Monday, April 27, 2009

Melawat Pengerusi Komiti Nilai di GH Seremban.

Selesai PBC Allson Klana Nilai, Kami AJK Komiti yang menjadi urusetia bersama-sama Penaung pergi menziarahi Pengerusi Komiti di Hospital Besar Seremban. Alhamdulillah, kami dapat melawat Ustaz walaupun agak lewat sedikit kerana masa kami sampai waktu melawat hanya tinggal 1/2jam sahaja lg.

Keadaan Ustaz agak baik berbanding hari sebelumnya.Dan syukur Alhamdulillah kerana bisul yang tumbuh tidak melarat sehingga memasuki ke dalam darah atau tulang,hanya pada daging sahaja.Ini adalah berkat pengambilan herba-herba HPA seperti Shark Cartilage, 3D dll.

Begitu kuatnya semangat Ustaz sehinggakan dalam keadaan beliau sakit sekali pun beliau tetap mahu menhadiri PBC. Kami ajk Komiti berdoa semoga Allah memberikan kesembuhan segera kepada Ustaz.Sifat kepimpinan dalam diri beliau tetap menyerlah walaupun dalam keadaan tidak sihat, beliau sempat memberikan kami motivasi agar terus berjuang.

Kepada keluarga Ustaz, tabahkan hati dan byk-byk bersabar dengan dugaan Allah ini.







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails