas kerana program berjalan dengan lancar.

Antara PJS yang hadir dan menjayakan program, Presiden KPA, PJS Hafidzan Fauzi,
Penolong Presiden KPA, PJS Rosmandi Ishak, PJS Hj Ramly, PJS Jamaluddin Yeop Majlis,
PJS Radiyati Abd Rahman, PJS Syed Ageel, PJS Syed Salehudin dan juga Pengerusi Komiti Nilai, Ustaz Radzi Ariffin serta Penolong Pengerusi Komiti Nilai, Sdr. Azmely Yaakob.







PJS Rosmandi Ishak dan PJS Syed Ageel begitu tekun membuat persediaan untuk menyampaikan slot masing-masing.







Penceramah bergambar dengan Pengarah Urusan dan isteri.









Antara peserta yang hadir pada kali ini terdiri daripada para alim u'lama dan saudara baru yang mana datangnya dari Madrasah Ad-Dinnial, Seri Petaling dan Ma'ahad Tahfiz Syed Salahudin, Hulu Langat, Selangor.

Peserta PBC kali ini amat bertuah kerana dapat bersama dengan Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad. Kehadiran beliau telah memberi suntikan semangat kepada peserta tentang isu halal haram dan kekejaman Israel terhadap saudara kita di Palestin. Beliau juga memberi info terkini mengenai penambahan pembukaan RFC. InsyaAllah, RFC di Bangi akan dirasmikan pada awal bulan April. Impian Pengarah Urusan juga adalah ingin membuka Pasar raya besar bersebelahan dengan TESCO. Perkhabaran gembira ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada peserta PBC diiringi dengan laungan Takbir..AllahuAkbar!


















Urusetia PBC dari komiti HPA Nilai bergambar bersama Pengarah Urusan De Palma Hotel, Datuk Mohd Ilyas Zainol Abidin. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Perhotelan Malaysia.


Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails