Thursday, April 9, 2009

Kelas Mingguan Nilai

Komiti Nilai telah melakukan beberapa perubahan di dalam kelas mingguan. Minggu ini adalah minggu ke 2 perubahan dilaksanakan, dimana setiap bekas peserta Gen-2 di beri tugas secara bergilir. Ini bertujuan bagi melatih dan untuk memantapkan seni kepimpinan.



Pada minggu ini Ajk yang bertugas ialah

a) Ustaz Syafruddin bin Umar sebagai Pengerusi Majlis
b) Ustaz Abd Razak bin Mohamed menyampai Slot Pengenalan Syarikat

Manakala Slot Produk Knowledge disampaikan oleh Herbalis Ust Mohamad Radzi bin Hj. Ariffin. Pada minggu ini, hadirin amat bertuah kerana Slot Pelan Pemasaran disampaikan oleh PJS Tn Hj Zainal bin Ahmad.

Kehadiran dianggarkan seramai hampir 40 org. Turut hadir adalah bekas peserta PBC Desa Inn, Kuala Pilah yang datang dari Tampin bersama rakan niaga seramai 4 org.Belaiu ialah En Noorsham. Beliau diberi kessempatan untuk berkongsi pengalaman selepas balik dari PBC.


Antara yang disampaikan adalah kita sebagai ahli HPA harus percaya, HPA dapat mengubah masa depan perlulah mengamalkan apa yang telah diajar. Kita berjumpa kerana kasih sayang, Insya Allah akan berjaya dengan kasih sayang Allah. Jangan sesekali ragu dengan rezeki Allah,buat saja. Insya Allah akan berjaya. Beliau juga menyeru rakan-rakan lain untuk sama-sama menghadirkan diri ke PBC yang terdekat di Allson Klana Nilai pada 11-12 April 2009 ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails