Sunday, April 26, 2009

PBC Allson Klana Nilai 25-26 April 2009

Program Perkongsian Bijak Cemerlang 25 - 26 April 2009 telah pon tamat. Para peserta amat berpuashati dengan Program PBC kali ini. Walaupun urusetia yang bertugas pada kali ini tidak seperti PBC yg lain tetapi program dapat di kendalikan tanpa ada sebarang masalah dan berjaya.

Pada PBC kali ini, para peserta amat bertuah kerana PJS Tn Hj Zainal bin Ahmad hadir dan memberi ceramah Slot Pelan Pemasaran dan 5 Angka. Beliau juga menceriakan para peserta dengan persembahan kelopak jantungnya.

Selain itu juga, PJ Siti Rohana Bt Ismail juga turut hadir memberikan Slot 6M. PBC kali ini telah di Pengerusikan oleh PR Azmely bin Yaakob yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Komiti Nilai.

PJM Siti Habibah seperti selalu, menyampaikan Slot Mendiagnos Penyakit Melalui saraf Tapak Tangan dengan penuh bersemangat. Walaupun, hakikatnya beliau baru sahaja balik dari menghadiri PBC di Kelantan pada hari Jumaat. Keletihan bukanlah alasan bg beliau untuk tidak hadir ke PBC Nilai pada hari Sabtu dan Ahad. Tanggungjawap tetap beliau laksanakan. Beliau lah yang menjadi pembakar semangat bagi kami urusetia Komiti Nilai.

Kumpulan yang menjuarai persembahan LDK ialah Kumpulan Gempur yang mana mereka menggunakan kaedah berpantun semasa mempersembahkan LDK. Peserta terbaik wanita juga adalh dari kumpulan Gempur iaitu Ustzah Rohaiza Mohamad Sohor. Keseluruhannya, beliau amat berterima kasih kepada semua Urusetia PBC kerana memberi layanan yang baik, perjalanan PBC dijalankan dengan teratur. Beliau juga berharap dan mendoakan agar semua ahli HPA akan berjaya dan mengajak semua umat Islam bertukar produk HPA di rumah serta merta.

Peserta lelaki terbaik ialah saudara Safreezal. Beliau juga merasakan amat bertuah kerana terpilih untuk menghadiri PBC juga berterima kasih kepada semua peserta kerana memberi peluang kepada beliau dan mengajak suapaya semua umat islam untuk sama-sama bertukar kepada produk halal HPA sedikit demi sedikit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails