Sunday, May 24, 2009

PBC Desa Inn Kuala Pilah



Barisan urusetia dan penceramah.



Program PBC telah pun berakhir ptg td. Alhamdulillah, program berjalan lancar. Kami di pihak penganjur program dan urusetia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kesemua para peserta yang hadir. Harapan kami agar segala ilmu yang ditimba dalam program 2 hari 1 malam ini memberi manfaat kepada anda semua dan digunakan sebagai senjata untuk menarik lebih ramai lg umat Islam menjadi ahli HPA dan seterusnya hadir ke program PBC.

Kami menerima pelbagai respon melalui borang kaji selidik yang kami edarkan. Terima kasih atas komen para peserta, InsyaAllah akan kami gunakan untuk penambah baikkan pada program yg akan datang.

InsyaAllah, sekembalinya penyelaras program komiti bersama 2 org lagi ajk komiti yg sedang bertungkus lumus menimba ilmu di program Sijil Herbalis nanti, program PBC dan kelas-kelas ilmu akan lebih sempurna dan lebih lancar. Kami juga berdoa agar kesihatan pengerusi komiti pulih segera dan dapat kembali bersama-sama kami di dalam setiap program yang melibatkan Komiti Nilai.

Seperti biasa, aktiviti peserta akan dirakam sebagai tanda kenangan dan koleksi Komiti. Jom kita tengok gambar- gambar peserta juga urusetia sepanjang program berlangsung.






Para peserta sedang belajar Ilmu mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan.





PJS Tn Hj Zainal menyampaikan Slot 5 Angka dan menjemput peserta sebagai contoh agar para peserta lebih memahami kaedah atau cara bagaimana susunan untuk mendapatkan pangkat PJ.



PBC kali ini, kami membawa bersama produk untuk jualan.







Makan disini agak mewah. Kami di jamu dengan hidangan yang lazat.Masakan Negeri sembilan yang sememangnya begitu menyelerakan.




Para peserta bersama urusetia dan pemimpin mengalunkan nasyid.



Sesi Taaruf sesama peserta. Ketika inilah para peserta dapat berkenalan dengan kenalan baru.




Barisan Para Penceramah :



PJM Siti Habibah bt Yusof menyampaikan Slot Diagnos Tapak Tangan dan Perasmian Program


PJS Tn Hj Zainal b Ahmad menyampaikan Slot 5 Angka.




En Mohd Noorsham b Mohd Sapian menyampaikan Slot Pengenalan Syarikat.





Ust Abd Razak b Mohamed menyampaikan Slot 6M- Cara untuk berjaya dan Slot Halal Haram.



En Raja Mohd Zulkifli bin Raja Said sebagai pengerusi majlis.





Peserta lelaki terbaik- En Mohd Firdaus b Haron

Peserta wanita terbaik - Pn Wahidayah bt abd Wahab












Meja pendaftaran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails