Friday, January 16, 2009

Kata Aluan daripada Timbalan Pengerusi Komiti HPA Nilai.


Bismillahirrahmannirrahim

Segala puji milik Allah SWT, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga juga para Sahabat Baginda.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Penaung Komiti HPA Nilai, PJM Pn Siti Habibah Yusof, Pengerusi Komiti HPA Nilai Ust Mohamad Radzi Hj Ariffin dan semua Komiti HPA Nilai yang banyak memberi peluang kepada saya dan seterusnya memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengerusi Komiti HPA Nilai.

Sebagai orang baru dlm dunia MLMS HPA ini, saya amat bersyukur kerana dengan sokongan dan dorongan semua pihak, saya telah menemui jalan perjuangan yang selama ini dicari seterusnya kesihatan yang dulunya tidak sempurna kini bertambah baik.


Saya berharap semoga kita sebagai pengedar HPA akan terus menyokong perjuangan ini bagi memartabatkan juga meningkatkan ekonomi umat Islam. Kita harus menjadikan produk halal HPA sebagai pilihan utama kerana inilah perjuangan yang perlu diberi sokongan dan dokongan yang kuat. Umat Islam lemah jika mereka bekerja secara bersendirian. Tetapi jika kita saling bantu membantu dan dokong mendokongi antara satu sama lain, mereka akan kuat.

Rasulullah saw bersabda : " Pertolongan Allah itu ada bersama jemaah (amal yang dilakukan secara bersama)" (al-hadis)

Siru 'alabarakatillah (teruskan perjalanan dengan berkat Allah)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails