Thursday, January 22, 2009

Kelas Mingguan Cawangan Nilai 21 Jan 2009

Rabu, 21 Januari 2009.

Kelas Mingguan Cawangan Nilai, Negeri Sembilan.

Alhamdulillah.. Syukur Ke Hadrat Ilahi kerana pada malam ini, kelas mingguan di hadiri oleh ramai bekas peserta PBC Nilai yang baru berlalu. Kehadiran yang direkodkan adalah seramai 35 orang.

Ini menunjukkan keberkesanan dalam gerak kerja 6M yang kedua, iaitu menghadiri meeting mingguan.

Antara bekas PBC yang hadir pada malam ini adalah Pn Siti Rahmah Bte Abd Manaf. Beliau merupakan seorang Jururawat di Hospital Serdang dan tampil berkongsi pengalaman dalam PBC yang mana pada hari kursus tersebut beliau terpaksa bertugas shift malam. Komiti terpaksa melepaskan beliau kembali bertugas.

Menurut beliau pada malam itu adalah pertama kalinya beliau mencuba KOPI RADIX. Hasil pengambilan 2 sachet beliau merasakan kembali segar dan penuh bersemangat kembali hadir pada hari kedua kursus.

Dengan penuh terharu beliau menceritakan bahawa sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan semasa pulang dari kerja shift malam kerana mengantuk.Beliau mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa bercuti selama sebulan.



Beliau bersyukur kerana dipertemukan dengan HPA dan berharap suami beliau akan turut sama dalam perniagaan ini.


Pada minggu ini kelas dipengerusikan oleh PJ Shukri ( AJK Komiti ) dan Profil Syarikat pula disampaikan oleh PL Azmely ( Tim. Pengerusi Komiti ).























PJS HJ Ramly menyampaikan slot Produk knowledge - Minyak Zaiton.






















PJS HJ Jumani dengan slotnya plan Pemasaran PBC dan 5 angka.




















Hadirin begitu tekun mencatat apa yang disampaikan oleh penceramah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails