Monday, May 18, 2009

PBC De Palma Ampang.

Program Perkongsian Bijak Cemerlang anjuran KPA telah berlalu semalam. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.PBC kali ini merupakan gabungan PJS KPA,PJS KPU dan PJS KPT. Para peserta begitu ceria sepanjang kursus berlangsung.


Peserta bukan sahaja dari kawasan Lembah Kelang sahaja malah ada juga yg datang dr pahang dan pelbagai peringkat umur. Ada yang muda belia, ada juga peserta pertengahan umur juga yg veteren. Tak lupa juga ada 2 orang peserta yg sedang sarat mengandung. Namun itu tidak menghalang mereka bersama-sama kita untuk memperjuangkan HPA. Semangat ini lah yang kita pelukan.

Bagi peserta PBC Ampang yg akan datang, mereka amat bertuah kerana cawangan HPA, kiosk kopi radix, aiskrim toyyiba dan jagung manis akan di buka tidak lama lg. Ini lebih memudahkan para peserta untuk mencukupkan 300 nilai mata dan memudahkan upline menghantar rangkaian mereka serta menikmati diskaun penginapan dari pihak hotel dengan hanya menunjukkan kad keahlian. Selain itu kita boleh bersantai sambil menikmati kopi radix.

Jom tengok gambar kenangan yg sempat kami rakamkan untuk tatapan bersama.



Gabungan PJS KPAdan KPU bergambar kenangan bersama urusetia PBC De Palma Ampang.

PJS Jamaludin Yeop Majlis turut hadir menyampaikan Slot Produk Knowledge.

Pengarah Program PJM Siti Habibah menyampaikan cenderahati kepada PJS Jamaludin.


PJS Hj Zainal Ahmad sebagai Pengerusi Majlis, begitu bijak mengendalikan program dan menceriakan keadaan. Ada juga kejutan dilakukan di mana beliau mempersilakan penceramah ke hadapan diiringi dengan persembahan kelopak jantung oleh para peserta.


Bakal PJS Ustaz Abdul Razak Mohamed di malam bintang-bintang...


PJS Ibu Zaimah Abd Kadir juga di malam bintang-bintang.Ibu berkongsi pengalaman dengan peserta-peserta yang hadir.

PJM Noreda Hamid merupakan PJS jemputan kali ini. Beliau adalah salah seorg daripada PJS KPU menyampai Slot 6M.

PJS Syed Agel juga dari KPU turut hadir memberikan Slot Pelan Pemasaran 5 Angka , Slot Tips untuk Gagal(bg yg tidak mahu berjaya dan dijayakan) dan juga penutup majlis.

Salah seorang ketua kumpulan melaungkan Slogan HPA dan juga slogan kumpulannya.

Sebahagian peserta sedang menjamu selera..




Para peserta khusyuk mendengar cdramah yang di beri.

Giliran kumpulan muslimin melaungkan slogan.

Kumpulan muslimat yang lain turut melaungkan slogan.

Peserta berbincang untuk soalan LDK.

Tumpuan sepenuhnya di berikan kepada penceramah oleh para peserta.



Seorang peserta berbangsa cina turut menghadiri kursus PBC pada kali ini. Kami di beritahu bahawa dia begitu berminat dengan Agama Islam dan kami di pihak penganjur dan urusetia PBC berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada beliau untuk mengucapkan Kalimah Syahadah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails