Saturday, May 30, 2009

Mesyuarat Agung Kawasan koWahida 2009 Kali Ke - 1



Pada jam 9.00 pg, ahli koWahida mula mendaftar diri di Cawangan HPA Nilai, Negeri Sembilan.




AJK Komiti Nilai sedang membungkus makanan untuk diagihkan kepada ahli koWahida.




Ahli Lembaga Koperasi
Dari kiri : PJS Hafidzan Faudzi, PJS Hj Ramly Ahmad dan PJS Khalid Iskri.
PJS Hafidzan Faudzi sedang memberikan penerangan mengenai perkembangan terbaru koWahida. Sepertimana yang diberitahu Ahli Lembaga Koperasi, telah disahkan bahawa dividen bagi tahun kewangan Disember 2008 adalah 14% (bagi saham pada 30 Jun 2008).

Koperasi Wahida HPA Berhad (koWahida) kini telah dilantik menjadi Agen Korporat yang Bertauliah dengan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Kini pihak tuan/puan boleh memperbaharui insurans kenderaan anda di koWahida. Pihak koWahida menawarkan Skim Pembaharuan Insurans Kenderaan Kereta/ Motor bagi pakej First Party dan Third Party.
Perkara yang perlu dibawa semasa memperbaharui Insurans Kenderaan hanyalah,
i) Salinan Geran
ii) Salinan Sijil Asal @ Covernotes Asal

KoWahida turut menawarkan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan bagi peserta yang mempunyai geran kenderaan dalam simpanan sendiri.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Shamsul Azrin bin Saaid
012 - 5960607

Di alamat:
Koperasi Wahida HPA Berhad
No. 313 Tingkat 1, Taman Pengkalan Asam,
Jalan Kangar - Alor Setar,
01000 Kangar, Perlis.
Tel: 04 - 9773813, 04 - 9773814

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails