Monday, April 6, 2009

PBC Desa Inn Kuala Pilah

Untuk pertama kalinya, Program Perkongsian Bijak Cemerlang di adakan di Desa Inn, Kuala Pilah pada 04 - 05 April 2009. Tempat begitu selesa dan cantik.

Dari postmortem soal selidik yang dijalankan, mendapati PBC kali ini para peserta amat berpuashati dengan pengurusan program, penceramah dan slot-slot dalam PBC. Peserta berharap masa persembahan dapat dipanjangkan dan peserta tidak perlu ramai supaya penyampaian dan tumpuan menjadi lebih berkesan.

Antara Penceramah dan Slot yang disampaikan adalah:

- PJM Siti Habibah bt Yusof - Perasmian Program
- Slot 6M
- Slot Demo berkesan dan Mendiagnos Penyakit melalui saraf
Tapak Tangan

- En Azmely bin Yaakob - Slot Pengenalan Syarikat
- Slot 5 Angka
- Demo produk (kordial pegaga,air minuman roselle,kopi radix dan
ubat gigi)

- Ust Abd Razak bin Mohamed - Pengerusi Majlis
- Slot Halal Haram
- Bacaan Al- Mathurat

-Ust Mohamad Radzi bin Arifin - Qiamullail, Senaman Pernafasan dan Asas Kiropraktik
- Produk Knowledge - Kopi Radix dan Minyak But-but.

Peserta terbaik lelaki adalah En Raja Mohd Zulkifli. Beliau adalah merupakan Setiausaha PENDAMAI Negeri Sembilan dan bertugas di Agensi Anti Dadah Tampin.

Peserta terbaik wanita adalah Pn Rusiah bt Ibrahim. Pemenang Peserta ceria dan paling veteren adalah Pn Halimah Sinjak, beliau adalah merupakan bekas leader mlm lain yg pernah mendapat bonus 4 angka.

Rata-rata peserta pulang dengan penuh semangat dan berazam untuk menggempur juga menghadirkan lebih ramai peserta pada PBC Desa Inn, Kuala Pilah akan datang.

Tahniah kepada semua peserta PBC Desa Inn, Kuala Pilah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails