Sunday, January 18, 2009

PBC Nilai 17- 18 Jan 2009

Program Perkongsian Bijak Cemerlang di Allson Klana Nilai pada 17 - 18 Jan 2009.



PBC Nilai kali ini disertai oleh para ilmuan yang terdiri daripada Ustaz dan juga Imam. Mereka bersama- sama terlibat dalam menjayakan slot antaranya adalah Qiamullail, Kuliah Subuh dan juga memimpin bacaan Al Mathurat.


Mereka adalah Ustaz Azhar Bin Sunar merupakan Khatib dan Imam Masjid Kolej Mara Banting, Ustaz Suhaimi bin Nesman merupakan Guru Agama di Sekolah Agama Integrasi Salak Tinggi dan Ustaz Ahmad Sofi bin Abdullah merupakan Pensyarah di Kolej Mara Seremban. Mereka merupakan lulusan BA Syariah dari University Al Azhar Mesir dan BA Syariah dari Universiti Antarabangsa Khortum, Sudan.

Selain para ilmuan, program PBC ini juga dihadiri oleh suami isteri yang merupakan doktor perubatan iaitu Dr Mohd Imaduddin Bin Zainal Abidin dan isteri Dr Jazilah Lubis bte Muhyiddin.

Peserta berasa amat berpuashati dengan kelancaran dan keberkesanan perjalanan program Perkongsian Bijak Cemerlang di Allson Klana Nilai.


Program PBC dipengerusikan oleh Ustaz Abd Razak Bin Mohamed ( Biro Kerohanian Komiti Nilai)

Antara Penceramah yang menjaya program pada kali ini terdiri daripada:

1) PJM Rosmandi Bin Ishak - Perasmian Program dan Slot Pengenalan Syarikat.
2) PJM Siti Habibah Bte Yusof - Slot Produk Knowledge dan Diagnos Tapak Tangan.
3) PJE Hj Zainal Bin Ahmad - Slot Plan Pemasaran dan 5 Angka.
4) PJ Siti Rohana Bte Ismail(Bekas Leader Zhulian) - Slot Gerak Kerja 6M
5) Pengerusi Komiti Nilai PJ Ust. Hj.M. Radzi Bin Hj Ariffin - Slot Senaman Pernafasan dan Kiropraktik juga Majlis Penutup.
6)Timbalan Pengerusi Komiti Nilai PL Azmely Bin Hj Yaakob - Slot Halal Haram dan Demo Memukau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails